Thursday, July 18, 2013

Puasa dan Penyusuan (2nd year)

Alhamdulillah hari ni dah masuk 9 Ramadhan... juga tahun kedua saya berpuasa dan meyusukan. Alhamdulillah masih berpuasa penuh lagi setakat ni. Cerita pertama kali saya mengahadapi puasa tahun lepas ada dalam blog ni. Kalau rajin boleh la menggali 2012 punya entry.
 
Puasa dan penyusuan amat mencabar. Ramai ibu-ibu yang risau bila tiba bulan Ramadhan. Risau susu drop. Tak cukup susu... Nasihat saya, jangan letak kan mind set macam tu. Seolah-olah anda tidak gembira dengan kehadiran Ramadhan. Ramadhan la bulan yang paling ditunggu-tunggu umat Islam. Jadi mengapa harus khuatir. Kalau mind set anda terus meletak kan Ramadhan dan ibadah puasa itu menyebabkan susu akan berkurangan takut-takutnya nanti kita jadi tak ikhlas nak buat ibadah puasa nanti, Sudahnya nanti dapat puasa kering sahaja. Masyaallah...
 
Islam tu tak kejam ibu-ibu... ada rukhsah. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri.
 
Puasa saya kali ni saya, buat apa yang saya buat seperti tahun lepas... yang penting minum air secukupnya. Anda juga boleh mengamalkan pengambilan supplement untuk memberikan tenaga sepanjang hari. Banyak dah supplement kat pasaran yang salah satunya mungkin serasi dengan anda. Cubalah... Saya juga mengamalkan supplement. Agak berbeza dari yang tahun lepas tanpa pengambilan mana-mana supplement. Lebih cergas dan bertenaga.
 
Ingat ye ibu semua... supplement tu bukan semata-mata fungsi nya untuk menambah dan memperbanyakan susu. Walaupun banyak iklan-iklan promosi kata boleh banyak kan susu, tapi kalau anda sendiri tak faham konsep demand dan supply, rugi duit je beli berpuluh-puluh RM supplement.
Walaupun bulan Ramadhan, tetaplah pada jadual mengepam masing-masing. Dan mungkin boleh menambah kekerapan mengepam disebelah malam.
 
Jangan lupa untuk kekalkan hidrasi badan. Minum air secukupnya bermula dari lepas berbuka sehingga habis waktu sahur. Sekurang-kurangnya 2 litre air. Dan banyak kan berdoa diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa. Insyaallah.
 
 
 
 
Masih minum susu umie - setahun 6 bulan... umie ada 6 bulan lagi nak tamatkan tempoh penyusuan Siti Aisyah 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s : bangga jap dengan diri sendiri...oppsss... bukan riak ye... yang penting nawaitu kannnn....~ masih terus mencabar diri sendiri untuk habiskan tempoh penyusuan Siti Aisyah... Pas tu tak saba nk beranak lagi n breastfeed lagi... such a beautiful journey...

No comments:

Post a Comment