Thursday, May 30, 2013

Big Bad Wolf

Title dah macam pameran buku plak kan. Saya bukanlah macam ibu-ibu lain yang Allah berikan nikmat susu yang melimpah ruah untuk anakanda tersayang. Tapi Alhamdulillah, saya masih mampu menyusukan anak saya sehingga kini. Susu saya tak ada la banyak mana pon. Tapi saya kene memerah dengan lebih kerap untuk penuhi demand anak saya.
Macam saya belajar kat KIM...
 
"Susu tak banyak... tak cukup nak hantar kat BS. Sekali perah 3oz je dapat. Anak minum 12oz masa kt BS"
Jawapan nya adalah :
"Tambah kekerapan mengepam. Kalau sekali pump dpt 3oz... pump la 4x... kan dah dapat 12oz"
 
 
Ni la di antara dilemma-dilemma ibu-ibu yang banyak saya baca kat dalam KIM. Sebenarnya semua tu adala dalam diri kita je sebenarnya. Antara nak dengan tak nak. Antara sanggup dengan tak sanggup.
Pump la ikut jadual yang puan-puan semua rasa selesa. Tak perlu pon ikut jadual orang lain. Mungkin boleh dijadikan sebagai guide line sahaja.
Sebagai EPM pada permulaannya saya banyak baca blog-blog EPM lain. Cari panduan. Dan kemudian saya tetapkan cara saya sendiri untuk mentenkan supply susu untuk anak saya. Mengikut keselesaan saya.
Jangan cepat give up. Jangan cepat patah semangat. Jangan dengan mudah termakan kata-kata orang yang kurang bermotivasi.
Kawan-kawan boleh bagi dorongan. But the biggest motivator is you... youself.
Macam saya cakap... Nak dengan tak nak je. Sanggup dengan tak je.
 
 
Ni sesi-sesi saya masa di office. Semuanya ada 4 sesi. Tak banyak mana pon susu saya utk per sesi. Tapi kalau saya tak buat 4 sesi ni mungkin saya tak boleh nak penuhi demand anak saya masa di rumah BS.
 
 
 
 
 
Apa-apa pun semuanya balik pada diri kita balik, Nak dengan tak nak... Sanggup dengan tak sanggup je... Macam dalam gambar atas ni. Satu serigala baik. Satu serigala jahat. Mereka asik gaduh je. Tapi yang mana satu yang akan menang...?? Tentulah the one you feed. Sbb dia kuat dan bertenaga..  
Macam tu lah dalam diri kita ni ada 2 sifat. Baik dan jahat... Nak dengan tak nak...
Faham...??
 
 
 
 
 
 
p/s : Masih cuba untuk menyusukan Aisyah selama mungkin... Selagi masih ada rezeki dia...


Wednesday, May 22, 2013

Istimewanya susu ibu

Semenjak dua menjak ni tetibe rajin plak mak jemah ni nak menulis blog. Tersampuk apa pon tak tahu la... Hehehe...
Ramai orang... eh...ramai ke? Sebenarnya ada la orang tanya saya, kenapa anak saya dah 16 bulan masih minum 4oz je susu per feeding. Meh nak cerita sikit apa istimewanya susu ibu ni berbanding susu formula. Oppss... saya tak kata susu formula tu tak bagus, saya kata susu ibu ni lebih istimewa.
 
Allah ciptakan sesuatu tu bukan untuk sia-sia. Susu ibu ni terhasil berbeza dgn ibu-ibu lain bergantung kepada keperluan anaknya. Sebab tu ada ibu-ibu yang pump hari ni untuk esok pon masih mampu penuhi demand anak. Owh... berbalik kepada persoalan kita tadi. Kenapa Aisyah minum 4oz je per feeding. Cukup ke nutrisi dia..??
 
Jawapan saya... CUKUP.
 
Susu ibu terhasil mengikut keperluan anak mengikut setiap peringkat umur. Kalau dari umur dia 4 bulan sampai 16 bulan minum 4oz... Kandungan nutrisi dalam susu ibu akan termodified dengan sendirinya. Dari segi komposisi kangdungan lemak, karbohidrate, protien dan enzim-enzim lain. Semestinya lemak, karbohidrate, protien dalam susu ibu untuk bayi 4 bulan berbeza dengan bayi 16 bulan. Faham tak?
 
