Monday, May 28, 2012

Perjalanan Penyusuan Susu Ibu Siti Aisyah Amani

Sebelum dilahirkan sudah diniatkan dalam hati mahu menyusukan Siti Aisyah dengan susuku sendiri. Alhamdulillah, Allah maha mengetahui... Siti Aisyah sudah menjangkau usia empat bulan dan masih minum susu dari badanku sendiri. Dan Alhamdulillah setiap hari aku masih mampu mengepam sehingga 24oz... Dan masih mampu untuk menyimpan stok. Bekalan untuk bulan Ramadhan nanti. Takut-takut susu kurang dari biasa.

Sepanjang 3 bulan Siti Aisyah tiada masalah untuk menyusu secara direct dan menggunakan botol. Sehingga umurnya mahu menginjak empat bulan, Siti Aisyah tiba-tiba tidak mahu menyusu secara direct. Hati ibu mana yang tak kecewa. Aku terpaksa memerah ke dalam botol setiap kali dia mahu menyusu. Cuma sebelah malam sahaja bila mana dia amat mengantuk baru Aisyah akan minum secara direct.

Nurse di klinik ibu dan anak tempat aku membawa Aisyah check memberi beberapa tips untuk Aisyah kembali menyusu secara direct. Salah satunya feed Aisyah menggunakan botol di bawah ni bila saya bekerja...Maksudnya jangan guna botol susu puting...

Spoon feed bottle
Tapi sayangnya botol seperti ini tidak sesuai bila Aisyah dah terlalu lapar. Sudahnya aku transfer balik dalam botol susu puting.

Aku redha jika aku ditakdirkan untuk jadi EP mom (Exclusive pumping mom). Tapi dalam masa yang sama aku akan tetap berusaha untuk Aisyah menyusu secara direct semula. Aku akan tetap berusaha untuk menjayakan penyusuan susu ibu ni. Sehingga titisan terakhir. Aku hanya berharap Allah sentiasa bersama aku dan memberikan aku kekuatan untuk menyusukan Aisyah dengan susuku sendiri.


p/s : susu ibu adalah yang terbaik.

No comments:

Post a Comment