Wednesday, November 6, 2013

DIET DAN PENYUSUAN

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar.

Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum

Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak

Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan.

Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat.

Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.
Sumber : http://www.babycenter.com.my/a1029134/diet-untuk-wanita-sihat-yang-menyusui#ixzz2jp9kCzTS



***********************************************************************************
Untuk mendapatkan nutrient yang terbaik semasa menyusukan SET PENYUSUAN dari SHAKLEE boleh membantu anda untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang tempoh penyusu.

Walaubagaimanapun prinsip asas penyusuan haruslah difahami sepenuhnya. Iaitu DEMAND VS SUPPLY.

Ini stok susu saya ketika saya menyusukan anak saya. Sampai tak muat2 deep freezer. Nak tahu macam mana saya boleh mentenkan penghasilan susu walaupun saya cuma EP mom..??


Sepanjang tempoh penyusuan saya akan pastikan perkara-perkara berikut saya patuhi.

>> Mematuhi sepenuhnya prinsip asas penyusuan DEMAND VS SUPPLY. Lagi banyak demand lagi byk supply

>> Saya akan pastikan setiap hari saya bebas dari stress

>> Saya akan pastikan saya mengambil makanan berkhasiat untuk membekalkan nutrient yang diperlukan kepada tubuh. Supaya saya boleh menghasilkan susu yang mencukupi.

>> Saya akan pastikan tubuh saya tidak terlalu letih. Kerana bila badan terlalu letih badan tidak boleh menghasilkan susu dengan mencukupi.

>> Saya akan pastikan badan saya sentiasa sihat.


Bagaimana saya ingin semua perkara di atas berlaku...?? Saya mengamalkan supplement Penyusuan dari Shaklee.

Cadangan Set Penyusuan Dari Shaklee

Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi mengenai penyusuan dan supplement. Jangan malu jangan segan. Sememangnya susu ibu adalah yang terbaik untuk si manja.

Sms / whatsapp / viber
FINA (id : 909808)
012-6297981

Atau anda boleh like kami di Facebook : Perfect Health Closet

Thursday, September 19, 2013

Shaklee Indipendent Distibutor Anda

Yeay....!!!
 
Dengan rasminya saya telah menjadi
Shaklee Indipendent Distributor
di kawasan anda..
Sekitar Jasin dan Ayer Keroh.
 
Nama : Syarafina Adilah binti Mohamad Hidhir
SID : 909808
Phone no : 012-6297981
 
Untuk sebarang pertanyaan produk Shaklee boleh
sms / whatsapp / viber
dinombor di atas
atau boleh add saya di facebook.
 
 
 
Bermula dengan trial pack untuk ibu menyusu. Kemudian saya terus jatuh hati dengan keberkesanannya. Terus ambil full pack.
Lepas tu bila nak order lagi, kawan-kawan opis pon suke kirim order dengan saya...
bila fikir2 balik y not saya jadi ahli terus.
Then... tarrraaaaaa.... dah jadi ahli dah...
And thanks to Mama Enny sbb beri tunjuk ajar how to generate income dengan Shaklee.
Walaupun permulaan yang slow... Tapi kalau konsisten dan punya semangat insyaallah... boleh berjaya. 

Wednesday, September 18, 2013

Fuel consumption dan gaji pukal~

Rentetan dari status daku kat facebook. Ni lah dilemma kakitangan kontrak yang bergaji pukal. Apa tak pernah dengar gaji pukal? Gaji pukal tu apa? Aku rasa kat Melaka je kot ada system gaji pukal ni. Meh nak terangkan gaji pukal tu apa. Gaji pukal tu adalah gaji yang fixed. xde kenaikan. Berbeza dengan kakitangan yang tetap atau kakitangan kontrak tapi bergaji skim. Gaji diorg akan naik setiap tahun ikut tangga gaji lah.
Kalau gaji pukal ni basic RM1800 (tak ada allowance macam gaji skim) untuk gred 41, so sampai ke tua la gaji anda takat tu je. Unless kalau kerajaan or PM umum kan ada kenaikkan untuk semua kakitangan. Macam last time yang naik 13% tu. Merasa la mak ni naik... Dapat la sekarang ni basic RM2034.
Kalau korang kerja dengan kerani yang bergaji skim, lama kelamaan gaji diorg melebihi gaji 41...

OK... rentetan jugak dari status fb aku pasal feul consumption, dengan gaji aku yg pukal ni. Korang pon tahu isu kerajaan kurang kan subsidi minyak. Walopon RM0.20 tapi terasa sangat. Pada yang selalu buat bajet tiap2 bulan bila dapat gaji, dia tau la berapa dia dah spent untuk fuel. Macam aku, bila gaji masuk je aku dah asingkan siap-siap duit minyak utk bulan tu. Which mean RM50 per week. Untuk pergi balik kerja dan hujung minggu untuk balik rumah mertua. But when minyak dah mahal I need to spend more than previous. Extra RM40 ringgit per month untuk fuel. Mane nak korek RM40 tu kalau korang dah buat bajet tiap2 bulan. Memang cukup-cukup je. Ok... sebagai contoh... meh tengok bajet n expenses aku tiap2 bulan...

