Monday, May 20, 2013

Chicken and Mushroom creamy cheesy soup with pasta

Pening jugak nak melayan menu anak yang semakin membesar ni. Susah betul nak masak menu yang menepati citarasa dia lately. Sebelum ni berselera je makan nasik. Kita makan dia pon ikut makan sekali. Sampai saya cakap dengan husband, berbeza jaga anak kecil and jaga anak yang dalam proses membesar ni. Dulu, senang je tak payah nak fikir sangat apa dia nak makan. Susu ibu sahaja.
Bukan apa, takut dia tak dapat nutrient yang sepatutnya dari apa yang dia makan. Maklumla... Anak yang dalam proses tumbesaran ni perlukan lemak, protien, kalsium dan karbohidrate yang secukupnya.
Haaiihh... jenuh la... Once u become a mom to a toddler, u must be creative... bukan kretif apa, kretif cipta resepi... hahaha...
So petang semalam seharian la anak dara tu tak makan nasik. Asik minum susu dan makan keropok ikan... Heh...
 
Try la buat kan soup ni kat dia, makan dengan pasta. Mana tau dia tak mau makan nasik tapi nak makan benda lain macam pasta ke...
 
Saya main campak-campak je... takde sukatan pon...
 
Bahan-bahan yang diperlukan:
 
Daging ayam cincang
Cendawan butang
Lobak merah
Tomato ceri
Bawang holland
bawang putih
sedikit tepung jagung
Sedikit kiub ayam
Sekeping cheese.
sedikit garam
spiral pasta (ikut suka nak guna pasta apa)
olive oil untuk menumis
 
Cara-cara nak buat :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih.
2. Masukan daging ayam dan air. Biarkan mendidih sekejap.
3. Masuk kan sedikit kiub ayam dan garam secukup rasa.
4. Masukan cendawan butang, lobak merah dan tomato ceri. Biarkan utk beberapa ketika.
5. Masuk kan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah. Owh... lupa plak. Sambil-sambil masak sup tu boleh la rebus pasta nya. Rebus bersama sedikit minya dalam air tu tujuan nye supaya pasta tu tak melekat antara satu sama lain.
6. Akhir sekali masuk kan sekeping cheese.
7. Makan bersama pasta.
 
Untuk baby below 12 months saya tak galakan ibu-ibu masuk kan kiub ayam dan garam. Since anak saya ni dia kategori toddler, saya memang dah introduce dia kepada makanan keluarga. Dulu masa 6-12 months makanan dia semuanya tawar-tawar. Hehehe...
 
Antara bahan-bahan yang diperlukan.
Rasa dia memang sangat creamy and cheesy. Tapi kesudahan nya anak saya tak mau pon pasta tu. Dia makan sup je. Sup pon isi-isi nya dia tak makan. Tapi makan kuahnya sahaja... Tapi sendawa la jugak dia... Baru senang hati umie dia ni. Lepas ni kena fikir resepi lain plak... T__T
 
 
 
 
 
p/s : umie dia pon tolong habes kan sekali soup ni... kihkihkih... nanti umie masak untuk satu family plak.


No comments:

Post a Comment