Monday, December 31, 2012

Car Seat Hunting

Memandangkan last weekend incek suami tak balik. So, daku pun mengambil kesempatan buat car seat hunting utk my little girl. Dah besar panjang dah tak sesuai nak duduk dalam carrier tu lagi. Thanks to Aai sebab suggest kan kedai Yong Fong ni. Kedai ni terteletak kat Jalan Tun Perak, Bachang. Berbaloi la jugak walaupun tak dapat nak taawar dengan harga yang aku nak. But still harga dia lebih rendah dari harga online. Boleh tawar-tawar jugak. Kedai ni memang jual barang baby. Dari breastpump hingga lah ke stroller.

Dulu duduk dalam carrier maxi cosi ni... masa baby baby boleh la.... hehehe...

Sebelum pegi menerjah Yong Fong tu, dah survey dulu kat online jenis convertible car seat yang sesuai dengan bajet yang tak berape nak ada ni. Hihihi... Since Aisyah memang dah tak suka duduk dalam carrier tu, sebab dia punya perasaan ingin tahu dan melihat alam sekeliling tu sangat tinggi, so kene la juga cari convertible car seat. Haaiihhh... Ni babah dia la ni. Dulu dah cakap cari car seat yang boleh dr new born till 2-3 yo... Kan dah kena beli lain jugak. Akhirnya carrier maxi cosi ni dah selamat bungkus letak dalam stor. Simpan untuk adik Aisyah plak nanti. Hehehe....

Apabila survey telah dibuat dan sesuai dengan bajet yang diperuntukan... akhirnya kami telah memilih this convertible car seat brand Aldo...

Car seat ni ade 2 incline position je... nak cari yang ada 3-4 incline position harganya melebihi peruntukan plak... hehehe...

Terus duduk kan budak kecik ni dalam car seat ni...haaa... n she loves to sit in it... siap goyang-goyang kaki lagi...
Baru puas hati umie dia ni tgk dia duduk dlm ni dan menikmati alam sekeliling...

Sampai tertidu. Masa ni belum rebahkan lagi car set ni, tu yang terlentok sikit kepale nye... tp bila dh rebah dh ok dah..

Ok... Dia sebenarnya tak nak turun dari situ. Nak duduk je dalam tu... Bila nk amik dia marah... haaiisshh...


Hmmm... akhirnya baru puas hati dah beli kan Aisyah car seat ni. Kalau tak, umie tak larat nak pegang awak masa dalam kereta, sebab awak tak reti duduk diam, dan umie akan mabuk dan sakit kepala. Plus, senang umie nanti kalau kena naik kereta berdua je dengan awak. Sebab awak dah tak mau duduk dalam carrier tu lagi...~



p/s : tu kira birthday present untuk awak la ye...

No comments:

Post a Comment