Gaji aku basic RM2034 (aku tak malu pon nak war-war kan berapa gaji aku. Sebab memang gaji aku kecik walopon jawatan eksekutif... blerrghhh... eksekutif lah sgt). Setelah tolak EPF, duit kelab, duit zakat. Walaupun gaji kecik, kalau buleh potong la untuk zakat pendapatan ye kawan-kawan. Tapi kalau kita punya gaji tak cukup kriteria untuk potong zakat, xpe. Potong la seikhlas hati walaupun seringgit. Zakat tu kan mensucikan harta. Kita pon tak tahu gaji yang kita dapat tu berkat ke tak. Ye lah... Kadang masa berborak or mengular lagi lama dari masa buat kerja... ye tak? ok... panjang pulak melalutnya. Setelah tolah bagai2 tu tinggal lah lebih kurang RM1714.
So lets see the expenses.


Expenses 1 = RM700
Expenses 2 = RM100
Expenses 3 = RM150
Expenses 4 = RM100
Expenses 5 = RM200
Expenses 6 = RM200
FUEL = RM200
TOTAL = RM1450
 
Balance yang tinggal lebih kurang RM264
 
Dengan berbekalkan RM264 + RM200 hubby bagi untuk sampai ke next gaji amatlah diparas2 hidung je... Expenses yang kat atas tu sume adalah hutang-hutang dan bil yang perlu di bayar. RM464 tu adalah termasuk makan 5 hari sepanjang bekerja, barang2 keperluan anak... barang2 dapur mana yang nak kene topup kat rumah mak tu. OK... Dari RM264 tu saya dak terpaksa korek RM40 untuk tambah kat FUEL punye expenses... so tinggallah RM424... U bawak RM200 pegi beli barang dapur apa je yang dapat zaman sekarang ni..??
 
Bayangkan 3-4 tahun lagi saya bekerja dengan gaji yang masih seperti tersebut di atas? Tak ke makan ikan kering je lama-lama? Saya dah bekerja dengan gaji pukal ni for almost 3 years. Bukan tak bersyukur. Ok la... walaupun tak nak tetapkan kami yang berstatus kontrak ni (sebab mungkin korang tak nak bayar pencen) at least bagi la kami ni gaji skim. Hari ni anak baru seorang... Belum 2-3... Expenses makin lama makin bertambah...
 
Kadang-kadang rasa macam useless je kerja dengan gaji macam ni. Kena bambu bagai-bagai... ye tak? nak kerja pon xde mood... Dah la malas nak tulis panjang-panjang. Sakit hati je... sekian je la untuk tatapan to whom it may concern...
 
 
 
 
 
 
 
p/s : harapnya tak lama lagi boleh resign.

Friday, August 2, 2013

6 months to go... mampu ke lg ni...??

Alhamdulillah target-target jangka pendek umie nk susu kn Aisyah Berjaya. Tinggal lagi 6 bula je lagi. Mampu ke umie...? Umie plak dah kene tukar ke jabatan baru, belum tahu lagi nature kerja macam mana. Tapi... umie akan cuba sedaya upaya untuk perah susu Aisyah. Mungkin umie kene tukar waktu umie buat power pumping kot. Selagi umie belom pregnant, umie tetap akan perah jugak no matter what. Sebenarnya tak sangka, dengan hanya jadi EP, umie mampu susu kan awak... selama 18 bulan. Bukan senang tau. Orang lain dah give up dah agaknya dengan pelbagai alasan. Oh... I hate people who keep give reasons.
 
6 months to go... last target jangka pendek umie... Kalau pon umie pregnant dalam tempoh ni, tak ada lah umie ralat sangat sbb tak susukan Aisyah sampai 2 tahun. I saw many miracles of susu ibu in you. Alhamdulillah... Allah beri umie semangat. Allah pinjamkan umie semangat untuk umie besarkan anak yang Allah amanahkan pada umie dan babah.
 
Babah pon sangat menyokong umie. Plus niat lain umie susu kan awak sebab umie nak ringan kan beban babah. Susu formula kt pasaran sangat mahal sayang. Bukan umie dan babah tak mampu. Tapi kenapa nak berhabis duit beli susu terbaik kat pasaran sedangkan Allah bagi umie susu yang super duper terbaik free of charge je... Minum la berapa banyak awak nak minum. Umia akan berusaha untuk awak... The miracle in breastmilk ni, orang-orang yang breast feed je yg tahu dan faham.
 
Harap 6 bulan lagi ni umie mampu susukan awak lagi. Kalau umie belum pregnant. Hehehehe... Umie nak baby kecik lagi... Nak bagi awak adik... Kesian awak tak ada kawan nak main kat rumah. Rezeki Allah yang bagi... Kalau ada, adalah... umie dan babah mampu usaha dan doa je. Kalau ada rezeki untuk dapat adik baby, umie tetap akan susu kan adik baby macam umie susukan awak...
 
Umie dan babah sayang awak. Tengok pada perkembangan awak, tak mustahil awak boleh hafal quran. Macam umie dan babah harapkan. Insyaallah... Umie dan babah nak hantar awak pegi hafal quran. Jadi Hafizah dan Qariah... Insyaallah... Amin...~
 
 
 
 
 
 
p/s : sedihnya nk tinggalkan R&DCIC ni...

Monday, July 29, 2013

Breast pump : Avent Manual vs Snow Bear Electric

Setelah beberapa hari guna snow bear ni tetibe rasa mcm berbaloi-baloi plak beli... Sebab ape...? sebab saya adalah pengguna avent manual... hehehe...
Pening?
Kalau pening jom layan gambar bawah ni...
Ada magic... hihihi...
 
ni ring adaptor utk breast pump snow bear..digunakan utk convert wide neck kepada standard neck...
 
 
Mcm ni... ini breast shield snow bear... storage bottle tu brand autumnz,
 
 
 
Kemudian saya telah membuat experiment
 
 
 
Saya try ring adaptor ni kt avent saya... ok fit...
 
 
 
tadaaaaaa.... lepas ni boleh terus perah dlm storage bottle. xyah transfer2 lg from bottle avent to storage bottle... kan bagus kalu ade jual ring adapter ni je... ade ke..???
 
 
 
Magic x..?? magic x..?? magic kan...?? ehehehe....
Tu je la pon sebenarnye... ;p
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s : Ramadhan dah masuk 10 mlm terakhir... jom cari lailatul qadar...~

Tuesday, July 23, 2013

Alkisah breastpump elektrikku : from Sepctra 3 to Snow Bear Advance Electric Breast Pump

Avent manual breast pump is the best. Memang tak dinafikan. Sangat selesa, tak menyakitkan. Affordable. Tapi sejak mula terjebak dengan dunia EP ni, terasa memerlukan breast pump (BP) elektrik. Masa nak beli tu bertekak-tekak la jugak ngan husband. Mana taknya Avent manual tu dia yang belikan complete set sekali dengan avent cooler bag. Ingat lagi masa tu baru keluar dari hospital terus husband pegi jusco carikan BP. Tak sangka plak incek suamiku pandai jugak cari BP ni. Sampai sekarang daku masih sayangkan Avent manual tu. Now anak dah setahun enam bulan.
So, daku tunjuk jugak keras kepala, beli la jugak BP karen ni. Usya2... yang mampu masa tu Spectra 3. Masa tu ada promosi double pump dan free gift. Tanpa berfikir panjang dan baca review2 from mommies lain daku pon terus la beli. Beli kt littlewhiz masa tu.
 
Ok la mula-mula masa pakai tu... Lama-lama rasa macam BP tu tak best. Dan tak buat breast kosong sepenuhnya. Spectra tu guna masa dekat opis n masa terlampau bz kat rumah. Bila dah 7-8 kali guna, terasa macam memang tak serasi sangat. LDR mula-mula ada... 2-3 guna lambat... 8-9 kali guna lagi lambat. Sudahnya jadi tukun.
 
Khidmat Avent manual digunakan kembali sepenuhnya. Berpower pumping pon guna Avent manual ni. Alah bisa tegal biasa. Lama-lama tak lenguh. lalu daku pun menghantar lah spectra 3 tu untuk pergi service.. bila dh balik ke pangkuan still rs x best jugak gune pump tu...

Haaiisshhh... sambil-sambil tu aku pon dok la mengusya lagi bp2 karen yang ada kat market yang affordable. Tengok-tengok Avent single elektrik... kurang mampu la plak. Owh... secara personalnya saya lebih suka guna single pump dari double pump. Sebab ape? sebab sambil pegang pump pon saya masih boleh buat kerja (bila pump kat cubical), macam call orang ke (urusan kerja yeee). Menaip sikit-sikit ke. So tak de lah masa mengepump tu terbuang begitu saje. Cari punya cari tiba-tiba terjumpa bp brand Snow Bear ni... huh.?? Snow Bear...?? tak pernah dengar pon... try la cari review ibu-ibu yang penah guna brand ni. Semua review pon sangat positif,

Hati sudah la tertawan dengan bp ni. Then pergi Mom's Care tanye bp ni... kebetulan diorg ade promotion. From RM198 diskaun 20% dapatlah RM151... Apakah lagi yang ditunggu, terus rembat. Sebelum rembat tu suruh la promoter tu bukak dan demokan. OK... semakin tertarik. Lalu dibeli.

Ok... Kat bawah ni sedikit pandangan peribadi pasal breast pump Snow Bear ni...

* suctionnya ok... lembut lebih kurang macam avent manual daku itu. Walaupun section level pada maximum.
 
* ada 3 mode expression : express, natural dan gentel. Peribadinya saya lebih suka guna express mode. Sebab dah terbiasa kot masa guna avent manual tu, tangan ni dok mengepam dengan rhythm yang macam tu... hehehe...
 
* Hasil perahan lebih kurang avent manual daku juga... yippieee.... *lompat bintang...
 
* Tak banyak part nak kene cuci.

Lain-lain review boleh googel dari mommies lain kot. Panjang benau entry nya plak...

From this....

To This....



Ini adalah hasil power pumping menggunakan snow bear... hasil nya lebih kurang bila berpower pumping dengan avent manual...
 


Harap-harap Snow Bear ni ok la walaupun dah guna 2-3x... harap-harap sesuai dengan diriku. And for my Spectra3... Selamatla jadi tukun... Tapi kalau ada yang nak beli boleh je pm saya. Spectra3 double pump siap dengan petal massager...



p/s : lapar...

Thursday, July 18, 2013

Puasa dan Penyusuan (2nd year)

Alhamdulillah hari ni dah masuk 9 Ramadhan... juga tahun kedua saya berpuasa dan meyusukan. Alhamdulillah masih berpuasa penuh lagi setakat ni. Cerita pertama kali saya mengahadapi puasa tahun lepas ada dalam blog ni. Kalau rajin boleh la menggali 2012 punya entry.
 
Puasa dan penyusuan amat mencabar. Ramai ibu-ibu yang risau bila tiba bulan Ramadhan. Risau susu drop. Tak cukup susu... Nasihat saya, jangan letak kan mind set macam tu. Seolah-olah anda tidak gembira dengan kehadiran Ramadhan. Ramadhan la bulan yang paling ditunggu-tunggu umat Islam. Jadi mengapa harus khuatir. Kalau mind set anda terus meletak kan Ramadhan dan ibadah puasa itu menyebabkan susu akan berkurangan takut-takutnya nanti kita jadi tak ikhlas nak buat ibadah puasa nanti, Sudahnya nanti dapat puasa kering sahaja. Masyaallah...
 
Islam tu tak kejam ibu-ibu... ada rukhsah. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri.
 
Puasa saya kali ni saya, buat apa yang saya buat seperti tahun lepas... yang penting minum air secukupnya. Anda juga boleh mengamalkan pengambilan supplement untuk memberikan tenaga sepanjang hari. Banyak dah supplement kat pasaran yang salah satunya mungkin serasi dengan anda. Cubalah... Saya juga mengamalkan supplement. Agak berbeza dari yang tahun lepas tanpa pengambilan mana-mana supplement. Lebih cergas dan bertenaga.
 
Ingat ye ibu semua... supplement tu bukan semata-mata fungsi nya untuk menambah dan memperbanyakan susu. Walaupun banyak iklan-iklan promosi kata boleh banyak kan susu, tapi kalau anda sendiri tak faham konsep demand dan supply, rugi duit je beli berpuluh-puluh RM supplement.
Walaupun bulan Ramadhan, tetaplah pada jadual mengepam masing-masing. Dan mungkin boleh menambah kekerapan mengepam disebelah malam.
 
Jangan lupa untuk kekalkan hidrasi badan. Minum air secukupnya bermula dari lepas berbuka sehingga habis waktu sahur. Sekurang-kurangnya 2 litre air. Dan banyak kan berdoa diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa. Insyaallah.
 
 
 
 
Masih minum susu umie - setahun 6 bulan... umie ada 6 bulan lagi nak tamatkan tempoh penyusuan Siti Aisyah 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s : bangga jap dengan diri sendiri...oppsss... bukan riak ye... yang penting nawaitu kannnn....~ masih terus mencabar diri sendiri untuk habiskan tempoh penyusuan Siti Aisyah... Pas tu tak saba nk beranak lagi n breastfeed lagi... such a beautiful journey...

Thursday, June 13, 2013

Hamba dan Amanah

Mahu anak-anak bersolat...
Tapi ibu ayah tak pernah solat...

Mahu anak-anak mengaji dan cintakan al-quran...
Tapi ibu ayah merangkak-rangkak...
Apatah lagi nak bukak kitab suci tu dan mengajak anak membaca nya sekali.

Bila anak dah besar, dipaksanya solat...
Anak degil... Di rotan...
Salah siapa...???
Salah siapa anak liat mahu bersolat.

Percayalah... Pendidikan anak-anak bermula dari ibu ayah... anak 0-7tahun akan ikut apa sahaja yg dia lihat...
Ketika inilah kita nak didik dia tentang solat, pergerakan solat, ketika inilah kita perlukan tanamkan dalam dirinya apa itu tauhid.

Allahuakbar... Dulu tak pernah terfikir macam mana pelan jangkamasa panjang untuk lahirkan muslim yang muslim sebenar-benar. Bila sudah ada anak, seringkali mencari kekuatan di hadapan Allah bagaimana untuk aku didik anak ini.

Tak mahu nanti dipersoal Pencipta tentang amanah yang Dia berikan di dunia ni... Anak itu amanah... dan amanah itu berat kata Imam As-Syafie.

Mahu Allah yang menilai kita. Tapi apa kita buat untuk dapat skor tertinggi..?? Solat kita..?? Puasa kita...? Ibadah lain kita..??
Ibarat kakitangan kontrak nak sambung kontrak. Nak skor tertinggi untuk sambung kontrak. Ikut apa sahaja arahan boss. Walaupun kadang-kadang rasa terpaksa. Itulah ironinya kita dengan Pencipta.

Fikir-fikirlah... Renung-renunglah... Meletak kan penilaian ke atas diri hanya 100% kepada Allah tanpa mengumpul skor terbaik. Apakah kita layak untuk dinilai Allah? Sedangkan kita senantiasa memalingkan muka dari tikar sejadah. Ya Allah... Jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Allah... Perkenankanlah doa aku ini.

Sekali lagi... Layakkah kita untuk di nilai Allah. Apakah segala tuntutan Pencipta sudah dipenuhi. Allahurabbi.. Kami ini hamba. Apakah sifatnya hamba itu menyombong diri. Lalu dengan tegar-tegarnya minta diri dinilai. Apakah aku ini di antara umat Muhammad yang disebut-sebut namanya untuk dipermudahkan hisab..?? Aku ini tidak layak Ya Allah... kerana aku belum dapat skor tertinggi. Tidak tegar aku mahu Engkau menilai aku... Dengan meninggalkan perintah ke atas aku... tidak tegar aku untuk Engkau menilai aku ni... Aku malu dengan Mu ya Allah...
Kriteria penilaian belum aku penuhi...





p/s : pumpang... pumpang is not good... don't be a typical muslim. Typical muslim always give reasons... "we r not perfect.." y not... you changed... kita mmg tak sempurna... tapi kita boleh menghampiri kesempurnaan... mcm mane...?? cr sndiri... belajar mencari ilmu... when u got ilmu, xde la asik gune the same reason...

Wednesday, June 5, 2013

EPM Journey : Tips bangun tengah malam dengan senang

Saya telah melakukan eksperimentasi terhadap diri sendiri. Memandangkan EPM macam saya ni perlu bangun tengah-tengah malam dan awal-awal pagi untuk mengepam (12.00am & 3.00am). Sangat amatlah memerlukan kekuatan untuk bangun pada waktu-waktu tersebut.
 
Betullah... Bila kita serahkan segalanya kepada Allah, Allah akan tolong kita. Bila kita letakkan harapan dan kebergantungan kita 100% kat Allah, tak akan ada yang boleh tolong kita selain Allah.
 
