Monday, December 31, 2012

Car Seat Hunting

Memandangkan last weekend incek suami tak balik. So, daku pun mengambil kesempatan buat car seat hunting utk my little girl. Dah besar panjang dah tak sesuai nak duduk dalam carrier tu lagi. Thanks to Aai sebab suggest kan kedai Yong Fong ni. Kedai ni terteletak kat Jalan Tun Perak, Bachang. Berbaloi la jugak walaupun tak dapat nak taawar dengan harga yang aku nak. But still harga dia lebih rendah dari harga online. Boleh tawar-tawar jugak. Kedai ni memang jual barang baby. Dari breastpump hingga lah ke stroller.

Dulu duduk dalam carrier maxi cosi ni... masa baby baby boleh la.... hehehe...

Sebelum pegi menerjah Yong Fong tu, dah survey dulu kat online jenis convertible car seat yang sesuai dengan bajet yang tak berape nak ada ni. Hihihi... Since Aisyah memang dah tak suka duduk dalam carrier tu, sebab dia punya perasaan ingin tahu dan melihat alam sekeliling tu sangat tinggi, so kene la juga cari convertible car seat. Haaiihhh... Ni babah dia la ni. Dulu dah cakap cari car seat yang boleh dr new born till 2-3 yo... Kan dah kena beli lain jugak. Akhirnya carrier maxi cosi ni dah selamat bungkus letak dalam stor. Simpan untuk adik Aisyah plak nanti. Hehehe....

Apabila survey telah dibuat dan sesuai dengan bajet yang diperuntukan... akhirnya kami telah memilih this convertible car seat brand Aldo...

Car seat ni ade 2 incline position je... nak cari yang ada 3-4 incline position harganya melebihi peruntukan plak... hehehe...

Terus duduk kan budak kecik ni dalam car seat ni...haaa... n she loves to sit in it... siap goyang-goyang kaki lagi...
Baru puas hati umie dia ni tgk dia duduk dlm ni dan menikmati alam sekeliling...

Sampai tertidu. Masa ni belum rebahkan lagi car set ni, tu yang terlentok sikit kepale nye... tp bila dh rebah dh ok dah..

Ok... Dia sebenarnya tak nak turun dari situ. Nak duduk je dalam tu... Bila nk amik dia marah... haaiisshh...


Hmmm... akhirnya baru puas hati dah beli kan Aisyah car seat ni. Kalau tak, umie tak larat nak pegang awak masa dalam kereta, sebab awak tak reti duduk diam, dan umie akan mabuk dan sakit kepala. Plus, senang umie nanti kalau kena naik kereta berdua je dengan awak. Sebab awak dah tak mau duduk dalam carrier tu lagi...~



p/s : tu kira birthday present untuk awak la ye...

Wednesday, December 26, 2012

Jangan Sombong


Inilah realiti kehidupan. Pernah terjadi kepada diri aku sendiri. Aku ini manusia biasa. Iman tak menentu... ada pasang dan surutnya. Aku bukan Nabi yang Maksum sifatnya. Sedangkan Nabi kita itu dijanjikan syurga dan ditinggikan darjatnya pun tak pernah lupa untuk berdoa, siapa pula kita ini... Belum tentu ada tempat lagi kita di syurga nanti. Bergetar seluruh jiwa raga ketika menulis entri ini. Ya Allah... Betapa aku selalu melupakan Kau. Tuhan yang memberi nikmat dan rezeki di dunia yang sementara ini.

Ya Allah... betapa aku terkadang lalai untuk sujud dan merayu kepada-Mu... Tetapkan lah hati aku....

Tahukah bahawa kita ini HAMBA...??? HAMBA yang hina... Tapi kenapa kita masih sombong untuk solat dan berdoa..?? Mintalah... Merayulah pada Allah.

Andai apa yang kita pinta itu tidak dimakbulkan Allah, ketahuilah Allah sedang merencana kan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Terkadang Allah menguji kita unutk Dia mengingatkan kita tentang kewujudan-Nya. Tapi kita masih sombong... Kerap kali bila kita diuji, apa yang terkeluar dari mulut kita adalah "hidup ini tidak adil" . Tanya diri kita, pernah kita ADIL dengan ALLAH?

Tahukah kita kuasa doa? Doa itu senjata orang Mukmin. Pernah aku dengar dalam satu majlis ilmu...Doa yang ikhlas mampu mengubah Qada'... Cari la Hidayah Allah... Hidayah itu perlu dicari... Bukan untuk ditunggu. Sampai bila?? Kalau Kiamat itu diketahui tarikh berlakunya... tak akan ada kerosakan atas muka bumi ni.

Jangan putus asa dengan Rahmat Allah. Percayalah apabila Allah tidak menyegerakan apa yang kita pinta, mungkin ada dosa yang menyebabkan rezeki kita tergantung. Seperti tergantungnya pahala orang kafir yang berbuat baik. Selalu-selalulah memohon ampun kepada Allah... Segerakanlah urusan Allah sekiranya mahu Allah menyegerakan permintaan kamu. Jaga lah SOLAT... Solat la diawal waktu. Peringatan ini untuk diri sendiri juga.

Sekiranya segala perintah Allah telah kamu lakukan, tetapi kamu tetap diuji... Sesungguhnya Allah mahu meninggi darjat kamu... Jangan pernah jauh dengan Allah...

Ya Allah... masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki... Masih aku tercari-cari hidayah-Mu... Kurniakanlah aku ikhlas dan istiqamah...



p/s : Ya Allah... Jauhkn lah aku dari sifat dalam gambar tu... Tolonglah jaga hatiku ini.. Kerana Engkau yang menjadi pemilik hati-hati...~