Wednesday, May 15, 2013

EPM, Allergic Rhinitis dan Cow's Milk

Begitu lama tidak menulis kat blog ni... Hehehehe... seriusly tahun 2013 adalah tahun sangat malas nak menulis blog. Entah kenapa jadi macam tu. Mungkin sebab tak banyak benda nak dituliskan dan dikongsikan kot.
 
Diam tak diam dah setahun 4 bulan menyusukan Siti Aisyah. Banyak suka dan dukanya. Dan dah setahun jugak saya jadi EP mother. Ape tu EP mother? EP is Exclusive Pumping. Di mana ibu perlu memerah susu utk feed her baby. Susah kan..?? kenapa tak bagi susu tepung je bila anak tak mau direct feed atau menyusu terus dr ibu...? jawapan saya adalah... saya mahu yang terbaik utk anak saya x kira la susah macam mana pon. Selagi ada saya bagi. Kalau makin kurang saya cuba tambahkan balik.
 
Selama setahun saya menyusukan Siti Aisyah tanpa mengambil supplement secara konsisten. Kadang-kadang saya makan habbatus sauda. Kadang-kadang saya makan obimin. Kalau teringat. After she turned 1yo saya cakap dengan suami nak campurkan susu Aisyah. Since dia dah boleh minum susu berperisa. Suami sperti biasalah tak pernah setuju utk saya campurkan susu Aisyah. Tapi ikut kan jugak keras kepala saya ni. Try beli dutch lady 123 perisa madu. Tgk2 dia berak keras. Dan masa tu suddenly saya demam teruk sangat. Susu memang merosot habes. Anak tak mau frozen EBM. Walaupun stok berbeg-beg dalam deep freezer tu. Susu yang ada dalam fridge tu je la yang diharapkan. Terpaksa bagi jugak dutch lady 123 tu. Baik saya demam, Aisyah plak demam. Sementara saya nak recover balik stok susu, terpaksa la bagi dutch lady tu jugak... demam dia berbalik-balik plak kali ni. Aisyah jarang nk demam berpanjangan. Saya noticed selesema dan batuk nya susah nak baik. Bila refer doc, dia kata Aisyah ade allergic... Macam babah and umie dia. Ok lah... Accept la dia pon ade Allergic Rhinitis ni. Doc bagi ubat allergic, dan saya stop bagi susu dutch lady just continue dengan breast milk. Bila stop tengok batuk dan selesema dia ok... punya la berusaha bersihkan segala habuk-habuk walopon sebutir. Aisyah memang kerap bersin macam umie dan babah dia. So kami memang dah suspect dia pon ade allergic cam kami.
 
Selama almost 2 bulan saya berusaha buat power pumping setiap hari di office dengan hanya menggunakan breast pump avent manual. Lenguh tangan mak ni... dah lama-lama dah terbiasa dah ok. Selain tu saya cuba bangun pam 3x between 12am-6am... Tapi memang badan rasa macam kain buruk... LETIH gila... So saya decided nk try set menyusu dari shaklee. Jangan salah faham ye... saya bukan amik untuk tambah susu. Susu tak akan bertambah pon kalau anda tak buat apa yang sepatutnya. Supplement2 ni hanya membantu ibu2 untuk mendapatkan badan yang fit dan mengekalkan kesihatan. Plus rutin hidup saya yang berubah bila suami out station 2-3 bulan belum tentu balik.
 
Almost 2 bulan buat power pumping dan amik supplement shaklee tu, akhirnya production agak stabil skang ni. Baru-baru ni niat hati nk habeskan susu dutc lady tu. Saya just bagi sehari sebotol je. tapi bila masuk 2 hari, saya tgk flu and batuk anak saya dtg baik. it's like... so sudden. Sbb kat rumah pengasuh tak ada plak anak-anak lain yang flu n batu. So tertanya-tanya dia berjangkit dengan sapa. So saya buat hipotisis awal, Aisyah allergic dengan cow's milk. Google la penghidap allergic rhinitis ni ade benda yang dia tak boleh makan ke. Banyak artikel yang saya jumpa makanan tidak menyumbang kepada allergic rhinitis ni. So refer doc... sebab bila Aisyah batuk dia akan menangis mcm batuk yang sakit dada tu. Takut jugak kalu allergic rhinitis ni boleh lead kepada athma...
 
Refer pada paed... dia kata batuk Aisyah tu dah dikategorikan sebagai athma... maksudnya dia alah pada cow's milk... T__T alahai.... Masa hipotisis awal dibuat saya serta merta stop bagi susu dutch lady tu. Bila stop nampak batuk dia agak berkurangan. So, kesimpulan yang boleh dibuat dari hipotisis tu, dan pengesahan dari paed memang sah la Aisyah allergic dgn cow's milk. Kesimpulan kedua yang boleh dibuat, umie kene tabah la mengepam lagi untuk mentenkan lagi supply susu ibu untuk Aisyah.
 
Kalau umie pregnant lagi sbelum awak 2 tahun, umie kena cari alternatif utk gantikan susu awak. Mungkin susu kambing. Terbaik selepas susu ibu.
 
Masa selepas baik demam 4x pump di office hanya dpt 8oz je... berbanding sebelum tu boleh dpt 12-16oz... skang dh agak stabil. ni hasil utk sesi pertama selama 20 minit

Stok frozen yang dilupuskan sebab cadang nak offkan deep freezer... bile tgk balik... banyak nye susu yg badan kecik ni hasilkan... hehehe... selagi ada daya usaha plus doa... segalanya tak mustahil...

 
 
 
 
 
Solat jangan tinggal... tu nasihat penting dr saya untuk anda semua. Sebab saya percaya pergerakan kita dalam solat membantu pengaliran susu dalam badan terutama ketika kita dalam keadaan rukuk dan sujud. Kerana masa tu center of graviti badan kita berada paling hampir dengan bumi dan daya graviti waktu tu kuat. Setiap objek kat atas mukabumi ni ada center of graviti memasing. Begitu juga dengan badan kita.
 
Kepada EPM2 yang baru berjinak2 dengan dunia EPM, jangan cepat sgt give up... berusaha la selagi boleh.... doa lah kepada al Khaliq... Dia yang memberi rezeki...
 
 
 
 
p/s : nk pegi spa x pegi-pegi lagi nih.... haaiiihhh~

No comments:

Post a Comment