Apa yang saya buat adalah, setiap kali lepas solat Isyak, doalah pada Allah untuk bangunkan kita pada sekian-sekian waktu, sambil dalam hati bulatkan tekad. Jam loceng tu sebagai alat je.
Masa dalam doa tu kita specifickan waktu dan tujuan kita untuk bangun pada waktu tersebut. Insyaallah... Allah akan bangunkan kita tanpa badan rasa letih. Cara ini jugak kita boleh buat kalau kita nak buat Tahajud.
 
Dan saya pernah tidak berdoa untuk di bangunkan pada waktu yang biasa saya bangun. Saya perasan memang susahkan sangat nak bangun walaupun jam loceng kat sebelah telinga je. Dan bila bangun tu badan memang rasa letih. Nak pegi kerja pon selalu lambat.
 
Tulah kekuasan doa. Dan sebagai Muslim kita seharusnya meletakkan kepercayaan kita 100% kepada Allah. Saya sangat bangga kerana saya seorang Muslim dan saya ada Allah sebagai tempat saya untuk memohon pertolongan.
 

 


Thursday, May 30, 2013

Big Bad Wolf

Title dah macam pameran buku plak kan. Saya bukanlah macam ibu-ibu lain yang Allah berikan nikmat susu yang melimpah ruah untuk anakanda tersayang. Tapi Alhamdulillah, saya masih mampu menyusukan anak saya sehingga kini. Susu saya tak ada la banyak mana pon. Tapi saya kene memerah dengan lebih kerap untuk penuhi demand anak saya.
Macam saya belajar kat KIM...
 
"Susu tak banyak... tak cukup nak hantar kat BS. Sekali perah 3oz je dapat. Anak minum 12oz masa kt BS"
Jawapan nya adalah :
"Tambah kekerapan mengepam. Kalau sekali pump dpt 3oz... pump la 4x... kan dah dapat 12oz"
 
 
Ni la di antara dilemma-dilemma ibu-ibu yang banyak saya baca kat dalam KIM. Sebenarnya semua tu adala dalam diri kita je sebenarnya. Antara nak dengan tak nak. Antara sanggup dengan tak sanggup.
Pump la ikut jadual yang puan-puan semua rasa selesa. Tak perlu pon ikut jadual orang lain. Mungkin boleh dijadikan sebagai guide line sahaja.
Sebagai EPM pada permulaannya saya banyak baca blog-blog EPM lain. Cari panduan. Dan kemudian saya tetapkan cara saya sendiri untuk mentenkan supply susu untuk anak saya. Mengikut keselesaan saya.
Jangan cepat give up. Jangan cepat patah semangat. Jangan dengan mudah termakan kata-kata orang yang kurang bermotivasi.
Kawan-kawan boleh bagi dorongan. But the biggest motivator is you... youself.
Macam saya cakap... Nak dengan tak nak je. Sanggup dengan tak je.
 
 
Ni sesi-sesi saya masa di office. Semuanya ada 4 sesi. Tak banyak mana pon susu saya utk per sesi. Tapi kalau saya tak buat 4 sesi ni mungkin saya tak boleh nak penuhi demand anak saya masa di rumah BS.
 
 
 
 
 
Apa-apa pun semuanya balik pada diri kita balik, Nak dengan tak nak... Sanggup dengan tak sanggup je... Macam dalam gambar atas ni. Satu serigala baik. Satu serigala jahat. Mereka asik gaduh je. Tapi yang mana satu yang akan menang...?? Tentulah the one you feed. Sbb dia kuat dan bertenaga..  
Macam tu lah dalam diri kita ni ada 2 sifat. Baik dan jahat... Nak dengan tak nak...
Faham...??
 
 
 
 
 
 
p/s : Masih cuba untuk menyusukan Aisyah selama mungkin... Selagi masih ada rezeki dia...


Wednesday, May 22, 2013

Istimewanya susu ibu

Semenjak dua menjak ni tetibe rajin plak mak jemah ni nak menulis blog. Tersampuk apa pon tak tahu la... Hehehe...
Ramai orang... eh...ramai ke? Sebenarnya ada la orang tanya saya, kenapa anak saya dah 16 bulan masih minum 4oz je susu per feeding. Meh nak cerita sikit apa istimewanya susu ibu ni berbanding susu formula. Oppss... saya tak kata susu formula tu tak bagus, saya kata susu ibu ni lebih istimewa.
 
Allah ciptakan sesuatu tu bukan untuk sia-sia. Susu ibu ni terhasil berbeza dgn ibu-ibu lain bergantung kepada keperluan anaknya. Sebab tu ada ibu-ibu yang pump hari ni untuk esok pon masih mampu penuhi demand anak. Owh... berbalik kepada persoalan kita tadi. Kenapa Aisyah minum 4oz je per feeding. Cukup ke nutrisi dia..??
 
Jawapan saya... CUKUP.
 
Susu ibu terhasil mengikut keperluan anak mengikut setiap peringkat umur. Kalau dari umur dia 4 bulan sampai 16 bulan minum 4oz... Kandungan nutrisi dalam susu ibu akan termodified dengan sendirinya. Dari segi komposisi kangdungan lemak, karbohidrate, protien dan enzim-enzim lain. Semestinya lemak, karbohidrate, protien dalam susu ibu untuk bayi 4 bulan berbeza dengan bayi 16 bulan. Faham tak?
 
