Wednesday, June 5, 2013

EPM Journey : Tips bangun tengah malam dengan senang

Saya telah melakukan eksperimentasi terhadap diri sendiri. Memandangkan EPM macam saya ni perlu bangun tengah-tengah malam dan awal-awal pagi untuk mengepam (12.00am & 3.00am). Sangat amatlah memerlukan kekuatan untuk bangun pada waktu-waktu tersebut.
 
Betullah... Bila kita serahkan segalanya kepada Allah, Allah akan tolong kita. Bila kita letakkan harapan dan kebergantungan kita 100% kat Allah, tak akan ada yang boleh tolong kita selain Allah.
 
Apa yang saya buat adalah, setiap kali lepas solat Isyak, doalah pada Allah untuk bangunkan kita pada sekian-sekian waktu, sambil dalam hati bulatkan tekad. Jam loceng tu sebagai alat je.
Masa dalam doa tu kita specifickan waktu dan tujuan kita untuk bangun pada waktu tersebut. Insyaallah... Allah akan bangunkan kita tanpa badan rasa letih. Cara ini jugak kita boleh buat kalau kita nak buat Tahajud.
 
Dan saya pernah tidak berdoa untuk di bangunkan pada waktu yang biasa saya bangun. Saya perasan memang susahkan sangat nak bangun walaupun jam loceng kat sebelah telinga je. Dan bila bangun tu badan memang rasa letih. Nak pegi kerja pon selalu lambat.
 
Tulah kekuasan doa. Dan sebagai Muslim kita seharusnya meletakkan kepercayaan kita 100% kepada Allah. Saya sangat bangga kerana saya seorang Muslim dan saya ada Allah sebagai tempat saya untuk memohon pertolongan.
 

 


No comments:

Post a Comment