Thursday, July 26, 2012

Ramadhan...?? Susu Drop...???

Saya pasti ade sesetengah ibu kat luar sana risau bila tibanya bulan Ramadhan...Risau takut susu drop... Especially pada yang tak buat atau tak ada stok susu. Jangan letakkan mind set kita di tempat yang salah. Sepatutnya kita sambut Ramadhan dengan gembira sebab Ramadhan adalah bulan umat Islam... Bulan pesta ibadah. Kalau kita ambil makanan seimbang ketika berbuka dan bersahur Insyaallah, tak akan ada masalah susu drop.

Stay dengan jadual mengepam seperti biasa, walaupun cik B terasa lembik. Macam saya, saya kuat makan, jadi, saya reverse kan waktu kuat makan saya tu kepada malam hari, so tak kisah la kalau saya bangun tengah malam untuk makan lagi sebelum bersahur.

Jadi...siapa kata bila puasa susu drop...?? walaupun period dan ada alasan untuk makan waktu siang, tapi saya tetap bangun sahur dan bangun makan tengah malam... sebab bulan puasa ni nak makan siang kene pandang-pandang...hehehehe...bukan makan macam makan time bukan bulan puasa kan...~

Ramadhan...??? susu drop...??? i don't think so... just be positif mommies...


p/s : tak sabar nak cari baju raya untuk Aisyah...~

Wednesday, July 25, 2012

How to Make Corn Puree

Semalam balik kerja terus buatkan Aisyah punya puree jagung. Tengahari semalam pergi Mydin beli beras terus beli jagung manis untuk buat puree Aisyah... Asyik makan sayur-sayur je kan... hehehe... so kat bawah ni saya kongsikan macam mana saya buat puree jagung untuk Aisyah...

Jagung manis ni di rebus sehingga masak...


Bila dah masak, blend dengan air susu ibu atau dengan air masak sehingga halus.
Kemudian tapis kan, lecek-lecek dengan sudu... untuk asingkan hampas jagung. Dan untuk memastikan teksturnya halus utuk bayi... Bila dah tapis, letakkan dalam ice tray untuk dibekukan...

Tadaaaaaa....ini lah hasilnya... sedia untuk dibekukan...~




p/s : setiap minggu pun pening fikirkan menu untuk Aisyah...hehehehe...~

Tuesday, July 24, 2012

Amalanku ketika berpuasa Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah masuk 4 Ramadhan... Saya dah berjaya melalui 3 hari berpuasa dengan jayanya... Tanpa merisaukan tentan kuantiti susu yang akan berkurang...~ sebenarnya semuanya bergantung kepada mind set kita, di samping faktor permakanan juga penting bagi memastikan ibu-ibu yang menyusukan bertenaga sepanjang hari. Lain orang lain cara mereka menghadapi Ramadhan. Kat sini saya nak share kan amalan saya bila saya ganti puasa dan berpuasa Ramadhan:

  • Mesti, wajib, harus habeskn air sebanyak 2 liter dari start waktu Maghrib sehingga habis waktu imsak
  • Ketika berbuka : makan 3 biji kurma dan minum segelas susu + oat kemudian baru makan nasik. lepas makan saya makan habbatusauda
  • Bangun tengah malam untuk makan lagi : habiskan lebihan makanan macam kuih muih, mertabak ke... minum segelas soya dan makan 3 biji kurma
  • ketika bersahur : makan nasik, minum segelas susu + oat dan makan kurma 3 biji... lepas makan saya ambil obimin dan habbatusauda...
Itu sahaja...setakat ni Alhamdulillah mampu berpuasa dan masih mainten pengeluaran susunya. :)

Tapi ada sedikit kelegaan bila menjelang nya bulan Ramadhan ni, sebabnya Siti Aisyah dah mula makan. Tapi seboleh-bolehnya saya akan tetap bawak pulang 4x4oz susu yang diperah ketika di pejabat. Semoga dipermudahkan... Amin...~

Thursday, July 19, 2012

Aisyah Turns 6 months Old

Esok anak umie genap 6 bulan sudah. Bermakna dah 6 bulan umie beri Aisyah minum susu umie, walaupun ada cubaan nak beri susu formula. Hehehehe... Syukur jugak Aisyah rejek susu formula yang tak shedap tu kan...?? susu umie gak sedap... hehehe...

