Tuesday, December 9, 2014

Pop Cakes available at Amani Homebakers



Taraaaa... Haaa... Amani Homebakers kini menerima tempahan Pop Cake. Sesuai untuk sebarang majlis.

Birthday Party
Hantaran pertunangan atau pernikahan
Akikah

Terdapat dalam dua pilihan
>> popcakes stick
>> popcakes ball



 Tempahan dalam jumlah yang besar hendaklah dibuat sekurang-kurang nya 1 bulan sebelum tarikh pick up.

Untuk menempah boleh sms / whatsapp Fina 012-6297981

Self pick up / delivery sekitar Jasin & Ayer Keroh

Untuk pengeposan boleh dipertimbangkan.


Untuk update pantas boleh add kami di facebook 




Nota kaki :
Ini adalah kegilaan dari yang kecik hingga la yg beso... kejapan dah licin... ngeee...

Friday, November 28, 2014

Tempahan Apam polkadot



50 pcs Apam polka dot dah selamat sampai pada tuannya. 

50pcs with mix filling. Ada coklat, blueberry dan strawberry.

Untuk membuat tempahan boleh sms / whatsapp Fina 012-6297981

Delivery / self pick up sekitar Jasin dan Ayer Keroh.


Untuk update dan info pantas boleh terus ke facebook kami


Monday, November 24, 2014

Cerita Jumaat lepas

Jumaat lepas acik amik cuti, dalam misi nak menghabiskan cuti rehat yang ade berbelas hari lagi.. Hehehe... Sambil-sambil tu ambil kesempatan sekali la sipakan order customer. 

200 pcs mix tart. Tempahan dari kakak ipar acik. Sabtu tu ada birthday celebration untuk anaknya Hidayah. Dah 5 tahun dah anak buah acik ni... Hehehe... Sorry ye Hidayah acik Pnut tak dapat datang. Pak Man tak ada, susah sikit nak jalan jejauh ni. Tengok gambar, birthday theme nya minions... waaa... Kalau Aisyah ada mesti dia suka... 


Thanks ya kak Obien sebab order dengan kita... Harap maaf kalau ada yang terkurang... 
Sebenrnya tak adalah susah mana nak siapkan 200pcs ni. Tapi disebabkan kekurangan stok kulit tart, jadinya terpaksa la gentil kulit dulu... Hehehe... Anak-anak acik dah poskan ke rumah pengasuh awal pagi lagi. Hehehe... 


Bukan apa, cepat sikit acik siapkan order nanti, sebab petang tu nak pass kan order ni pada adik ipar acik. Dia la yang akan bawakan tart ni ke KL... Hehehe... Makanya bergegaslah acik menyiapkan order..



200pcs dengan 50pcs setiap satunya...



Lepas siapkan order-order ni, acik pon fetch anak-anak di rumah pengasuh dan terus ke Jusco Ayer Keroh untuk delivery tempahan ni...


Sempat jugak maksu budak-budak ni belanja makan Sushi King... Hehehe,,, Paling seronok Aisyah la. Siap nak ikut maksu dia balik... Tapi umie kene ikut sekali kata dia... Kehkehkeh...



Untuk mereka yang nak menempah dalam kuantiti yang banyak mohon buat tempahan awal-awal ye. Sempatlah acik preparekan kulit tartnya. Kalau main terjah-terjah aje nanti takut ada yang kecewa...

Seperti biasalah kalau nak menempah boleh terus sms / whatsapp Fina 012-6297981. Self pick up / delivery sekitar Jasin & Ayer Keroh.




Banyaknya Produk yang Pending

Sebenarnya ade la 2-3 produk baru untuk Amani Homebakers acik nak intro. Tapi asek terpending aje. Tempahan cheese tart, kulit tart, apam bintik aje dah tak menang tangan. Tu pasal la tak sempat-sempat nak intro... 

