Tuesday, November 18, 2014

Resepi Susu Badam



Siapa pernah cuba susu badam campur kurma ni..??
Sedap tau... lebih berkhasiat dari susu soya.

Rasanya dah ramai yang tahu tentang kebaikan badam ni. 
Bagus untuk ibu-ibu yang hamil dan menyusukan.

Saya amalkan susu badam + kurma ni sebagai milk booster.
Semestinya homemade dan tak ada preservative... 

Instead of beli milk booster yang harga macam nak terkeluar bijik mata tu better kita buat sendiri...
For 1 kilo badam boleh tahan sebulan kot. modal cuma less than RM50.. hehehe...

Seriusly saya tengok harga-harga produk yang kononnya boleh menambah susu badan sangatlah mahal. Ade tu untuk 8 ketul coklat harga smpai rm30...
untuk 10 sachet harga sampai rm60... phewww... tu untuk di consume berapa lama tu..??

Lets back to the basic concept of breastfeeding DEMAND and SUPPLY
And perkara yang tak kurang penting nya adalah MINDSET anda.

Dah... tak payah nak sembang panjang-panjang jom acik tunjukkan macam mana nak buat susu badam ni.


Bahan-Bahan :
1 cawan badam mentah... 
4 cawan air
7-11 biji kurma
Gula sesedap rasa (tak perlu pon tak apa)

Cara-cara :
Kekdahnya sama macam buat susu soya homemade

1. Rendam kacang badam 7-8 jam (atau semalaman)
2. Masukan badam, kurma yang dibuang biji, dan 4 cawan air blend sehingga hancur badamnya tu.
3. Tapiskan guna penapis kopi... Penapis kain tu ye. Perah hampas-hampas tu bagi keluar habis airnya.
4. Didihkan sebentar atas api. Boleh tambah gula kalau mahu.
5. Biarkan sejuk seketika, masuk dalam botol dan simpan sejuk. Lebih sedap jika diminum sejuk.

**Sila habiskan susu ni dalam tempoh 3-4 hari dari tarikh ianya dibuat... hehehe... kalau lambat nanti dia basi.

Boleh la amalkan segelas setiap hari... Nak minum lebih pon boleh...
Masakkan kan la susu badam ni seminggu sekali... Amalkan.

Nak cari badam murah boleh cari dekat kedai jual barang-barang buat kek. Kalau kat tempat saya ni sekilo baru RM35.

Kalau ibu-ibu yang mengandung ni, amalkan susu badam kurma ni untuk perkembangan otak anak. Dari minum soya tu kan... nanti baby keluar kulit nye sensitip... 
Hehehe... 



nota kaki :
sejak-sejak dah mula kerja ni acik tak sempat-sempat nak buat susu badam. Beli freshmilk dan kurma concentrate aje la... Tu je la sempat nak minum pagi-pagi... hehehe..

2 comments: