Wednesday, June 6, 2012

Hujung Minggu Di hospital

Khamis lepas Aisyah admitted kt Hospital Pantai Ayer Keroh. Puncanya mula-mula dia demam. Masa nak pergi kerja dah rasa pelik dah, sebab Aisyah kurang menyusu malam tu. Selalunya pagi sebelum pergi kerja ku perah susuku ke dalam botol dan susukan dia. Sekali lagi daku pelik. Takl lapar ke si comel umie ni... ku rasa-rasa badannya, panas...kemudian dia bangun, kudokong dan bawa ke Mama Wan nya.

"Ma...Cuba rasa badan Aisyah ni... Macam Panas je.."
" A'ah la...demam ni... Jom bawak gi klinik..."

Terus aku SMS kak ana, mengatakan aku EL... Sebelum bawak Aisyah ke klinik, dia poo poo... Pagi tu sahaja sudah dua kali dia poo poo... Cuma yang kali ke dua dia poo poo berdarah. Pukul 9 pagi lepas lap-lap badan Aisyah dan susukan dia, terus daku bawak ke klinik. Doktor cuma beri ubat demam dan ubat cirit birit. Pulang ke rumah aku terus beri ubat demam dan tidurkan dia. Sekali lagi dia poo poo dan berdarah. Terus packing bag dia dan bawak ke Hospital Pantai. Bila doc dah check, doc kata perlu admit sebab Aisyah kecik lagi. Kalau budak umur satu tahun ke atas doc akan bagi ubat sahaja.

So, bermula hari saya di Hospital Pantai. Doc terus bagi nasihat, teruskan bagi susu ibu. Masa Aisyah kat dalam procedure room untuk ambil sample darah dan poo poo dia, saya yang tunggu kat luar ni dah berjurai-jurai air mata dah. Sian anak umie...

3 malam lamanya saya tidur atas katil hospital, tidur sama-sama dengan Aisyah satu katil. So pergerakan agak terbatas nak pusing kiri kanan. Sakit-sakit badan.



3 kali kene cucuk baru jumpa urat...kene masuk air n antibiotik
 
Babah Aisyah sampai hospital lepas Maghrib, sebab babah Aisyah pun demam jugak, nak balik awal tak larat sangat nak drive. Dugaan sungguh...

Bila discharge dari hospital terus pergi cari sterilizer tablet... Selama ni main rendam-rendam je semua... Belum tentu germs mati secara total. Apa yang saya tak berapa gemar dengan sterilizer tablet ni ialah ada bau klorin, so setiap kali nak guna kena bilas dengan air masak. Dan akhirnya telah mengambil keputusan untuk beli sterilizer ni...



Ammek kau...terus beli online...boleh klik kt batch littlewhiz sebelah tu...

sekarang tengah ada sale...







p/s : sangat fobia dengan germs sekarang ni...

No comments:

Post a Comment