Acik ni 8.30-5.30 koje la dekat office. Nak siapkan tempahan cutomer sebelah malam. Tu pun bila anak-anak dah lena... Kalau hujung minggu tu biasanya acik restok kulit tart untuk tempahan minggu berikutnya tu. Kalau tak banyak tempahan acik bawak anak-anak jalan-jalan. Kadang-kadang balik rumah mertua.

Tu pasal bila ada tempahan-tempahan yang mengejut-mengejut ni kadang-kadang acik tak boleh nak terima. Harap maklum... hehehe...

Haa... letih memang letih. Tapi acik enjoy... stress keje pon hilang... (stress sangat ke keje tu..??)..

Lagi tiga tahun acik nak request untuk resign la kat husband acik. Nak tumpu 100% pada Amani Homebakers ni. 

Bila ada minat, macam ni la... Penat macam mana pun tetap akan cari masa untuk baking... 

Hmmm... tunggulah nanti acik intro produk-produk yang pending tu. 
Ni acik ade projek buat pop cake untuk birthday anakanda puteri sulung,

Owh... acik jugak ambil tempahan pop cake untuk majlis-majlis ye... Tapi kene inform awal la ye... Almaklumlah... macam acik cakap tadi... acik ni koje disiang hari... Hehehe...




Nota kaki:
Asik siapkan tempahan customer, tapi sendiri punye tekak teringin nak makan pon kene pending jugak... huhuhu...

Thursday, November 20, 2014

My 2nd breastfeeding Journey : Part 2 : Adik Siti Fatimah Minum Susu Botol

Seperti yang dijanjikan pada entri yang lepas, acik nk kongsikan cerita adik Siti Fatima minum susu dalam botol. Sebenarnya acik ni masih lagi fobia kalau-kalau la kene jadi EP mom lagi. Dulu masa kakak Aisyah bila acik dah start kerja dia dah mula nipple confuse, Mungkin sebab dulu acik intro botol terlalu awal kot, then bagi paci lagi... huhuhu... Yela dulu anak pertama tak ada pengalaman jadinya ikut je lah apa mak-mak kita cakap. Mak-mak kita suruh bagi puting, kita pon bagi je la.. Hehehe... biasa la tu kan. 

So masa adik Siti Fatimah dalam perot acik pergilah buat bottle hunting. Member ofis pulak suggest kan botol como tomo. Entri berkenaan botol ni boleh baca di sini

Rasanya acik intro botol dekat adik Siti Fatimah masa 3 minggu sebelum acik mula kerja. Nak tau adik Siti Fatimah guna teat apa je..?? Teat Japlo ajee... cuma masukkan kat pada storage bottle aje... hehehe... 



Sebelum bagi tu siap baca bismillah dan doa bagai harap adik Siti Fatimah boleh minum ebm guna boto. Alhamdulillah, adik Siti Fatimah boleh terima teat Japlo ni. Seeeppp duit acik... kehkehkeh...

Owh... by the way, botol Como Tomo tu acik tak guna langsung pon. Kalau siapa-siapa nak boleh la whatsapp acik 012-6297981. Nak letgo murah-murah aje. Botol acik yg kecik 4oz. Kalau ada yang berminat roger-roger lah ye... 



nota kaki:
mengantuk gila... malam ni perlu bersengkang mata lagi... 

Loyang pembakar Baruuuu...~

Disebabkan order yang semakin bertambah, acik decide nak cari loyang pembakar baru, yang boleh muat dengan oven acik yang tak berapa nak besar tu. Loyang sedia ada cuma boleh letak 35 keping kulit tart aje. So ambil masa sikit la nak membakarnya. 


Ni aje lah size loyang yang boleh muat dalam oven acik, dan boleh letak 49keping kulit tart. Ok la kan.. dari yang sebelum ni hanya 35keping aje... hehehe... 

Malam tadi bersengkang mata lepas anak-anak lena, siapkan tempahan kulit tart customer... Alhamdulillah... Rezeki Allah bagi tak pernah putus. Nak dengan tak nak aje nak usaha kan... 



Untuk yang nak menempah kulit tart atau cheese tart boleh terus sms /  whatsapp Fina 012-6297981. Terma dan syarat untuk tempahan boleh lihat kat sebelah kanan tu. Cumanya untuk tempahan kulit tart melebihi 2 pek (200pcs) hendaklah memaklumkan seminggu awal. Jadinya ada la masa acik nak siapkan kulit tart tu. Almaklum la acik ni ade kerja hakiki. hehehe...

Untuk update terkini dan pantas boleh terus ke Facebook kami Amani Homebakers


Amani Homebakers
012-6297981

Tuesday, November 18, 2014

Harga Baru Nutella Cheese Tart



Okeyh untuk penggemar-penggemar Nutella Cheese Tart dari Amani Homebakers, kini kami menawarkan harga terbaru untuk anda

Kalau dulu hanya available untuk 25pcs kini boleh didapati dalam 50pcs jugak...

Untuk tempahan boleh sms / whatsapp Fina 012-6297981
Self pick up / delivery sekitar Jasin dan Ayer Keroh

Untuk update lebih pntas mengenai Amani Homebakers boleh add kami di Facebook


Resepi Susu Badam



Siapa pernah cuba susu badam campur kurma ni..??
Sedap tau... lebih berkhasiat dari susu soya.

Rasanya dah ramai yang tahu tentang kebaikan badam ni. 
Bagus untuk ibu-ibu yang hamil dan menyusukan.

Saya amalkan susu badam + kurma ni sebagai milk booster.
Semestinya homemade dan tak ada preservative... 

Instead of beli milk booster yang harga macam nak terkeluar bijik mata tu better kita buat sendiri...
For 1 kilo badam boleh tahan sebulan kot. modal cuma less than RM50.. hehehe...

Seriusly saya tengok harga-harga produk yang kononnya boleh menambah susu badan sangatlah mahal. Ade tu untuk 8 ketul coklat harga smpai rm30...
untuk 10 sachet harga sampai rm60... phewww... tu untuk di consume berapa lama tu..??

Lets back to the basic concept of breastfeeding DEMAND and SUPPLY
And perkara yang tak kurang penting nya adalah MINDSET anda.

Dah... tak payah nak sembang panjang-panjang jom acik tunjukkan macam mana nak buat susu badam ni.


Bahan-Bahan :
1 cawan badam mentah... 
4 cawan air
7-11 biji kurma
Gula sesedap rasa (tak perlu pon tak apa)

Cara-cara :
Kekdahnya sama macam buat susu soya homemade

1. Rendam kacang badam 7-8 jam (atau semalaman)
2. Masukan badam, kurma yang dibuang biji, dan 4 cawan air blend sehingga hancur badamnya tu.
3. Tapiskan guna penapis kopi... Penapis kain tu ye. Perah hampas-hampas tu bagi keluar habis airnya.
4. Didihkan sebentar atas api. Boleh tambah gula kalau mahu.
5. Biarkan sejuk seketika, masuk dalam botol dan simpan sejuk. Lebih sedap jika diminum sejuk.

**Sila habiskan susu ni dalam tempoh 3-4 hari dari tarikh ianya dibuat... hehehe... kalau lambat nanti dia basi.

Boleh la amalkan segelas setiap hari... Nak minum lebih pon boleh...
Masakkan kan la susu badam ni seminggu sekali... Amalkan.

Nak cari badam murah boleh cari dekat kedai jual barang-barang buat kek. Kalau kat tempat saya ni sekilo baru RM35.

Kalau ibu-ibu yang mengandung ni, amalkan susu badam kurma ni untuk perkembangan otak anak. Dari minum soya tu kan... nanti baby keluar kulit nye sensitip... 
Hehehe... 



nota kaki :
sejak-sejak dah mula kerja ni acik tak sempat-sempat nak buat susu badam. Beli freshmilk dan kurma concentrate aje la... Tu je la sempat nak minum pagi-pagi... hehehe..