Pernah saya ditanya oleh seorang kawan, anaknya lebih kurang sebaya Aisyah, dia kata anak nya pon minum 4oz je perfeeding (fm). Jawapan saya : semestinya komposisi susu tersebut tidak berubah selama mana dia minum 4oz tersebut.
 
Itulah istimewanya susu ibu ni. Bagi baby yang menyusu badan sepenuhnya, tiada istilah obesiti dan kurang berat badan. Yang penting ibu kene amalkan pemakanan yang berkhasiat supaya nutrisi tersebut dapat disalurkan kepada anak.
 
Bagi ibu-ibu yang mampu menyusukan anak mereka, teruskan usaha... ~
 
 
 
 
p/s : masih terus-terusan mencari ilmu tentang breastfeeding....~
 


Monday, May 20, 2013

Chicken and Mushroom creamy cheesy soup with pasta

Pening jugak nak melayan menu anak yang semakin membesar ni. Susah betul nak masak menu yang menepati citarasa dia lately. Sebelum ni berselera je makan nasik. Kita makan dia pon ikut makan sekali. Sampai saya cakap dengan husband, berbeza jaga anak kecil and jaga anak yang dalam proses membesar ni. Dulu, senang je tak payah nak fikir sangat apa dia nak makan. Susu ibu sahaja.
Bukan apa, takut dia tak dapat nutrient yang sepatutnya dari apa yang dia makan. Maklumla... Anak yang dalam proses tumbesaran ni perlukan lemak, protien, kalsium dan karbohidrate yang secukupnya.
Haaiihh... jenuh la... Once u become a mom to a toddler, u must be creative... bukan kretif apa, kretif cipta resepi... hahaha...
So petang semalam seharian la anak dara tu tak makan nasik. Asik minum susu dan makan keropok ikan... Heh...
 
Try la buat kan soup ni kat dia, makan dengan pasta. Mana tau dia tak mau makan nasik tapi nak makan benda lain macam pasta ke...
 
Saya main campak-campak je... takde sukatan pon...
 
Bahan-bahan yang diperlukan:
 
Daging ayam cincang
Cendawan butang
Lobak merah
Tomato ceri
Bawang holland
bawang putih
sedikit tepung jagung
Sedikit kiub ayam
Sekeping cheese.
sedikit garam
spiral pasta (ikut suka nak guna pasta apa)
olive oil untuk menumis
 
Cara-cara nak buat :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih.
2. Masukan daging ayam dan air. Biarkan mendidih sekejap.
3. Masuk kan sedikit kiub ayam dan garam secukup rasa.
4. Masukan cendawan butang, lobak merah dan tomato ceri. Biarkan utk beberapa ketika.
5. Masuk kan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah. Owh... lupa plak. Sambil-sambil masak sup tu boleh la rebus pasta nya. Rebus bersama sedikit minya dalam air tu tujuan nye supaya pasta tu tak melekat antara satu sama lain.
6. Akhir sekali masuk kan sekeping cheese.
7. Makan bersama pasta.
 
Untuk baby below 12 months saya tak galakan ibu-ibu masuk kan kiub ayam dan garam. Since anak saya ni dia kategori toddler, saya memang dah introduce dia kepada makanan keluarga. Dulu masa 6-12 months makanan dia semuanya tawar-tawar. Hehehe...
 
Antara bahan-bahan yang diperlukan.
Rasa dia memang sangat creamy and cheesy. Tapi kesudahan nya anak saya tak mau pon pasta tu. Dia makan sup je. Sup pon isi-isi nya dia tak makan. Tapi makan kuahnya sahaja... Tapi sendawa la jugak dia... Baru senang hati umie dia ni. Lepas ni kena fikir resepi lain plak... T__T
 
 
 
 
 
p/s : umie dia pon tolong habes kan sekali soup ni... kihkihkih... nanti umie masak untuk satu family plak.


Thursday, May 16, 2013

Exclusive Pumping Mother - EPM

Seperti yang dijanjikan pada entry lepas, hari ni saya akan kongsikan beberapa amalan atau rutin saya sebagai EPM. Tak payah la cerita macam mana bermulanya kisah kehidupan saya sebagai EPM ye. Hehehe... Life must go on kan. Bukan apa kalu teringat-ingat balik rasa macam ralat je. Hehehehe... Lebih kurang setahun sudah saya bergelar EPM. Macam-macam bunyi jugak la yang terdengar-dengar kat telinga ni. Antaranya "Susu kering nanti bila budak tak hisap direct." Pekak kan telinga je la ye ibu-ibu semua. Ehh... panjang pulak bebel nye.
 
Ok... Sebelum tu saya akan kongsikan jadual pump saya seharian... start dari jam 6.00 pagi sampai 6.00 pagi esok nye. Eh... pening? maksudnya jadual saya dalam tempoh 24jam. Rasanya saya pernah share jadual saya kot. Jap-jap nak cari balik. Ha... boleh tengok kat sini. Tapi ada modified sikit. Saya share la lagi sekali ye.
 
 
Sesi pertama - 6.30 pagi - 20 minutes duration
Sesi kedua - 10.30 pagi - 20 minutes duration
Sesi ketiga - 12.30 tghari - 20 minutes duration
Sesi keempat - 2.30 ptg - 20 minutes duration
Sesi kelima - 4.30 ptg - 20 minutes duration
Sesi keenam - 8.30 mlm - 20 minutes duration
sesi ketujuh - 12.00 mlm - ikut suka... hehehe biasa nye stop bile dpt 4oz standby utk anak minum.
Sesi kelapan - 3.00pg - ikut suka... hehehe biasa nye stop bile dpt 4oz standby utk anak minum.
 
