Monday, October 22, 2012

CAKAP BANYAK TAK GUNA...~ BUAT TENGOK...~

Betul la orang cakap... Cakap saje tak guna... Cakap lebih pun tak guna...
Cuba buat...
Baru tau boleh ke tak boleh...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dari minggu lepas aku membebel je nak makan spegeti la... nak makan laksa nyonya la... Argghhh stress... Nak makan sedap-sedap tengah sengkek kering poket... haaiiyyaa... Nampak nya kena la masak sendiri... Last weekend incek suami balik... dah malam baru teringat ada spegeti lebih... Nak masak spegetti ala-ala pizza hut tu tak cukup barang la pulakk... Last-last cakap ngan suami, nak buat spegetti goreng la esok pagi untuk sarapan. Boleh laaaaa... spegetti jugak...kaaaannnn....


Tadaaaaa.... nila hasil nye... alaa... mcm mee goreng je pon.. next time la baru buat spegetti ala-ala pizza hut tu...


Lepas terbaca tweet Ustaz Azhar Idrus tu, terus tetiba rajin nak masak pulak... hehehe... ye la, husband balik seminggu sekali, bukan selalu nak makan masakan isteri... Since tekak dari minggu lepas nak makan laksa nyonya, Ahad lepas, tetiba rajin nak masak... first attempt... Boleh laaaaa... jadi laaaa... tapi tak sesedap masakan bondaku... huhuhuhu...

Gambar tak sempat nak amek... sebab masak nye sikit je, santan tak mencukupi. Pon tak dapat nak tapaukan untuk adik-adikku kat rumah. Tak apalah... Nanti saya buatkan lagi...

Tu la dia... Asek cakap nak makan... nak makan... buat sudaaahhhh....~ kan senang... hehehehe...

Tengah fikirkan menu untuk hujung minggu ni pulak... ;p




p/s : seronok bile tgk suami makan masakan kite...~

No comments:

Post a Comment