Friday, November 14, 2014

My 2nd Breastfeeding Journey : Part 1

Alhamdulillah adik Siti Fatimah dah pon berusia 3 bulan 2 minggu dan masih lagi exclusive breastfeeding.. Berat badan pon naik dengan pesat. Puas hatilah umie dengan pertambahan berat adik Siti Fatimah. Masa lahir cuma 2.35 kg, masa check up 3 bulan dah mencecah 5.7kg. 

Rezeki adik Siti Fatimah pon macam kakak dia jugak, Alhamdulillah penuh deep freezer umie, memang dah terlalu padat dah tak tahu mana nak selit lagikan EBMs tu. 


Last sekali hasil perbincangan dengan babah, kami decide untuk cari anak susuan sekali lagi. Alhamdulillah Allah permudahkan. Ramai juga yang PM umie bertanya kan mengenai kesanggupan umie untuk jadi ibu susuan anak-anak meraka. Tapi atas beberapa faktor terutamanya mengenai hukum-hukum anak susuan ni, kami lebih mengutamakan rakan-rakan yang mengenali sahaja. 

Akhirnya Allah bukakan jalan kami untuk memilih anak saudara kami sendiri sebagai anak susuan kami, tak adalah nanti pening-pening dengan hukum hakam adik beradik susuan kan... Hukum agama perlu diambil berat. 

Adik Siti Fatimah tak minum banyak masa di rumah pengasuh. 3x3oz aje. Memula baru kerja umie bekalkan 5x3oz, tapi 2 tak berusik, esok nya bagi 4x3oz, 1 tak berusik. Akhirnya pengasuh kata 3 botol dah cukup dah... :)


Dalam deep freezer umie susun EBM dalam bakul tray macam ni. Labelkan tray ikut bulan. Susun EBM ikut tarikh dan masa perahan terdahulu. Jadi, senanglah nk FIFO nanti.

Di kantor umie perah 3x, selang masa setiap sesi adalah 3 jam. Mula dari jam 9.30 pagi. Lepas sarapan kenyang-kenyang... Hehehe... 

Purata hasil perahan di pejabat sebanyak 3 sesi. 
Kalau hujung minggu pula umie akan tandem, macam masa umie belom mula kerja. Tandem adalah cara paling senang umie nak kumpul stok, almaklum la, hujung-hujung minggu pun kadang kala banyak tempahan cheese tart. Tandem nursing adalah salah satu cara untuk tingkat kan penghasilan susu. Ibu-ibu boleh cuba, lebih-lebih lagi pada ibu-ibu yang super busy. Anak kenyang, stok pon dapat. :)

Ini adalah purata hasil perahan bila hujung minggu.
Alhamduillah adik Siti Fatimah tiada masalah dalam penggunaan botol susu, nanti next entri umie share kan puting dan botol apa yang adik Siti Fatimah ni guna...

Sememangnya umie ada sedikit fobia kalau-kalau adik Fatimah jadi keliru puting macam kakak Aisyah dulu. Sudahnya umie redha je la jadi EP mom pon. Tapi kali ni harapnya umie takkan melalui pengalaman tu lagi. Huhuhu...

Sekian je la dulu, tunggu next entri macam mana adik Fatimah terima botol. 




p/s : sokmo lapar

Thursday, November 13, 2014

Tak menang tangan

Alhamdulillah tempahan makin menjadi-jadi sekarang ni...
Tak meanang tangan dibuatnya...
Tart shell mmg laju je habis kalau buat stok...

Lagi pula sekarang ni acik dah revise kan harga-harga cheese tart acik..
Mana harga yang ok tu acik maintain kan aje
Mana yang agak-agak mahal tu acik kurang sikit...
Supaya semua orang boleh menikmati cheese tart dari Amani Homebakers dengan penuh kepuasan.. Hehehe... 

