Tuesday, September 25, 2012

Usaha>Istiqamah>Doa>Tawakal

Journey of breast feeding is not easy... Ada masa susu sangat-sangat kurang. Ada masa susu terlebih dari biasa... Itu semua sebagai cabaran. Terpulang pada diri kita antara kuat dan tidak sahaja.
Itu hak anak... Susu kan la mereka selama mana yang boleh. Hak sepatutnya sehingga umur dua tahun. Janganlah kita nafikan hak nya.
Kita sebagai ibu, apa yang boleh kita lakukan adalah

Usaha Istiqamah Doa dan Tawakal

Usaha :
  • Makan makanan berkhasiat, untuk memastikan khasiat dari pemakanan ibu sampai kepada anak menerusi susu ibu. Makanan yang berkhasiat juga adalah untuk memastikan ibu-ibu mendapat nutrient yang seimbang sekali gus membantu penghasilan susu.
  • Buat jadual memerah susu yang konsisten setiap 2-3 jam di tempat kerja dan mengamalkan konsep demand and supply
  • Minum air masak 2-3 liter sehari bagi memastikan tubuh tidak dehydrate dan kekal bertenaga.
  • Sebagai pilihan ibu-ibu juga boleh mengambil supplement tambahan untuk kecergasan diri... kalau badan letih dan stress boleh menganggu penghasilan susu.
Istiqamah
  • Istiqamah la dengan segala usaha anda, jangan la buat separuh-separuh jalan je.
Doa
  • Sebagai seorang muslim... Doa itu adalah senjata, setelah usaha yang dah dibuat, berdoalah... dikurniakan rezeki buat si anak... Ibu-ibu juga boleh amalkan doa di bawah ni. Baca sambil letak kan tapak tangan di dada.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Tawakal
  • Setelah itu, tawakal dan berserah la kepada Allah, sesungguhnya Dia lah yang memberi rezeki. Janganlah cepat mengalah... Redha kan hati... Insyaallah... Allah maha mendengar...

No comments:

Post a Comment