Wednesday, May 22, 2013

Istimewanya susu ibu

Semenjak dua menjak ni tetibe rajin plak mak jemah ni nak menulis blog. Tersampuk apa pon tak tahu la... Hehehe...
Ramai orang... eh...ramai ke? Sebenarnya ada la orang tanya saya, kenapa anak saya dah 16 bulan masih minum 4oz je susu per feeding. Meh nak cerita sikit apa istimewanya susu ibu ni berbanding susu formula. Oppss... saya tak kata susu formula tu tak bagus, saya kata susu ibu ni lebih istimewa.
 
Allah ciptakan sesuatu tu bukan untuk sia-sia. Susu ibu ni terhasil berbeza dgn ibu-ibu lain bergantung kepada keperluan anaknya. Sebab tu ada ibu-ibu yang pump hari ni untuk esok pon masih mampu penuhi demand anak. Owh... berbalik kepada persoalan kita tadi. Kenapa Aisyah minum 4oz je per feeding. Cukup ke nutrisi dia..??
 
Jawapan saya... CUKUP.
 
Susu ibu terhasil mengikut keperluan anak mengikut setiap peringkat umur. Kalau dari umur dia 4 bulan sampai 16 bulan minum 4oz... Kandungan nutrisi dalam susu ibu akan termodified dengan sendirinya. Dari segi komposisi kangdungan lemak, karbohidrate, protien dan enzim-enzim lain. Semestinya lemak, karbohidrate, protien dalam susu ibu untuk bayi 4 bulan berbeza dengan bayi 16 bulan. Faham tak?
 
Pernah saya ditanya oleh seorang kawan, anaknya lebih kurang sebaya Aisyah, dia kata anak nya pon minum 4oz je perfeeding (fm). Jawapan saya : semestinya komposisi susu tersebut tidak berubah selama mana dia minum 4oz tersebut.
 
Itulah istimewanya susu ibu ni. Bagi baby yang menyusu badan sepenuhnya, tiada istilah obesiti dan kurang berat badan. Yang penting ibu kene amalkan pemakanan yang berkhasiat supaya nutrisi tersebut dapat disalurkan kepada anak.
 
Bagi ibu-ibu yang mampu menyusukan anak mereka, teruskan usaha... ~
 
 
 
 
p/s : masih terus-terusan mencari ilmu tentang breastfeeding....~
 


No comments:

Post a Comment