Jom la layan gambar-gambar tempahan dari pelanggan-pelanggan acik ni..










Untuk Tempahan boleh terus sms / whatsapp Fina 012-6297981
Delivery/ self pick up sekitar Jasin & Ayer Keroh


Untuk update pantas anda boleh terus ke facebook kami


boleh add kami atau follow kami.

Thursday, October 23, 2014

Kronologi Kelahiran Siti Fatimah Azzahrah - Anugerah Syawal Seindah Ramadhan

Seperti yang dijanjikan... Acik nk membebel sikit kisah macam mana Siti Fatimah Azzahrah ni diberanakkan... huhuhu...

25 Julai 2014

Husband ajak balik rumah mak dia tido sana satu malam memandangkan tahun ni kami plan nak beraya di Jasin, rumah mak saya la tu. Tapi hari Sabtu 26 Julai tu rumah nenek saya buat kacau dodol... Excited bukan main lagi la kan... Musti la sedara mara semua berkumpul. Last buat kacau dodol masa saya sekolah rendah kot. 

Masa ni tak ada rasa apa-apa ladi tanda nak bersalin. Tapi beg hospital standby aje dalam kereta. Pengalaman anak pertama dulu keluar awal 2 minggu dari tarikh due. Kat rumah mertua masa ni ipar-ipar semua dah sampai dari KL.

26 Julai 2014

4.00 pagi - Masa ni semua orang belum bangun lagi untuk sahur. Tapi saya tak boleh tidur dah sebab perut dah rasa mengeras sekejap-sekejap tapi tak sakit. Tidur pon tak lena... Pandang aje lah muka anak kat sebelah tu. Dalam hati kata, takkan baby dah nak keluar, nanti la dulu umie nak balik rumah nekyang nak tengok orang kacau dodol. Masa ni boleh rilek lagi. Tengok jugak jam berapa minit sekali perut mengeras. 

5.00 pagi - Masa ni bangun sahur macam biasa, still perut mengeras sekejap-sekejap masih belum ade rasa sakit. Masih rilek lagi.

6.00 pagi - Masa ni mengeras dah berserta ngan sakit sikit... Tapi tak kuat sangat, Masih boleh rilex. Try baring-baring sambil rilex. Tapi masih lagi mengeras dan sakit.

7.00 pagi - Tak boleh jadi ni, tak hilang-hilang pon mengeras, makin kerap dan sakit. Bangun, kemas beg-beg baju, kemas beg susu anak, siap-siap mandi. 

8.00 pagi - Lepas mandi sms mama, bagitau macam dah nak bersalin je. Masa ni masih boleh tahan sakit lagi walaupun dah sedikit kuat.

8.30 pagi - Teringat kata doktor, bila dah ada rasa sakit atau turun tanda terus ke hospital, jangan tunggu, sebab yg pertama dulu czer. Duduk sebelah husband, kejut kan dia "Yang... yang.. bangun la..." "kenapa?" "saya dah sakit ni" "sakit apa??" "sakit nak beranak laaaaa..." 
Adoii... laki aku ni pon... boleh tanye sakit ape... pas tu dia tanya, nak pegi hospital ke..?? ke nak tengok orang kacau dodol dulu... Eh laki aku ni... buat lawak ke apa... "Tak payah laaaa... rasa macam dah tak boleh tahan sakit je ni"

Dia bangun mandi, sementara tu saya baring sebelah anak yg masih tidur tu... Dok memikirkan macam mana la dia ni nanti... Esok nak raya dah... Call adik suruh ambik anak yang sulong tu kat hospital bawak balik Jasin.

9.30 pagi - Bergerak ke hospital... Tapi bila contraction datang memang sakit amat... Dalam kereta pesan banyak kali kat anak... umie sakit perot nak pegi hsopital, nanti Aisyah duduk dengan Mamawan. 

