Wednesday, May 30, 2012

Jadual Seharian Umie Aisyah

Sejak-sejak jadi mommie ni jadual hidup memang dah lain sangat dah... Kalau dulu bangun pergi kerja boleh lagi bangun pukul 730 pagi. Sekarang dah tak boleh buat macam tu dah...
Ni la kehidupan saya lepas jadi mommie dan weekend wifey...

Isnin - Jumaat

6.00 pagi - sembahyang subuh
6.15 pagi - pump susu
6.30 pagi - arrange susu-susu Aisyah dalam fridge dan pack semua barang-barang bresatfeeding dalam back pack.
6.45 pagi - susukan Aisyah
7.00 pagi - mandi dan bersiap-siap untuk ke pejabat.
7.30 pagi - vrrrooommmm....pegi koje leeee....

8.30 pagi - 5.30 petang : office hour

6.00 petang - sampai rumah, cuci semua storage bottles, breastpump, simpan susu dlm freezer, keluarkan susu untuk thaw.
6.30 petang - kemas baju-baju masuk almari, golek-golek ngan Aisyah jap lepas tu mandi
7.00 malam - makan malam
7.30 malam - solat maghrib
8.00 malam - golek-golek ngan Aisyah dan susukan Aisyah
9.00 malam - tidurkan Aisyah
10.00 malam - iron baju, preapare barang-barang breastfeeding untuk esok hari
10.30 malam - tidoooooooo....

Itu jadual untuk aktiviti harian sahaja dari Isnin - Jumaat. Belum jadual mengepam lagi. Memandangkan kami ni weekend husband-wife so dalam jadual di atas tak ada pon masa yang diperuntukan untuk incek suami. Cuma Sabtu dan Ahad sahaja masa untuk kami.
Okeyh...kat bawah ni pulak jadual mengepam saya. Since Aisyah dah reject direct feeding, so saya terpaksa menetapkan satu jadual mengepam yang konsisten. Dan terpaksa la bekorban masa tidur sikit.


Jadual mengepam

During office hour

1st session - 10.00 pagi
2nd session - 12.00 tengahari
3rd session - 2.00 petang
4th session - 4.00 petang

Di rumah

1st session - 8.00 malam
2nd session - 12.00 malam
3rd session - 3.00 pagi
4th session - 6.00 pagi

Ada orang kata, anak dah tak nak menyusu direct bagi je la susu formula. Pada saya selagi anak saya mahu minum susu dari badan saya selagi itu saya tetap akan berikan padanya. Buat apa nak beli susu mahal-mahal sedangkan Allah dah kurniakan susu yang mencukupi dari tubuh badan kita.

Saya mengaku saya pernah bagi susu formula pada anak saya ketika dia mengalami fasa yang dia tak nak menyusu. Pada mulanya saya ingatkan dia reject jugak susu saya, jadi saya cuba bagi susu formula. Iye la, ibu mana yang sanggup tengok anak lapar. Bila saya bagi susu formula, pun dia reject jugak. Kesimpulan yang saya buat, dia tak nak menyusu bukan sebab masalah susu. Mungkin sebab growth spurts atau beralih bulan.

Pada ketika Aisyah reject direct feeding dan tak mahu menyusu, saya rasa sangat amat tertekan. Terpaksa bangun tengah-tengah malam untuk mengepam, masuk botol dan feed her. Tapi bila teringat kata-kata semangat kak ana, setiap apa yang kita buat untuk susu kan anak kita dengan susu kita, itu semua pahala. Setiap titis hasil perahan kita tu, semua pahala. Dan bila anak kita minum susu perahan kita tu, setiap tegukan adalah pahala. Buat ibu-ibu semua, betapa senangnya kita orang perempuan yang menyusukan anak dengan susu ibu ni untuk dapat pahala. Ini pelaburan saham kita untuk akhirat yang kekal abadi.

Sedikit demi sedikit saya sudah mula boleh adapt dengan status EP mom ni... Selagi Aisyah mahu minum susu dari badan saya, saya akan tetap teruskan penyusuan susu ibu. Semoga Allah sentiasa bersama saya. Ammiinn...~



p/s : Susu ibu adalah yang terbaik

2 comments:

  1. Moga Aisyah dpt menyusu hingga 2 thn..amiin..pape hal citer kt akak,insyallah kalau dpt akak tolong akak tolong..sekadar berkongsi pun xpe, at least release tension..mmg akak sukaaa sgt tgk adik2 kt ofis ni mula berminat dgn breastfeeding..from now on, you are my protege..hee..

    ReplyDelete