Wednesday, September 18, 2013

Fuel consumption dan gaji pukal~

Rentetan dari status daku kat facebook. Ni lah dilemma kakitangan kontrak yang bergaji pukal. Apa tak pernah dengar gaji pukal? Gaji pukal tu apa? Aku rasa kat Melaka je kot ada system gaji pukal ni. Meh nak terangkan gaji pukal tu apa. Gaji pukal tu adalah gaji yang fixed. xde kenaikan. Berbeza dengan kakitangan yang tetap atau kakitangan kontrak tapi bergaji skim. Gaji diorg akan naik setiap tahun ikut tangga gaji lah.
Kalau gaji pukal ni basic RM1800 (tak ada allowance macam gaji skim) untuk gred 41, so sampai ke tua la gaji anda takat tu je. Unless kalau kerajaan or PM umum kan ada kenaikkan untuk semua kakitangan. Macam last time yang naik 13% tu. Merasa la mak ni naik... Dapat la sekarang ni basic RM2034.
Kalau korang kerja dengan kerani yang bergaji skim, lama kelamaan gaji diorg melebihi gaji 41...

OK... rentetan jugak dari status fb aku pasal feul consumption, dengan gaji aku yg pukal ni. Korang pon tahu isu kerajaan kurang kan subsidi minyak. Walopon RM0.20 tapi terasa sangat. Pada yang selalu buat bajet tiap2 bulan bila dapat gaji, dia tau la berapa dia dah spent untuk fuel. Macam aku, bila gaji masuk je aku dah asingkan siap-siap duit minyak utk bulan tu. Which mean RM50 per week. Untuk pergi balik kerja dan hujung minggu untuk balik rumah mertua. But when minyak dah mahal I need to spend more than previous. Extra RM40 ringgit per month untuk fuel. Mane nak korek RM40 tu kalau korang dah buat bajet tiap2 bulan. Memang cukup-cukup je. Ok... sebagai contoh... meh tengok bajet n expenses aku tiap2 bulan...

Gaji aku basic RM2034 (aku tak malu pon nak war-war kan berapa gaji aku. Sebab memang gaji aku kecik walopon jawatan eksekutif... blerrghhh... eksekutif lah sgt). Setelah tolak EPF, duit kelab, duit zakat. Walaupun gaji kecik, kalau buleh potong la untuk zakat pendapatan ye kawan-kawan. Tapi kalau kita punya gaji tak cukup kriteria untuk potong zakat, xpe. Potong la seikhlas hati walaupun seringgit. Zakat tu kan mensucikan harta. Kita pon tak tahu gaji yang kita dapat tu berkat ke tak. Ye lah... Kadang masa berborak or mengular lagi lama dari masa buat kerja... ye tak? ok... panjang pulak melalutnya. Setelah tolah bagai2 tu tinggal lah lebih kurang RM1714.
So lets see the expenses.


Expenses 1 = RM700
Expenses 2 = RM100
Expenses 3 = RM150
Expenses 4 = RM100
Expenses 5 = RM200
Expenses 6 = RM200
FUEL = RM200
TOTAL = RM1450
 
Balance yang tinggal lebih kurang RM264
 
Dengan berbekalkan RM264 + RM200 hubby bagi untuk sampai ke next gaji amatlah diparas2 hidung je... Expenses yang kat atas tu sume adalah hutang-hutang dan bil yang perlu di bayar. RM464 tu adalah termasuk makan 5 hari sepanjang bekerja, barang2 keperluan anak... barang2 dapur mana yang nak kene topup kat rumah mak tu. OK... Dari RM264 tu saya dak terpaksa korek RM40 untuk tambah kat FUEL punye expenses... so tinggallah RM424... U bawak RM200 pegi beli barang dapur apa je yang dapat zaman sekarang ni..??
 
Bayangkan 3-4 tahun lagi saya bekerja dengan gaji yang masih seperti tersebut di atas? Tak ke makan ikan kering je lama-lama? Saya dah bekerja dengan gaji pukal ni for almost 3 years. Bukan tak bersyukur. Ok la... walaupun tak nak tetapkan kami yang berstatus kontrak ni (sebab mungkin korang tak nak bayar pencen) at least bagi la kami ni gaji skim. Hari ni anak baru seorang... Belum 2-3... Expenses makin lama makin bertambah...
 
Kadang-kadang rasa macam useless je kerja dengan gaji macam ni. Kena bambu bagai-bagai... ye tak? nak kerja pon xde mood... Dah la malas nak tulis panjang-panjang. Sakit hati je... sekian je la untuk tatapan to whom it may concern...
 
 
 
 
 
 
 
p/s : harapnya tak lama lagi boleh resign.

No comments:

Post a Comment