10.00pagi - Sampai hospital terus ke labor room doc check dah bukak 1cm.. What..??? 1cm baru... tapi apsal dia punya sakit macam dah bukak 3-4 cm... wuwuwuwu... Lepas buat CTG semua tu, doc tak benarkan saya untuk diletakkan di wad kerana contraction yg kuat, plus dulu czer.

Jadinya... tunggu sajalah di situ.. doc cakap kita cuba normal dulu, kalau tak boleh jugak baru lah kita czer. 

Contraction makin kuat dan kuat, tapi jalan bukak dengan perlahannya.. Tak selesa duduk, baring, tak selesa baring, jalan... Sambil makan sambil tahan contraction... adoii...

27 Julai 2014 

Semalaman menahan sakit yang teramat, sampai satu tahap saya rasa macam nak membuang terus panggil nurse. Doc datang dan cek jalan baru 3 cm... 3 cm mcm dah bukak 7 cm... sakitnya Allah saje yang tahu... 

Mulut ni tak lekang dengan zikrullah... Dah tak ingat apa dah masa tu ingat anak, ingat mama, ingat suami, dan ingat Allah... Sampai ke subuh tu 3x saya diberi ubat tahan sakit. Saya wassap suami mohon diampunkan dosa kalau ada dosa saya pada dia yang tak terampun lagi... Saya mintak dia doakan saya dan baby selamat. 

7.00pagi - saya bgtau nurse saya dah tak tahan sangat sakit, saya nak czer aje... sampai nurse tanya saya ada minum air selusuh ke... nak minum pon tak sempat... mamai saje dengan ubat tahan sakit...
Doc check jalan dh bukak 4cm... diorg tolak saya ke labor room... Husband tak boleh masuk sebab tak pegi kursus meneman. Anak sulong dulu bersalin kat Pantai.

Bila contraction datang, sakit nya Subhanallah... nak meneran tapi doc pesan jangan teran sendiri, sbb saya czer dulu takut ada komplikasi lain... Tapi memang dah tak boleh tahan sbb doc dh pecahkan ketuban... Nurse suruh mengiring kalau contraction datang, teran perlahan je... 

10.00 pagi - Ni memang sakit melampau-lampau ni,... badan dah letih sebab 24jam menahan sakit. Doc cek, jalan dah bukak 6-7cm... Lalu datang la beramai-ramai mengelilingi saya... Doc ckp, kita cuba, anak awak kecik je ni... 

11.06 pagi - dengan 3 kali teran maka, keluarla baby girl yang comel berat lahir cuma 2.35kg sahaja. Tapi sakitnya,,, Subhanallah... Kakak dia dulu saya nak keluarkan tak la sakit macam ni... tapi jalan tak bukak terpaksa la czer...

Disebabkan budak kecik ni kluar pada 29Ramadhan, maka terpaksalah babahnye bergegas bayar fitrah.. Lalu dengan spontannya diberi nama Siti Fatimah Azzaharah, sempena nama puteri kesayangan Rasullullah...

Malam tu duduk di wad dengan baby Fatimah sambil ditemani takbir raya dari masjid berdekatan... Sayu je hati... 

28Julai2014

Tengahri tu dah boleh discharge di kala orang sedang berjalan berhari raya.. huhuhu...


Apa-apa pun Siti Fatimah Azzahrah adalah Anugerah Syawal yang Seindah Ramadhan. Syukur Allah... Boleh juga bersalin normal...

Maka bermulalah my 2nd Breastfeeding Journey... :) :)


Thursday, October 16, 2014

Tempahan Kulit Tart Dalam Kuantiti Yg Banyak

Assalamualaikum kepada customer2
Amani Homebakers sekalian...

Untuk tempahan tart shell melebihi 200pcs, mohon untuk membuat tempahan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh pick up....

Kerjasama anda amat dihargai...
Anda senangkan saya, saya senangkan anda :)




Untuk menempah boleh terus sms / whatsapp Fina 0126297981

Delivery / self pick up sekitar Jasin & Ayer Keroh....


