Thursday, May 30, 2013

Big Bad Wolf

Title dah macam pameran buku plak kan. Saya bukanlah macam ibu-ibu lain yang Allah berikan nikmat susu yang melimpah ruah untuk anakanda tersayang. Tapi Alhamdulillah, saya masih mampu menyusukan anak saya sehingga kini. Susu saya tak ada la banyak mana pon. Tapi saya kene memerah dengan lebih kerap untuk penuhi demand anak saya.
Macam saya belajar kat KIM...
 
"Susu tak banyak... tak cukup nak hantar kat BS. Sekali perah 3oz je dapat. Anak minum 12oz masa kt BS"
Jawapan nya adalah :
"Tambah kekerapan mengepam. Kalau sekali pump dpt 3oz... pump la 4x... kan dah dapat 12oz"
 
 
Ni la di antara dilemma-dilemma ibu-ibu yang banyak saya baca kat dalam KIM. Sebenarnya semua tu adala dalam diri kita je sebenarnya. Antara nak dengan tak nak. Antara sanggup dengan tak sanggup.
Pump la ikut jadual yang puan-puan semua rasa selesa. Tak perlu pon ikut jadual orang lain. Mungkin boleh dijadikan sebagai guide line sahaja.
Sebagai EPM pada permulaannya saya banyak baca blog-blog EPM lain. Cari panduan. Dan kemudian saya tetapkan cara saya sendiri untuk mentenkan supply susu untuk anak saya. Mengikut keselesaan saya.
Jangan cepat give up. Jangan cepat patah semangat. Jangan dengan mudah termakan kata-kata orang yang kurang bermotivasi.
Kawan-kawan boleh bagi dorongan. But the biggest motivator is you... youself.
Macam saya cakap... Nak dengan tak nak je. Sanggup dengan tak je.
 
 
Ni sesi-sesi saya masa di office. Semuanya ada 4 sesi. Tak banyak mana pon susu saya utk per sesi. Tapi kalau saya tak buat 4 sesi ni mungkin saya tak boleh nak penuhi demand anak saya masa di rumah BS.
 
 
 
 
 
Apa-apa pun semuanya balik pada diri kita balik, Nak dengan tak nak... Sanggup dengan tak sanggup je... Macam dalam gambar atas ni. Satu serigala baik. Satu serigala jahat. Mereka asik gaduh je. Tapi yang mana satu yang akan menang...?? Tentulah the one you feed. Sbb dia kuat dan bertenaga..  
Macam tu lah dalam diri kita ni ada 2 sifat. Baik dan jahat... Nak dengan tak nak...
Faham...??
 
 
 
 
 
 
p/s : Masih cuba untuk menyusukan Aisyah selama mungkin... Selagi masih ada rezeki dia...


No comments:

Post a Comment