Walaupun umie tak secara eksklusif beri Aisyah breast milk sepenuhnya, sebab kadang-kadang umia bagi Aisyah air masak dan umie dah bagi Aisyah makan sebelum waktunya, tapi umie tetap bangga dengan diri sendiri sebab berjaya menyusukan Aisyah dengan susu umie sehingga 6 bulan.
Bila Aisyah dah start makan, umie sangat seronok prepare makanan untuk Aisyah... macam-macam puree umie buatkan untuk Aisyah...


yang oren tu puree carrot lepas di bekukan dalam ice tray,bila dah keras ketul-ketul transfer kan dalam tupperware,
yang kale hijau tu puree brokoli + bunga kobis...baru nak di bekukan..

Yang ni plak puree pear + apple...pun baru nak di bekukan
yang ni air rebusan apple + pear nak bagi anak umie minum...sedap...manis-manis buah je... hehehe...


Umie buat Aisyah punye stok makanan untuk seminggu...senang sikit bagi ibu-ibu bekerjaya macam umie ni...hehehe... so bila Aisyah nak mamam, Mama Wan Aisyah tinggal panaskn aje...senang kan..?? Seboleh-bolehnya umie akan elak kan bagi Aisyah makanan instant macam nestum tu. Macam mana umie bersemangat nak bagi susu umie pada Aisyah, macam tu la jugak umie bersemangat nak buat makanan untuk Aisyah dari air tangan umie. Dengan harapan, bila besar nanti Aisyah tahu hormat babah dan umie... jadi anak yang berguna...

Pada ibu-ibu kat luar sana, elak kan la anak-anak kita makan benda-benda instant macam nestum tu. Dengan kita bagi dia berbagai-bagai jenis puree secara tak langsung meransang deria rasa baby...

Wednesday, July 18, 2012

Batik for Sale

BM001 (4 meters)
Material Type : Jacquard Silk (hand made)
Price : RM250 (excluding postage)
AVAILABLE

BM002 (4 meters)Material Type : Jacquard Silk (hand made)
Price : RM250 (excluding postage)

AVAILABLE


BM003 (4 meters)
Material Type : Jacquard Silk (hand made)
Price : RM250 (excluding postage)
AVAILABLE


BM004 (4 meters)
Material Type : Jacquard Silk (hand made)
Price : RM250 (excluding postage)
SOLD OUT


BM005 (4 meters)
Material Type : Jacquard Silk (hand made)
Price : RM250 (excluding postage)
AVAILABLE



BM006 (4 meters)
Material Type : Jacquard Silk (hand made)
Price : RM250 (excluding postage)

AVAILABLE





BM007 (4 meters)
Material Type : Jacquard Silk (hand made)
Price : RM250 (excluding postage)
AVAILABLE





BM008 (4 meters)
Material Type : Jacquard Silk (hand made)
Price : RM250 (excluding postage)
AVAILABLE




BM009 (4 meters)
Material Type : Jacquard Silk (hand made)
Price : RM250 (excluding postage)
AVAILABLE




BM010 (4 meters)
Material Type : Jacquard Silk (hand made)
Price : RM250 (excluding postage)
AVAILABLE




BM011 (4 meters)
Material Type : Jacquard Silk (hand made)
Price : RM250 (excluding postage)
AVAILABLE



Kami juga menerima tempahan batik untuk jabatan- jabatan kerajaan / persatuan
sebarang pertanyaan boleh menghubungi 
SYARAFINA ADILAH MOHAMAD HIDHIR 

Ditalian : 012-6297981
atau 
facebook :  Syarafina Hidhir





Friday, July 13, 2012

Sayangi Diri Sebelum Menyayangi Orang Lain

Entry ini adalah daripada petikan "Sayangi diri sebelum menyayangi orang lain" daripada :

SAYANGI DIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN
“Ustaz, kerana sayang anak-anaklah saya jadi begini,” kelohnya perlahan.
“Puan telah terkorban,” balas saya juga perlahan.