Untuk sebarang info pantas mengenai Amani Homebakers boleh follow atau add kami di facebook

Amani Homebakers



Thursday, October 9, 2014

Apa ada di Amani Homebakers???




Ni la di antara nya yg anda boleh dapatkan di Amani Homebakers

Tempahan dibuat sekurang-kurangnya 2 hari awal ye...
Paling bagus seminggu awal...

Bukan apa, takut order penuh...
Nnt ada pulak yg kecewa... 

Untuk info terkini tentang Amani Homebakers boleh follow atau add facebook kami... 

Untuk tempahan boleh sms / whatsapp
Fina 0126297981

Delivery / self pick up sekitar Jasin & Ayer Keroh

Friday, October 3, 2014

Apabila tiada order yg perlu dipenuhi

Kejaan acik bile tak ada order untuk cheese tart n fruits tart...



Ape lagi... Restok kulit tart la....

Huhuhu....


Monday, September 29, 2014

Fresh Fruits Tartlets available




FRESH FRUITS TARTLET NOW AVAILABLE AT AMANI HOMEBAKERS

Minimum order 25pcs

Boleh terus sms / whatsapp Fina 0126297981

Self pick up / delivery sekitar Jasin & Ayer Keroh

Mohon untuk buat tempahan sekurang2 nya 2 hari sebelum tarikh pick up

Friday, September 26, 2014

Kulit Tart untuk cheese tart






Kulit tart untuk tempahan...

1 pek ada 100pcs

Delivery / self pick up sekitar Jasin dan Ayer Keroh

Boleh sms / whatsapp Fina 0126297981



Untuk info pantas dari Amani Homebakers boleh terus ke facebook kami

www.facebook.com/syarafina.aman.adilah





Tuesday, September 23, 2014

Tempahan dibuka semula

Haaaa... Lama dah tak update blog.

Alhamdulillah saya telah pon selamat melahirkan baby girl pada 27 Julai lalu...
Betul-betul sehari sebelum raya.. Huhu...
Baby tak bagi can umie dia nak raya...
😂😂😂

Okey lah... Kronologi peristiwa saya bersalinkan adik Siti Fatimah Azzahrah later saya post k...

Just nk bgtau kami kini beroperasi semula dan mengambil kembali tempahan-tempahan cheese tart, tart shell, fresh fruits tartlets dan apam polka dot...

😍😍😍






Wednesday, June 25, 2014

Mom & Baby Expo is Coming To Town




Okeyh... Okeyh... Can't Wait...
Kat Melaka ni bukan senang nak ada Mom & Baby Expo cam ni...
Bila dah ada... Jangan lepaskan peluang...~

Ngehehehe... Just in time before mak buyong ni bersalin.
Nak memborong plastik storage for EBM...
And... Macam nak cari cooler bag baru je... kehkehkeh... walhal yang lama tu elok je lagi...

;p

Okeyh... orang-orang Melaka... Jom serbu...!!!

Wednesday, June 18, 2014

Birth Preparation _2nd baby - Breastfeeding things

Hari ni dah masuk 32weeks... Haa.. sikit lagi...~ Barang-barang untuk di bawa ke hospital dah stand by.. tapi untuk baby je... untuk umie nye belom siap packing lagi... ahahaha... boleh..?? 

Orang kata anak 2nd memang macam ni. Excitement nya tu kurang sikit dari anak 1st. 

Tapi bila bab breastfeeding ni, awal-awal lagi dah prepare. Breastpump dah siap cuci and sterilized. Dah siap cari spare part. And dah siap cari feeding bottle untuk persediaan bila naik kerja nanti.