Pernah saya ditanya oleh seorang kawan, anaknya lebih kurang sebaya Aisyah, dia kata anak nya pon minum 4oz je perfeeding (fm). Jawapan saya : semestinya komposisi susu tersebut tidak berubah selama mana dia minum 4oz tersebut.
 
Itulah istimewanya susu ibu ni. Bagi baby yang menyusu badan sepenuhnya, tiada istilah obesiti dan kurang berat badan. Yang penting ibu kene amalkan pemakanan yang berkhasiat supaya nutrisi tersebut dapat disalurkan kepada anak.
 
Bagi ibu-ibu yang mampu menyusukan anak mereka, teruskan usaha... ~
 
 
 
 
p/s : masih terus-terusan mencari ilmu tentang breastfeeding....~
 


Monday, May 20, 2013

Chicken and Mushroom creamy cheesy soup with pasta

Pening jugak nak melayan menu anak yang semakin membesar ni. Susah betul nak masak menu yang menepati citarasa dia lately. Sebelum ni berselera je makan nasik. Kita makan dia pon ikut makan sekali. Sampai saya cakap dengan husband, berbeza jaga anak kecil and jaga anak yang dalam proses membesar ni. Dulu, senang je tak payah nak fikir sangat apa dia nak makan. Susu ibu sahaja.
Bukan apa, takut dia tak dapat nutrient yang sepatutnya dari apa yang dia makan. Maklumla... Anak yang dalam proses tumbesaran ni perlukan lemak, protien, kalsium dan karbohidrate yang secukupnya.
Haaiihh... jenuh la... Once u become a mom to a toddler, u must be creative... bukan kretif apa, kretif cipta resepi... hahaha...
So petang semalam seharian la anak dara tu tak makan nasik. Asik minum susu dan makan keropok ikan... Heh...
 
Try la buat kan soup ni kat dia, makan dengan pasta. Mana tau dia tak mau makan nasik tapi nak makan benda lain macam pasta ke...
 
Saya main campak-campak je... takde sukatan pon...
 
Bahan-bahan yang diperlukan:
 
Daging ayam cincang
Cendawan butang
Lobak merah
Tomato ceri
Bawang holland
bawang putih
sedikit tepung jagung
Sedikit kiub ayam
Sekeping cheese.
sedikit garam
spiral pasta (ikut suka nak guna pasta apa)
olive oil untuk menumis
 
Cara-cara nak buat :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih.
2. Masukan daging ayam dan air. Biarkan mendidih sekejap.
3. Masuk kan sedikit kiub ayam dan garam secukup rasa.
4. Masukan cendawan butang, lobak merah dan tomato ceri. Biarkan utk beberapa ketika.
5. Masuk kan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah. Owh... lupa plak. Sambil-sambil masak sup tu boleh la rebus pasta nya. Rebus bersama sedikit minya dalam air tu tujuan nye supaya pasta tu tak melekat antara satu sama lain.
6. Akhir sekali masuk kan sekeping cheese.
7. Makan bersama pasta.
 
Untuk baby below 12 months saya tak galakan ibu-ibu masuk kan kiub ayam dan garam. Since anak saya ni dia kategori toddler, saya memang dah introduce dia kepada makanan keluarga. Dulu masa 6-12 months makanan dia semuanya tawar-tawar. Hehehe...
 
Antara bahan-bahan yang diperlukan.
Rasa dia memang sangat creamy and cheesy. Tapi kesudahan nya anak saya tak mau pon pasta tu. Dia makan sup je. Sup pon isi-isi nya dia tak makan. Tapi makan kuahnya sahaja... Tapi sendawa la jugak dia... Baru senang hati umie dia ni. Lepas ni kena fikir resepi lain plak... T__T
 
 
 
 
 
p/s : umie dia pon tolong habes kan sekali soup ni... kihkihkih... nanti umie masak untuk satu family plak.