 
So semua sekali ada 8 sesi. Ni jadual saya since anak dari 4 bulan hingga dia setahun. Lepas demam teruk susu merosot baru rajin buat power pumping (PP).
 
Cara saya mentenkan supply susu saya adalah:
 
  1. Saya akan sedaya upaya follow jadual yang saya dah buat. Dan saya hanya buat exception bila keluar jalan-jalan. Saya akan pump ikut demand anak. Tapi masih lagi tidak lari jauh dari waktu yang ditetapkan dalam jadual.
  2. Saya akan sedaya upaya utk tidak skip sesi yang di antara 12.00 mlm hingga 6.30 pagi. Tapi kadang-kadang tu slip jugak dari time nye. Tapi saya akan tetap cuba bgn pam 3x dalam waktu tersebut. Sebab saya ni pemalas nak buat PP time cengiitu... ngantuk.. hihihihi...
  3. Power pumping seminggu sekali... Biasanya hari Jumaat la sebab rehat lama, and sure keluar berjimba dgn opismate. So sebelum rehat tu ber PP dulu.
Ok tu yang berkaitan dengan jadual atau lebih specific yang berkaitan dengan demand... Selain dari tu ada juga petua-petua yang saya amalkan. Macam makan benda-benda yang boleh banyak kan susu. Tak minum air berais... Kecuali ais yang buat sendiri. Air bergas tu semua saya akan elakan.
 
Ada orang tanya saya, tak penat ke asik nak basuh pump je. Seriusly, saya cuci pump 2x sehari je. Apa yang saya buat adalah, setiap kali lepas pump saya akan simpan dalam fridge. Pagi-pagi n petang baru saya cuci. Kalau rajin saya sterelised 2x... kalau tak sekali je. hehehe.
 
Saya guna pump ape? Saya hanya guna avent manual. Tu la yang saya guna utk buat PP. Lenguh??? Sangat.... Saya ada spectra 3, tapi saya tak guna dah, sebab spectra 3 tak buat breast saya kosong sepenuhnya.
 
Marmet lepas pam? Saya memang adalah seorang yang pemalas. Hehehe. So saya lebih rela guna manual. Sangat selesa.
 
Macam mana kalau keluar jalan-jalan? Sekali lagi, saya ni pemalas nk bawak beg banyak2. So saya akan bwk backpack. Dalam tu la letak diaper anak, botol anak, shawl, breastpump. Dan saya akan bawak pencuci feeding bottle yang versi travel punya dengan sekeping span basuh pinggan. Dan sehelai lampin bersih. Bile lepas pump, kalau jumpa toilet ke sinki ke saya cuci la. Dan lap kering-kering dengan lampin bersih tu. So simpan la balik dalam back pack tu. Sebab kalau nak cooler bag dengan icepack tu saya malas sikit. Hihihihi.
 
Penatkan jadi EPM ni? yuuuuuppppp.... Sangat penat. Kadang-kadang stress sangat. Dan sebab tu saya amik supplement utk mengekalkan badan saya sentiasa bertenaga dan sihat. Insyaallah.
 
Pesanan paling penting, SOLAT jangan tinggal. Nak mengadu penat ke apa, mengadu la dengan Dia. Kita akan rasa lebih tenang dari kita membebel kat suami kita ke apekan. :)
 
So itu sahajalah kot yang saya boleh kongsikan. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh PM inbox facebook saya atau email je kat saya adilah_syarafina@yahoo.com insyaallah saya akan cuba reply secepat mungkin.
 
Jadi EPM ni perlukan semangat yang cekal. kadang-kadang kita sendiri pon tak tahu mana datangnya semangat tu. Allah yang pinjamkan... :)
 
 
 
 
 

Wednesday, May 15, 2013

How do you survive just with EP...??

 
 
 
 
 
 
Ada jugak 2-3 orang PM inbox saya mintak tips utk survive jadi EPM
Setahun saya cuba survive...
 
Alhamdulillah... Masih mampu sehingga ke hari ni...
 
Next entry saya akan post kan beberapa tips macam mana nak survive jadi EPM ni...
Bukan senang... sangat susah dan mencabar...
 
Tunggu entry akan datang ye...
Semoga dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu yang baru je terjun ke dunia EP ni...
 
 
 
 
 
 
 
 
 


EPM, Allergic Rhinitis dan Cow's Milk

Begitu lama tidak menulis kat blog ni... Hehehehe... seriusly tahun 2013 adalah tahun sangat malas nak menulis blog. Entah kenapa jadi macam tu. Mungkin sebab tak banyak benda nak dituliskan dan dikongsikan kot.
 
Diam tak diam dah setahun 4 bulan menyusukan Siti Aisyah. Banyak suka dan dukanya. Dan dah setahun jugak saya jadi EP mother. Ape tu EP mother? EP is Exclusive Pumping. Di mana ibu perlu memerah susu utk feed her baby. Susah kan..?? kenapa tak bagi susu tepung je bila anak tak mau direct feed atau menyusu terus dr ibu...? jawapan saya adalah... saya mahu yang terbaik utk anak saya x kira la susah macam mana pon. Selagi ada saya bagi. Kalau makin kurang saya cuba tambahkan balik.
 
