Tuesday, September 25, 2012

Usaha>Istiqamah>Doa>Tawakal

Journey of breast feeding is not easy... Ada masa susu sangat-sangat kurang. Ada masa susu terlebih dari biasa... Itu semua sebagai cabaran. Terpulang pada diri kita antara kuat dan tidak sahaja.
Itu hak anak... Susu kan la mereka selama mana yang boleh. Hak sepatutnya sehingga umur dua tahun. Janganlah kita nafikan hak nya.
Kita sebagai ibu, apa yang boleh kita lakukan adalah

Usaha Istiqamah Doa dan Tawakal

Usaha :
  • Makan makanan berkhasiat, untuk memastikan khasiat dari pemakanan ibu sampai kepada anak menerusi susu ibu. Makanan yang berkhasiat juga adalah untuk memastikan ibu-ibu mendapat nutrient yang seimbang sekali gus membantu penghasilan susu.
  • Buat jadual memerah susu yang konsisten setiap 2-3 jam di tempat kerja dan mengamalkan konsep demand and supply
  • Minum air masak 2-3 liter sehari bagi memastikan tubuh tidak dehydrate dan kekal bertenaga.
  • Sebagai pilihan ibu-ibu juga boleh mengambil supplement tambahan untuk kecergasan diri... kalau badan letih dan stress boleh menganggu penghasilan susu.
Istiqamah
  • Istiqamah la dengan segala usaha anda, jangan la buat separuh-separuh jalan je.
Doa
  • Sebagai seorang muslim... Doa itu adalah senjata, setelah usaha yang dah dibuat, berdoalah... dikurniakan rezeki buat si anak... Ibu-ibu juga boleh amalkan doa di bawah ni. Baca sambil letak kan tapak tangan di dada.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Tawakal
  • Setelah itu, tawakal dan berserah la kepada Allah, sesungguhnya Dia lah yang memberi rezeki. Janganlah cepat mengalah... Redha kan hati... Insyaallah... Allah maha mendengar...

Wednesday, September 19, 2012

Breakfast for Little Aisyah

Umie Aisyah ni kalau hujung minggu memang terlebih rajin...
Weekend lepas saya buatkan breakfast untuk si kecil ni...
Asyik makan bubur nasi je kan...

So kat bawah ni nak kongsikan resepi buat si kecil... boleh bagi waktu breakfast or minum petang...


OAT + APPLE + PEAR

Bahan-Bahan :

2 sudu oat
setengah biji epal merah
setengah biji pear

Cara-cara:

Masak kan oat yang telah direndam semalaman bersama sedikit air,
Kemudian masuk kan epal dan pear yang telah dipotong-potong.
Biarkan epal dan pear sedikit empuk.
Kemudian lecek atau blend halus...

Oat + Apple + Pear : Aisyah likes it...

Tuesday, September 18, 2012

Perlupusan susu beku... (mode : sedeyh)

Mungkin ada yang kurang senang dengan entri ni. Tapi... Ade aku kesah...??? Ekekekeke... Maaf la kepada pembaca yang kurang senang dengan entri ini, especially bagi ibu-ibu yang sedang gigih menyusukan anak-anak mereka. I think this is the part of my breast feeding journey. Sejak-sejak Aisyah dah kureng minum frozen EBM ni, stok dalam deep freezer tu jarang la nak terusik, makin bertambah ada la... Dan saya pon dah kurangkan nisbah EBM yang nak disimpan kat dalam deep freezer. Cuma bila chilled EBM dah 2-3 hari dalam fridge dan tak berminum baru la ianya akan ditransfer ke dalam deep freezer. Since Aisyah dh start solid food, waktu siangnya kurang la dia menyusu, malam pulak saya selalu bagi yang fresh je (EP mom). So, chilled EBM pon kurang jugak la terusiknya, sudahnya terpaksa la jugak masukkan ke dalam deep freezer. Makin lama, makin penuh la treasure chest tu. Treasure chest saya tu tak ada la besar ( tak mampu nak beli yang besar).