Thursday, May 16, 2013

Exclusive Pumping Mother - EPM

Seperti yang dijanjikan pada entry lepas, hari ni saya akan kongsikan beberapa amalan atau rutin saya sebagai EPM. Tak payah la cerita macam mana bermulanya kisah kehidupan saya sebagai EPM ye. Hehehe... Life must go on kan. Bukan apa kalu teringat-ingat balik rasa macam ralat je. Hehehehe... Lebih kurang setahun sudah saya bergelar EPM. Macam-macam bunyi jugak la yang terdengar-dengar kat telinga ni. Antaranya "Susu kering nanti bila budak tak hisap direct." Pekak kan telinga je la ye ibu-ibu semua. Ehh... panjang pulak bebel nye.
 
Ok... Sebelum tu saya akan kongsikan jadual pump saya seharian... start dari jam 6.00 pagi sampai 6.00 pagi esok nye. Eh... pening? maksudnya jadual saya dalam tempoh 24jam. Rasanya saya pernah share jadual saya kot. Jap-jap nak cari balik. Ha... boleh tengok kat sini. Tapi ada modified sikit. Saya share la lagi sekali ye.
 
 
Sesi pertama - 6.30 pagi - 20 minutes duration
Sesi kedua - 10.30 pagi - 20 minutes duration
Sesi ketiga - 12.30 tghari - 20 minutes duration
Sesi keempat - 2.30 ptg - 20 minutes duration
Sesi kelima - 4.30 ptg - 20 minutes duration
Sesi keenam - 8.30 mlm - 20 minutes duration
sesi ketujuh - 12.00 mlm - ikut suka... hehehe biasa nye stop bile dpt 4oz standby utk anak minum.
Sesi kelapan - 3.00pg - ikut suka... hehehe biasa nye stop bile dpt 4oz standby utk anak minum.
 
 
So semua sekali ada 8 sesi. Ni jadual saya since anak dari 4 bulan hingga dia setahun. Lepas demam teruk susu merosot baru rajin buat power pumping (PP).
 
Cara saya mentenkan supply susu saya adalah:
 
  1. Saya akan sedaya upaya follow jadual yang saya dah buat. Dan saya hanya buat exception bila keluar jalan-jalan. Saya akan pump ikut demand anak. Tapi masih lagi tidak lari jauh dari waktu yang ditetapkan dalam jadual.
  2. Saya akan sedaya upaya utk tidak skip sesi yang di antara 12.00 mlm hingga 6.30 pagi. Tapi kadang-kadang tu slip jugak dari time nye. Tapi saya akan tetap cuba bgn pam 3x dalam waktu tersebut. Sebab saya ni pemalas nak buat PP time cengiitu... ngantuk.. hihihihi...
  3. Power pumping seminggu sekali... Biasanya hari Jumaat la sebab rehat lama, and sure keluar berjimba dgn opismate. So sebelum rehat tu ber PP dulu.
Ok tu yang berkaitan dengan jadual atau lebih specific yang berkaitan dengan demand... Selain dari tu ada juga petua-petua yang saya amalkan. Macam makan benda-benda yang boleh banyak kan susu. Tak minum air berais... Kecuali ais yang buat sendiri. Air bergas tu semua saya akan elakan.
 
Ada orang tanya saya, tak penat ke asik nak basuh pump je. Seriusly, saya cuci pump 2x sehari je. Apa yang saya buat adalah, setiap kali lepas pump saya akan simpan dalam fridge. Pagi-pagi n petang baru saya cuci. Kalau rajin saya sterelised 2x... kalau tak sekali je. hehehe.
 
Saya guna pump ape? Saya hanya guna avent manual. Tu la yang saya guna utk buat PP. Lenguh??? Sangat.... Saya ada spectra 3, tapi saya tak guna dah, sebab spectra 3 tak buat breast saya kosong sepenuhnya.
 
Marmet lepas pam? Saya memang adalah seorang yang pemalas. Hehehe. So saya lebih rela guna manual. Sangat selesa.
 