“Saya terkorban kerana berkorban.”


Saya diam. Perlahan-lahan saya renung keadaannya yang daif. Kakinya yang membengkak. Badannya yang sembab. Mukanya yang pucat. Penyakit tiga serangkai telah menyerangnya – darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. Saya dijemput oleh suaminya untuk memberi sedikit-sebanyak nasihat bagi menenangkan hatinya.

 
Saya masih ingat kata-kata suaminya, “Ustaz, tolong buat sesuatu pada isteri saya. Dia dalam keadaan yang sangat murung. Hampir tidak pernah senyum. Penyakitnya pun semakin berat. Dia perlukan keyakinan untuk sembuh. Jika tidak… “

 
Tanpa banyak bertanya saya terus memberi persetujuan. Sungguhpun kami berdua hanya kenalan jauh tetapi hajat seorang muslim terhadap saudaranya menjadikan kami dekat. Dan petang ini, saya meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengan isteri yang berusia lewat 40’an ini.

“Puan, berkorban tidak semestinya terkorban…” pujuk saya perlahan.

“Mengapa ustaz kata begitu?”

“Sekarang, puan mesti memiliki harapan dan keyakinan yang tinggi untuk sihat,” kilas saya menangguhkan jawapan pada pertanyaannya.

“Entahlah… saya seolah-olah putus harapan. Macam manalah anak-anak yang tinggalkan di rumah sekarang. Sudah dua bulan saya ditahan di rumah sakit begini…”

Saya benar-benar simpati, malah empati melihatnya. Masih terngiang-ngiang kata suaminya, “Ustaz, isteri saya sakit sebab terlalu banyak berkorban untuk anak-anak. Sejak anak-anak masih kecil, siang malam dia memberi tenaga, fikiran dan perhatiannya untuk membesarkan anak-anak. Risau dan bimbangnya hanya untuk membesarkan anak-anak. “

“Lalu… kerana itu dia mengabaikan kesihatannya?” tanya saya kepada suaminya.


“Ya. Bukan itu sahaja, dia langsung tidak pernah gembira hanya untuk menggembirakan anak-anak. Kesihatan, pelajaran, makan-minum, pakaian dan segalanya tentang anak-anak dijaganya dengan rapi. Tetapi makan-minumnya sendiri terabai. “

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Ini prinsip hidup lilin…membakar diri untuk menerangi orang lain.

“Ustaz, apakah ada salah saya, hingga takdirnya saya menerima nasib begini?” tanya ibu itu menyentap kembali perhatian saya kepadanya.


“Salah puan memang ada…” jawab saya.

“Salah saya?” dia tersentak. Riak mukanya semacam tidak percaya.


“Puan seharusnya menyayangi diri dahulu sebelum menyayangi orang lain,” jawab saya pendek.

“Bukan orang lain ustaz, anak-anak saya sendiri!”
“Sekalipun kepada anak sendiri.”
“Itu mementingkan diri namanya!”

“Tidak! Menyayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain bukan mementingkan diri. Malah itulah sewajarnya kita lakukan,” pintas saya. Nampaknya, saya telah ‘berjaya’ membuat dia melenting, marah dan memberi respons. Itu bagus. Sekurang-kurangnya dia telah keluar daripada zon kemurungan dan sindrom membisu yang dialaminya sekian lama.

“Mengapa demikian?”

“Hanya orang yang ada kasih sayang sahaja mampu memberi kasih sayang. Logiknya, hanya orang yang ada wang, mampu memberi wang,” terang saya.

Sekarang dia pula terdiam. Termenung agak lama. Saya biarkan sahaja dia dengan fikiran dan perasaannya.
“Puan, sebenarnya hanya orang yang sihat sahaja dapat menjaga kesihatan orang lain. Sekarang, cuba lihat… apabila puan sakit, siapa yang hendak menjaga anak-anak puan di rumah? Padahal kalau puan sihat, puan boleh menjaga mereka sekarang.”

