Friday, September 14, 2012

Perjalanan Penyusuan Siti Aisyah - 8 Bulan

Minggu depan Siti Aisyah Amani genap 8 bulan.
Bermakna.. sudah 8 bulan Aisyah minum susu umie tanpa umie topup dengan susu formula.
Alhamdulillah... Umie pun tak sangka sejauh ini perjalanan penyusuan untuk anak umie...
Walaupun kebelakangan ni Aisyah tak mahu minum EBM yang frozen, umie tetap gagah kan jugak untuk perah hari ni, untuk kegunaan esok bila umie pergi kerja...

Adakalanya, hasil perahan sangat kurang, tapi masih mampu untuk meet your demand. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki-Mu ya Allah, Tuhan yang maha pengasih.
Semoga umie mampu susukan Aisyah dengan susu umie sehingga ke titisan terakhir...

Menjelang umur Aisyah 8 bulan umie telah mengumpul stok susu yang mencukupi untuk Aisyah, atau mungkin lebih dari demand Aisyah,
Dan sedikit dari stok susu Aisyah umie dah bagi pada adik seibu susuan Aisyah...
Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki buat 2 anak-anak ku ini...

Amin....


Gambar yang bertarikh 13 September 2012... Ini lah Stok susu terkini buat Siti Aisyah...~






p/s : lepas raya hari tu susu merudum...di sebabkan jadual pump ke laut akibat daripada berjalan raya sakan...

No comments:

Post a Comment