Macam mana kalau keluar jalan-jalan? Sekali lagi, saya ni pemalas nk bawak beg banyak2. So saya akan bwk backpack. Dalam tu la letak diaper anak, botol anak, shawl, breastpump. Dan saya akan bawak pencuci feeding bottle yang versi travel punya dengan sekeping span basuh pinggan. Dan sehelai lampin bersih. Bile lepas pump, kalau jumpa toilet ke sinki ke saya cuci la. Dan lap kering-kering dengan lampin bersih tu. So simpan la balik dalam back pack tu. Sebab kalau nak cooler bag dengan icepack tu saya malas sikit. Hihihihi.
 
Penatkan jadi EPM ni? yuuuuuppppp.... Sangat penat. Kadang-kadang stress sangat. Dan sebab tu saya amik supplement utk mengekalkan badan saya sentiasa bertenaga dan sihat. Insyaallah.
 
Pesanan paling penting, SOLAT jangan tinggal. Nak mengadu penat ke apa, mengadu la dengan Dia. Kita akan rasa lebih tenang dari kita membebel kat suami kita ke apekan. :)
 
So itu sahajalah kot yang saya boleh kongsikan. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh PM inbox facebook saya atau email je kat saya adilah_syarafina@yahoo.com insyaallah saya akan cuba reply secepat mungkin.
 
Jadi EPM ni perlukan semangat yang cekal. kadang-kadang kita sendiri pon tak tahu mana datangnya semangat tu. Allah yang pinjamkan... :)
 
 
 
 
 

Wednesday, May 15, 2013

How do you survive just with EP...??

 
 
 
 
 
 
Ada jugak 2-3 orang PM inbox saya mintak tips utk survive jadi EPM
Setahun saya cuba survive...
 
Alhamdulillah... Masih mampu sehingga ke hari ni...
 
Next entry saya akan post kan beberapa tips macam mana nak survive jadi EPM ni...
Bukan senang... sangat susah dan mencabar...
 
Tunggu entry akan datang ye...
Semoga dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu yang baru je terjun ke dunia EP ni...
 
 
 
 
 
 
 
 
 


EPM, Allergic Rhinitis dan Cow's Milk

Begitu lama tidak menulis kat blog ni... Hehehehe... seriusly tahun 2013 adalah tahun sangat malas nak menulis blog. Entah kenapa jadi macam tu. Mungkin sebab tak banyak benda nak dituliskan dan dikongsikan kot.
 
Diam tak diam dah setahun 4 bulan menyusukan Siti Aisyah. Banyak suka dan dukanya. Dan dah setahun jugak saya jadi EP mother. Ape tu EP mother? EP is Exclusive Pumping. Di mana ibu perlu memerah susu utk feed her baby. Susah kan..?? kenapa tak bagi susu tepung je bila anak tak mau direct feed atau menyusu terus dr ibu...? jawapan saya adalah... saya mahu yang terbaik utk anak saya x kira la susah macam mana pon. Selagi ada saya bagi. Kalau makin kurang saya cuba tambahkan balik.
 
Selama setahun saya menyusukan Siti Aisyah tanpa mengambil supplement secara konsisten. Kadang-kadang saya makan habbatus sauda. Kadang-kadang saya makan obimin. Kalau teringat. After she turned 1yo saya cakap dengan suami nak campurkan susu Aisyah. Since dia dah boleh minum susu berperisa. Suami sperti biasalah tak pernah setuju utk saya campurkan susu Aisyah. Tapi ikut kan jugak keras kepala saya ni. Try beli dutch lady 123 perisa madu. Tgk2 dia berak keras. Dan masa tu suddenly saya demam teruk sangat. Susu memang merosot habes. Anak tak mau frozen EBM. Walaupun stok berbeg-beg dalam deep freezer tu. Susu yang ada dalam fridge tu je la yang diharapkan. Terpaksa bagi jugak dutch lady 123 tu. Baik saya demam, Aisyah plak demam. Sementara saya nak recover balik stok susu, terpaksa la bagi dutch lady tu jugak... demam dia berbalik-balik plak kali ni. Aisyah jarang nk demam berpanjangan. Saya noticed selesema dan batuk nya susah nak baik. Bila refer doc, dia kata Aisyah ade allergic... Macam babah and umie dia. Ok lah... Accept la dia pon ade Allergic Rhinitis ni. Doc bagi ubat allergic, dan saya stop bagi susu dutch lady just continue dengan breast milk. Bila stop tengok batuk dan selesema dia ok... punya la berusaha bersihkan segala habuk-habuk walopon sebutir. Aisyah memang kerap bersin macam umie dan babah dia. So kami memang dah suspect dia pon ade allergic cam kami.
 