Sampai la weekend baru ni saya telah membuat keputusan untuk melupus kan EBM bulan Mei. Nak hantar ke anak susuan, rumahnya tak ada deep freezer, cuma freezer 2 pintu... Tak boleh simpan lama. Sedih la jugak semasa proses pelupusan tu.

Treasure Chest ku...~


Stok Bulan Mei, Thawing process dr pagi sampai petang, tu pon tak semua cair sepenuhnya



Setelah proses dikeluarkan dari plastik storage. Almost sebaldi jugak...


Lepas tu, saya siramkan kat pokok-pokok bunga yang ada dikeliling rumah, Syukur dengan rezeki yang Allah bagi, bukan suka-suka nak buang. Setiap hari pon berdoa supaya Allah berikan rezeki buat anak saya, bukan mintak lebih, tapi biarlah cukup untuk keperluan anak sehingga umurnya 2 tahun... Kalau Allah beri lebih itu satu bonus buat anak saya.





p/s : breast feeding journey is not easy... insan terpilih yang dipilih oleh Allah sahaja yang mampu menyusukan anak hingga 2 tahun. Semoga saya, dan ibu-ibu di luar sana berada dalam golongan tersebut. Amin....~

Friday, September 14, 2012

Perjalanan Penyusuan Siti Aisyah - 8 Bulan

Minggu depan Siti Aisyah Amani genap 8 bulan.
Bermakna.. sudah 8 bulan Aisyah minum susu umie tanpa umie topup dengan susu formula.
Alhamdulillah... Umie pun tak sangka sejauh ini perjalanan penyusuan untuk anak umie...
Walaupun kebelakangan ni Aisyah tak mahu minum EBM yang frozen, umie tetap gagah kan jugak untuk perah hari ni, untuk kegunaan esok bila umie pergi kerja...

Adakalanya, hasil perahan sangat kurang, tapi masih mampu untuk meet your demand. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki-Mu ya Allah, Tuhan yang maha pengasih.
Semoga umie mampu susukan Aisyah dengan susu umie sehingga ke titisan terakhir...

Menjelang umur Aisyah 8 bulan umie telah mengumpul stok susu yang mencukupi untuk Aisyah, atau mungkin lebih dari demand Aisyah,
Dan sedikit dari stok susu Aisyah umie dah bagi pada adik seibu susuan Aisyah...
Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki buat 2 anak-anak ku ini...

Amin....


Gambar yang bertarikh 13 September 2012... Ini lah Stok susu terkini buat Siti Aisyah...~






p/s : lepas raya hari tu susu merudum...di sebabkan jadual pump ke laut akibat daripada berjalan raya sakan...

Tuesday, September 4, 2012

Weekend Aisyah yang penuh dengan aktiviti...~

Last weekend Aisyah tu berjalan sakan... Mana tak nya... Umie dia bawak dia jalan sampai ke KL... nk jumpa babah nya... Malas nak cerita panjang-panjang layan je la gambar-gambar kat bawah ni...

Aisyah berjalan raya... Melawat adek susuan... Aliyah Aisyah... :)
** Saya ada anak susuan...

Keesokan nya pulak Aisyah pergi kenduri kahwin kawan Umie...
*** Santek kan kawan Umie ni... (kependekan ku terserlah...ciscake)
*** Aisyah sibuk nk tgk hand bouquet tu... babah panggil pun tak dengar...


Then hari ahad nya tu...kita oun balik la ke Melaka... Sampai Aisyah pon dh penat duduk dalam car seat dia... Cian anak umie ni...~



Aisyah ni kalau berjalan memang baik... susah sangat dia nak meragam... kecuali kalau dia dah penat sangat... biasa la budak- budak kan... Macam ni... Umie ngan Babah, senang hati nak bawak awak jalan ke mana pon... :)