Friday, June 29, 2012

How to Handle EBM (ilustrated)


courtesy : Wan Nihayah Niha (KIM)




courtesy : Wan Nihayah Niha (KIM)




Semoga dapat membantu ibu-ibu yang breastfeeding dalam proses meng-handle EBM

Thursday, June 21, 2012

Peneman setia...~


Pemberian suami tercinta...~



Bekalan Aisyah Setiap Hari Bila Umie Pergi Kerja

1...2...3...4

Ini lah bekalan untuk Aisyah setiap hari bila umie pergi kerja...
4 x 4oz... Tapi kadang-kadang satu botol tu tak habis pun dia minum...

Umie ada sebulan lagi untuk bagi Aisyah mamam...
Umie bangga dapat susukan Aisyah dengan susu umie walaupun ada masa-masa susu umie merudum...

Semoga Allah murahkan rezeki Aisyah...~

Wednesday, June 20, 2012

Super Mommies on Board

Kak Ana upload pic mengepam...Saya pon nak upload jugak... Hehehe... Ini lah kejaan mommies kat R&D ni. Geng Supermak...


Yang belah kiri tu la mentor saya dalam breastfeeding ni...~

Sambil mengepam ade gak geng nak borak2...
Cumanya gajet saya tak lah secanggih gajet Kak Ana. Walaupun hanya menggunakan Avent manual, tapi cukup untuk bawak pulang bekalan untuk baby Aisyah. Lagipun breast pump tu hadiah dari incek suami... Suami yang sangat supportive dalam breast feeding thing ni. Cuma kalau berkemampuan nak upgrade ke elektrik breast pump since dah jadi EP mom ni. Tapi Avent manual tu tetap di hati...pemberian suami tercinta...



p/s : menunggu kepulangan supermak ke3 naik kerja...hehehe...

Tuesday, June 19, 2012

Littlewhiz Mid Year Sale






philips avent single electric breast pump
np: MYR899.00
on sale: MYR688.00

spectra 3 breast pump & breast shield & storage bag & cooler bag & 3pcs ice pack & 6 storage bottles
np: MYR699.80
on sale: MYR499.00





PLEASE CLICK AT LITTLEWHIZ BATCH ON YOUR RIGHT
OR



Info terbaru pengendalian EBM

information terbaru dari pakar penyusuan susu ibu HRPZII, Datin Nor. ebm yang telah dikeluarkan dari peti sejuk dan telah direndam dalam air suam boleh bertahan berada dalam suhu bilik selama 4 jam, jika bayi belum minum boleh disimpan semula dalam peti sejuk selama sejam ( hanya 1jam sahaja). kemudian boleh dikeluarkan dan dipanaskan semula bila bayi hendak minum, jika bayi masih tidak minum atau minum tidak habis dalam tempoh 4 jam kemudian barulah susu tersebut terpaksa dibuang. selain itu katanya, kita boleh keluarkan susu yang disejukkan dan biarkan pada suhu bilik, standby tuk baby minum asalkan x lebih dari 4 jam, bila baby nak minum just rendam dalam air suam. hmmm...senangkan sbb susu dah berada dalam suhu bilik x perlu tunggu lama2 tuk jd suam sampai kadang2 baby menangis lapar.

-Sumber : Kumpulan Ibu2 Menyusukan (KIM)-

K.A.M.I




Monday, June 18, 2012

Suamiku... Terima Kasih...~

Thanks Yang sebab support saya dalam breastfeeding ni. Suppose semua daddies pon kena jadi macam awak. Awak adalah suami dan babah yang sangat cool dalam breast feeding thing ni. Awak tak malu-malu pun nak tolong saya bawak tong coleman tu masa di Langkawi Airport. Dan awak tak malu-malu pun bila ada orang tanya apa yang awak bawak tu. Mana nak cari suami yang macam awak ni.

Syukur Ya Allah... Kau jumpa kan aku dengan orang yang tepat. Mengetahui niatku walaupun ada kalanya hampir tersungkur di tengah jalan. Dia ada untuk sambut tanganku...

Untuk babah kepada anak-anakku... Happy Father's Day... keep maintain the coolness... We love you so much...~


Hasil perahan sepanjang family day di Langkawi..~

Babah with Aisyah's milk...fly from langkawi...


Thursday, June 14, 2012

Monday, June 11, 2012

Introducing Little Aisyah

Aisyah with babah...~


Name :Siti Aisyah Amani binti Rahman
DOB : 20 January 2012
POB : Hospital Pantai Ayer Keroh
Favorite food : Umie's milk

Wednesday, June 6, 2012

Hujung Minggu Di hospital

Khamis lepas Aisyah admitted kt Hospital Pantai Ayer Keroh. Puncanya mula-mula dia demam. Masa nak pergi kerja dah rasa pelik dah, sebab Aisyah kurang menyusu malam tu. Selalunya pagi sebelum pergi kerja ku perah susuku ke dalam botol dan susukan dia. Sekali lagi daku pelik. Takl lapar ke si comel umie ni... ku rasa-rasa badannya, panas...kemudian dia bangun, kudokong dan bawa ke Mama Wan nya.

"Ma...Cuba rasa badan Aisyah ni... Macam Panas je.."
" A'ah la...demam ni... Jom bawak gi klinik..."

Terus aku SMS kak ana, mengatakan aku EL... Sebelum bawak Aisyah ke klinik, dia poo poo... Pagi tu sahaja sudah dua kali dia poo poo... Cuma yang kali ke dua dia poo poo berdarah. Pukul 9 pagi lepas lap-lap badan Aisyah dan susukan dia, terus daku bawak ke klinik. Doktor cuma beri ubat demam dan ubat cirit birit. Pulang ke rumah aku terus beri ubat demam dan tidurkan dia. Sekali lagi dia poo poo dan berdarah. Terus packing bag dia dan bawak ke Hospital Pantai. Bila doc dah check, doc kata perlu admit sebab Aisyah kecik lagi. Kalau budak umur satu tahun ke atas doc akan bagi ubat sahaja.

So, bermula hari saya di Hospital Pantai. Doc terus bagi nasihat, teruskan bagi susu ibu. Masa Aisyah kat dalam procedure room untuk ambil sample darah dan poo poo dia, saya yang tunggu kat luar ni dah berjurai-jurai air mata dah. Sian anak umie...

3 malam lamanya saya tidur atas katil hospital, tidur sama-sama dengan Aisyah satu katil. So pergerakan agak terbatas nak pusing kiri kanan. Sakit-sakit badan.



3 kali kene cucuk baru jumpa urat...kene masuk air n antibiotik
 
Babah Aisyah sampai hospital lepas Maghrib, sebab babah Aisyah pun demam jugak, nak balik awal tak larat sangat nak drive. Dugaan sungguh...

Bila discharge dari hospital terus pergi cari sterilizer tablet... Selama ni main rendam-rendam je semua... Belum tentu germs mati secara total. Apa yang saya tak berapa gemar dengan sterilizer tablet ni ialah ada bau klorin, so setiap kali nak guna kena bilas dengan air masak. Dan akhirnya telah mengambil keputusan untuk beli sterilizer ni...



Ammek kau...terus beli online...boleh klik kt batch littlewhiz sebelah tu...

sekarang tengah ada sale...







p/s : sangat fobia dengan germs sekarang ni...