Selama almost 2 bulan saya berusaha buat power pumping setiap hari di office dengan hanya menggunakan breast pump avent manual. Lenguh tangan mak ni... dah lama-lama dah terbiasa dah ok. Selain tu saya cuba bangun pam 3x between 12am-6am... Tapi memang badan rasa macam kain buruk... LETIH gila... So saya decided nk try set menyusu dari shaklee. Jangan salah faham ye... saya bukan amik untuk tambah susu. Susu tak akan bertambah pon kalau anda tak buat apa yang sepatutnya. Supplement2 ni hanya membantu ibu2 untuk mendapatkan badan yang fit dan mengekalkan kesihatan. Plus rutin hidup saya yang berubah bila suami out station 2-3 bulan belum tentu balik.
 
Almost 2 bulan buat power pumping dan amik supplement shaklee tu, akhirnya production agak stabil skang ni. Baru-baru ni niat hati nk habeskan susu dutc lady tu. Saya just bagi sehari sebotol je. tapi bila masuk 2 hari, saya tgk flu and batuk anak saya dtg baik. it's like... so sudden. Sbb kat rumah pengasuh tak ada plak anak-anak lain yang flu n batu. So tertanya-tanya dia berjangkit dengan sapa. So saya buat hipotisis awal, Aisyah allergic dengan cow's milk. Google la penghidap allergic rhinitis ni ade benda yang dia tak boleh makan ke. Banyak artikel yang saya jumpa makanan tidak menyumbang kepada allergic rhinitis ni. So refer doc... sebab bila Aisyah batuk dia akan menangis mcm batuk yang sakit dada tu. Takut jugak kalu allergic rhinitis ni boleh lead kepada athma...
 
Refer pada paed... dia kata batuk Aisyah tu dah dikategorikan sebagai athma... maksudnya dia alah pada cow's milk... T__T alahai.... Masa hipotisis awal dibuat saya serta merta stop bagi susu dutch lady tu. Bila stop nampak batuk dia agak berkurangan. So, kesimpulan yang boleh dibuat dari hipotisis tu, dan pengesahan dari paed memang sah la Aisyah allergic dgn cow's milk. Kesimpulan kedua yang boleh dibuat, umie kene tabah la mengepam lagi untuk mentenkan lagi supply susu ibu untuk Aisyah.
 
Kalau umie pregnant lagi sbelum awak 2 tahun, umie kena cari alternatif utk gantikan susu awak. Mungkin susu kambing. Terbaik selepas susu ibu.
 
Masa selepas baik demam 4x pump di office hanya dpt 8oz je... berbanding sebelum tu boleh dpt 12-16oz... skang dh agak stabil. ni hasil utk sesi pertama selama 20 minit

Stok frozen yang dilupuskan sebab cadang nak offkan deep freezer... bile tgk balik... banyak nye susu yg badan kecik ni hasilkan... hehehe... selagi ada daya usaha plus doa... segalanya tak mustahil...

 
 
 
 
 
Solat jangan tinggal... tu nasihat penting dr saya untuk anda semua. Sebab saya percaya pergerakan kita dalam solat membantu pengaliran susu dalam badan terutama ketika kita dalam keadaan rukuk dan sujud. Kerana masa tu center of graviti badan kita berada paling hampir dengan bumi dan daya graviti waktu tu kuat. Setiap objek kat atas mukabumi ni ada center of graviti memasing. Begitu juga dengan badan kita.
 
Kepada EPM2 yang baru berjinak2 dengan dunia EPM, jangan cepat sgt give up... berusaha la selagi boleh.... doa lah kepada al Khaliq... Dia yang memberi rezeki...
 
 
 
 
p/s : nk pegi spa x pegi-pegi lagi nih.... haaiiihhh~