Memandangkan dulu masa anak 1st iolls ni adalah EP mom, so... this 2nd baby... no..no..no EP lagi... Penat amat... siapa yang ada pengalaman jadi EP tentu memahami perasaan iolls ni. Mana tak nya sesi mengepam dalam masa 24jam paling kurang adalah 8x... T__T

So atas suggestion kawan opis, saya beli la botol COMO TOMO ni. Dia beli sebab anak dia tak mau bottle.. nak direct feed je... so, i think kalu anak dia boleh terima botol ni, may b the feeling of sucking from this bottle sure macam direct feed... Untuk mengelakkan nipple confuse lagi.

Ni la botol COMO TOMO yang digembar gemburkan tadi tu. The whole body is soft... Termasuk teatnya... memang boobies - look - like la

See... boleh squeeze2 lagi... 

Harga nya plak lebih kurang macam avent je kot rasanya. Ada juga terbaca review kat internet. Katanya teat COMO TOMO ni lagi lembut dari MIMIJUMI. Saya pon tak pasti... sebab saya tak pernah try MIMIJUMI. COMO TOMO ni dari korea tak silap. Belum glamer lagi kat market Malaysia. 

Harap-harap nanti baby tak nipple confuse macam kakak dia dulu. :)  


Tuesday, June 17, 2014

Pre Order Tart Shell untuk Aidilfitri



Teringin nak buat Blueberrt Cheese Tart Raya nanti..??
Tapi malas nak buat kulit tart...?? 

Pre order untuk Tart Shell dibuka sekarang sehingga 6 Julai 2014.

1 pek mengandungi 100pcs tart shell. 
Tahan sehingga 3 bulan jika disimpan dengan betul dalam bekas kedap udara.

sms / whatsapp Fina 012-6297981 untuk info lanjut.

Kulit tart akan diedarkan dalam masa 2 minggu sebelum hari raya...

HURRY UP...!!! BEFORE THE DATE END...!!!

Monday, June 16, 2014

Kulit Tart / Tart Shell rangup

Untuk sesiapa yang teringin nak buat cheese tart sendiri tapi malas sangat nak buat kulitnya, boleh la order dengan saya. 
Maklum la... tart shell ni mengambil masa sikit nak menggentelnya. 

Dan kadang-kadang kalau beli cheese tart yang dah siap ni tak puas makan, ye tak..?? 






1 pek ada 100 keping tart shell

Kalau simpan betul-betul dalam bekas kedap udara boleh tahan sehingga tiga bulan. 
Haa... boleh la makan puas-puas.

Untuk membuat tempahan boleh sms / whatsapp
Fina 012-6297981

Self pick up / delivery sekitar Jasin dan Ayer Keroh

Monday, June 9, 2014

Memenuhi Tempahan...~

Alhamdulillah...

Tempahan cheese tart tak putus-putus.
Walaupun buat untuk suka-suka tapi saya suka bila orang suka makan cheese tart saya dan cakap sedap. Ehehehehe... 
Saya budak baru belajar. Masih baru lagi... mana nak sama yang dah amik tempahan bertahun-tahun.

Antara tempahan yang sempat disiapkan minggu lepas

25pcs Nutella Cheese Tart untuk Azah dari Kampung Gapam, Jasin

50pcs mix Flavor (Blueberry, Strawberry & Nutella) untuk Azreen di PKNM

25pcs Blueberry Cheese Tart + 25pcs Nutella Cheese Tart untuk kawan husband nye wife, Hijrah. Dtg pick up dari Linggi di Petronas MITC.

25pcs Nutella Cheese Tart untuk kawan sekolah... dak Chim. dtg pick up kat opis saya...
Bila ada passion semuanya boleh jadi... Lain orang lain passionnya... Baking & cooking is mine... Buat diri rasa tenang bila duduk di dapur... That is therapy...~


Untuk mereka yang nak buat tempahan boleh sms / whatsapp
Fina 012-6297981

Blueberry / Strawberry Cheese Tart available in 25pcs and 50pcs

Nutella Cheese Tart available in 25pcs only.

Self pick up / delivery sekitar Jasin & Ayer Keroh