Friday, November 14, 2014

My 2nd Breastfeeding Journey : Part 1

Alhamdulillah adik Siti Fatimah dah pon berusia 3 bulan 2 minggu dan masih lagi exclusive breastfeeding.. Berat badan pon naik dengan pesat. Puas hatilah umie dengan pertambahan berat adik Siti Fatimah. Masa lahir cuma 2.35 kg, masa check up 3 bulan dah mencecah 5.7kg. 

Rezeki adik Siti Fatimah pon macam kakak dia jugak, Alhamdulillah penuh deep freezer umie, memang dah terlalu padat dah tak tahu mana nak selit lagikan EBMs tu. 


Last sekali hasil perbincangan dengan babah, kami decide untuk cari anak susuan sekali lagi. Alhamdulillah Allah permudahkan. Ramai juga yang PM umie bertanya kan mengenai kesanggupan umie untuk jadi ibu susuan anak-anak meraka. Tapi atas beberapa faktor terutamanya mengenai hukum-hukum anak susuan ni, kami lebih mengutamakan rakan-rakan yang mengenali sahaja. 

Akhirnya Allah bukakan jalan kami untuk memilih anak saudara kami sendiri sebagai anak susuan kami, tak adalah nanti pening-pening dengan hukum hakam adik beradik susuan kan... Hukum agama perlu diambil berat. 

Adik Siti Fatimah tak minum banyak masa di rumah pengasuh. 3x3oz aje. Memula baru kerja umie bekalkan 5x3oz, tapi 2 tak berusik, esok nya bagi 4x3oz, 1 tak berusik. Akhirnya pengasuh kata 3 botol dah cukup dah... :)


Dalam deep freezer umie susun EBM dalam bakul tray macam ni. Labelkan tray ikut bulan. Susun EBM ikut tarikh dan masa perahan terdahulu. Jadi, senanglah nk FIFO nanti.

Di kantor umie perah 3x, selang masa setiap sesi adalah 3 jam. Mula dari jam 9.30 pagi. Lepas sarapan kenyang-kenyang... Hehehe... 

Purata hasil perahan di pejabat sebanyak 3 sesi. 
Kalau hujung minggu pula umie akan tandem, macam masa umie belom mula kerja. Tandem adalah cara paling senang umie nak kumpul stok, almaklum la, hujung-hujung minggu pun kadang kala banyak tempahan cheese tart. Tandem nursing adalah salah satu cara untuk tingkat kan penghasilan susu. Ibu-ibu boleh cuba, lebih-lebih lagi pada ibu-ibu yang super busy. Anak kenyang, stok pon dapat. :)

Ini adalah purata hasil perahan bila hujung minggu.
Alhamduillah adik Siti Fatimah tiada masalah dalam penggunaan botol susu, nanti next entri umie share kan puting dan botol apa yang adik Siti Fatimah ni guna...

Sememangnya umie ada sedikit fobia kalau-kalau adik Fatimah jadi keliru puting macam kakak Aisyah dulu. Sudahnya umie redha je la jadi EP mom pon. Tapi kali ni harapnya umie takkan melalui pengalaman tu lagi. Huhuhu...

Sekian je la dulu, tunggu next entri macam mana adik Fatimah terima botol. 




p/s : sokmo lapar

No comments:

Post a Comment