Selama setahun saya menyusukan Siti Aisyah tanpa mengambil supplement secara konsisten. Kadang-kadang saya makan habbatus sauda. Kadang-kadang saya makan obimin. Kalau teringat. After she turned 1yo saya cakap dengan suami nak campurkan susu Aisyah. Since dia dah boleh minum susu berperisa. Suami sperti biasalah tak pernah setuju utk saya campurkan susu Aisyah. Tapi ikut kan jugak keras kepala saya ni. Try beli dutch lady 123 perisa madu. Tgk2 dia berak keras. Dan masa tu suddenly saya demam teruk sangat. Susu memang merosot habes. Anak tak mau frozen EBM. Walaupun stok berbeg-beg dalam deep freezer tu. Susu yang ada dalam fridge tu je la yang diharapkan. Terpaksa bagi jugak dutch lady 123 tu. Baik saya demam, Aisyah plak demam. Sementara saya nak recover balik stok susu, terpaksa la bagi dutch lady tu jugak... demam dia berbalik-balik plak kali ni. Aisyah jarang nk demam berpanjangan. Saya noticed selesema dan batuk nya susah nak baik. Bila refer doc, dia kata Aisyah ade allergic... Macam babah and umie dia. Ok lah... Accept la dia pon ade Allergic Rhinitis ni. Doc bagi ubat allergic, dan saya stop bagi susu dutch lady just continue dengan breast milk. Bila stop tengok batuk dan selesema dia ok... punya la berusaha bersihkan segala habuk-habuk walopon sebutir. Aisyah memang kerap bersin macam umie dan babah dia. So kami memang dah suspect dia pon ade allergic cam kami.
 
Selama almost 2 bulan saya berusaha buat power pumping setiap hari di office dengan hanya menggunakan breast pump avent manual. Lenguh tangan mak ni... dah lama-lama dah terbiasa dah ok. Selain tu saya cuba bangun pam 3x between 12am-6am... Tapi memang badan rasa macam kain buruk... LETIH gila... So saya decided nk try set menyusu dari shaklee. Jangan salah faham ye... saya bukan amik untuk tambah susu. Susu tak akan bertambah pon kalau anda tak buat apa yang sepatutnya. Supplement2 ni hanya membantu ibu2 untuk mendapatkan badan yang fit dan mengekalkan kesihatan. Plus rutin hidup saya yang berubah bila suami out station 2-3 bulan belum tentu balik.
 
Almost 2 bulan buat power pumping dan amik supplement shaklee tu, akhirnya production agak stabil skang ni. Baru-baru ni niat hati nk habeskan susu dutc lady tu. Saya just bagi sehari sebotol je. tapi bila masuk 2 hari, saya tgk flu and batuk anak saya dtg baik. it's like... so sudden. Sbb kat rumah pengasuh tak ada plak anak-anak lain yang flu n batu. So tertanya-tanya dia berjangkit dengan sapa. So saya buat hipotisis awal, Aisyah allergic dengan cow's milk. Google la penghidap allergic rhinitis ni ade benda yang dia tak boleh makan ke. Banyak artikel yang saya jumpa makanan tidak menyumbang kepada allergic rhinitis ni. So refer doc... sebab bila Aisyah batuk dia akan menangis mcm batuk yang sakit dada tu. Takut jugak kalu allergic rhinitis ni boleh lead kepada athma...
 
Refer pada paed... dia kata batuk Aisyah tu dah dikategorikan sebagai athma... maksudnya dia alah pada cow's milk... T__T alahai.... Masa hipotisis awal dibuat saya serta merta stop bagi susu dutch lady tu. Bila stop nampak batuk dia agak berkurangan. So, kesimpulan yang boleh dibuat dari hipotisis tu, dan pengesahan dari paed memang sah la Aisyah allergic dgn cow's milk. Kesimpulan kedua yang boleh dibuat, umie kene tabah la mengepam lagi untuk mentenkan lagi supply susu ibu untuk Aisyah.
 
Kalau umie pregnant lagi sbelum awak 2 tahun, umie kena cari alternatif utk gantikan susu awak. Mungkin susu kambing. Terbaik selepas susu ibu.
 
Masa selepas baik demam 4x pump di office hanya dpt 8oz je... berbanding sebelum tu boleh dpt 12-16oz... skang dh agak stabil. ni hasil utk sesi pertama selama 20 minit

Stok frozen yang dilupuskan sebab cadang nak offkan deep freezer... bile tgk balik... banyak nye susu yg badan kecik ni hasilkan... hehehe... selagi ada daya usaha plus doa... segalanya tak mustahil...

 
 
 
 
 
Solat jangan tinggal... tu nasihat penting dr saya untuk anda semua. Sebab saya percaya pergerakan kita dalam solat membantu pengaliran susu dalam badan terutama ketika kita dalam keadaan rukuk dan sujud. Kerana masa tu center of graviti badan kita berada paling hampir dengan bumi dan daya graviti waktu tu kuat. Setiap objek kat atas mukabumi ni ada center of graviti memasing. Begitu juga dengan badan kita.
 
Kepada EPM2 yang baru berjinak2 dengan dunia EPM, jangan cepat sgt give up... berusaha la selagi boleh.... doa lah kepada al Khaliq... Dia yang memberi rezeki...
 
 
 
 
p/s : nk pegi spa x pegi-pegi lagi nih.... haaiiihhh~

Friday, March 15, 2013

Need to do some changing..~









Blog ni kene buat perubahan la rasanya...
Mungkin pada header nye...
Emmm...
Tunggu je la nanti...~








Tuesday, March 12, 2013

2013

Dah masuk bulan ke 3 dalm tahun 2013 dan ini adalh entry pertama untuk tahun ini...

Sesungguhnya

Tahun 2013

Adalah tahun paling malas nak tulis blog...

hehehe...

Banyak benda nak dicoretkan...

Tapiiiiii...

MALAS

telah menguasai diri...

hehehe...

Sekian sahaja ye...