“Saya tak faham ustaz, apa yang sedang berlaku sekarang. Tolonglah jelaskan,” rayu wanita itu.

“Baiklah, mari kita fahami dahulu apa yang telah berlaku. Kemudian kita cuba fahami apa yang sedang berlaku. Dan akhirnya, rancang apa yang perlu kita lakukan nanti.”

Mendengar kata-kata saya dia mula mengubah posisi badannya. Daripada berbaring kepada mengangkat badannya lantas bersandar di birai katil. Alhamdulillah, itu petanda positif. Mengubah posisi fizikal adalah proses merubah emosi dan minda. Bukankah untuk meredakan kemarahan kita dinasihatkan agar menukar posisi badan?

“Apa yang telah berlaku dahulu adalah satu kesilapan. Puan seharusnya menjaga kesihatan badan, fikiran, perasaan dan jiwa semasa mengasuh, mendidik dan menjaga anak-anak.”

“Maksudnya ustaz?”

“Jaga diri puan dahulu sebelum menjaga anak-anak. Maksudnya, puan perlu menjaga kesihatan jiwa dan badan puan. Itu bukan pentingkan diri. Tujuan kita sihat ialah agar mampu menjaga kesihatan orang lain. Sayangnya, puan telah tersilap, puan terlalu menjaga anak-anak sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Akibatnya, puan jatuh sakit… dan sekarang anak-anak terabai! ”

Saya teringat kata-kata seorang pakar pendidikan, Sebenarnya orang yang mengabaikan kesihatan diri adalah orang yang paling mementingkan diri sendiri.” Ketika ditanya mengapa, beliau berkata,”Sebab apabila dia sakit, orang lain yang terpaksa menjaga dirinya. Sebaliknya, orang yang menjaga kesihatan diri… akan sihat. Apabila dia sihat, dia mampu menjaga orang lain yang sakit!”

“Betul juga kata ustaz, sekarang, anak-anak saya terabai dan saya sendiri pun sakit. Rugi-rugi…”

“Yang sudah, sudahlah. Kata bijak pandai, sebaik sahaja mengambil pelajaran daripada kesilapan semalam, ayuh kita lupakan. Fokus kepada hari ini. Sekarang mari kita memahami realiti terkini… Apa yang sedang berlaku sekarang?”

“Saya sedang sakit…”jawab ibu itu.

“Tidak, puan sedang dirawat untuk sihat!”

“Maksud ustaz?”

“Puan mesti bersangka baik dengan Allah dan bersangka baik dengan diri sendiri. Katakan pada diri, aku layak untuk sihat kembali. InsyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan itu.”

Dia diam. Mukanya tunduk. Saya menambah kata,”Puan mesti sihat kerana puan memang sayangkan diri puan. Puan mesti sayangkan diri puan untuk menyayangi anak-anak puan. Itulah niat dan semangat yang perlu ada dalam diri puan sekarang. Inilah langkah terbaik untuk memulakan hari ini bagi menghapuskan kesalahan semalam.”

“Ustaz, saya akan sembuh?”

“Yakinlah pada bantuan Allah. Penyakit lahiriah ini akan mudah ditangani jika hati dan jiwa kita terlebih dahulu diubati. Tanamkan keyakinan, harapan dan sangka baik kepada Allah. Ujian sakit ini sebenarnya untuk tujuan itulah… bagi mengingatkan kita agar kembali kepada Allah. Kembali merintih, berharap dan mengadu kepadaNya.”

“Ustaz, tolong doakan agar saya nampak hubungan antara kasih sayang terhadap diri, manusia dan Alllah…”

“Puan, saya pun senasib dengan puan. Masih mencari-cari hakikat kasih sayang Allah. Namun, setakat ini apa yang saya tahu, kita tidak mampu menyayangi manusia lain selagi kita belum menyayangi diri sendiri. Dan kita tidak akan mampu menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi Allah!”