Wednesday, May 30, 2012

Jadual Seharian Umie Aisyah

Sejak-sejak jadi mommie ni jadual hidup memang dah lain sangat dah... Kalau dulu bangun pergi kerja boleh lagi bangun pukul 730 pagi. Sekarang dah tak boleh buat macam tu dah...
Ni la kehidupan saya lepas jadi mommie dan weekend wifey...

Isnin - Jumaat

6.00 pagi - sembahyang subuh
6.15 pagi - pump susu
6.30 pagi - arrange susu-susu Aisyah dalam fridge dan pack semua barang-barang bresatfeeding dalam back pack.
6.45 pagi - susukan Aisyah
7.00 pagi - mandi dan bersiap-siap untuk ke pejabat.
7.30 pagi - vrrrooommmm....pegi koje leeee....

8.30 pagi - 5.30 petang : office hour

6.00 petang - sampai rumah, cuci semua storage bottles, breastpump, simpan susu dlm freezer, keluarkan susu untuk thaw.
6.30 petang - kemas baju-baju masuk almari, golek-golek ngan Aisyah jap lepas tu mandi
7.00 malam - makan malam
7.30 malam - solat maghrib
8.00 malam - golek-golek ngan Aisyah dan susukan Aisyah
9.00 malam - tidurkan Aisyah
10.00 malam - iron baju, preapare barang-barang breastfeeding untuk esok hari
10.30 malam - tidoooooooo....

Itu jadual untuk aktiviti harian sahaja dari Isnin - Jumaat. Belum jadual mengepam lagi. Memandangkan kami ni weekend husband-wife so dalam jadual di atas tak ada pon masa yang diperuntukan untuk incek suami. Cuma Sabtu dan Ahad sahaja masa untuk kami.
Okeyh...kat bawah ni pulak jadual mengepam saya. Since Aisyah dah reject direct feeding, so saya terpaksa menetapkan satu jadual mengepam yang konsisten. Dan terpaksa la bekorban masa tidur sikit.


Jadual mengepam

During office hour

1st session - 10.00 pagi
2nd session - 12.00 tengahari
3rd session - 2.00 petang
4th session - 4.00 petang

Di rumah

1st session - 8.00 malam
2nd session - 12.00 malam
3rd session - 3.00 pagi
4th session - 6.00 pagi

Ada orang kata, anak dah tak nak menyusu direct bagi je la susu formula. Pada saya selagi anak saya mahu minum susu dari badan saya selagi itu saya tetap akan berikan padanya. Buat apa nak beli susu mahal-mahal sedangkan Allah dah kurniakan susu yang mencukupi dari tubuh badan kita.

Saya mengaku saya pernah bagi susu formula pada anak saya ketika dia mengalami fasa yang dia tak nak menyusu. Pada mulanya saya ingatkan dia reject jugak susu saya, jadi saya cuba bagi susu formula. Iye la, ibu mana yang sanggup tengok anak lapar. Bila saya bagi susu formula, pun dia reject jugak. Kesimpulan yang saya buat, dia tak nak menyusu bukan sebab masalah susu. Mungkin sebab growth spurts atau beralih bulan.

Pada ketika Aisyah reject direct feeding dan tak mahu menyusu, saya rasa sangat amat tertekan. Terpaksa bangun tengah-tengah malam untuk mengepam, masuk botol dan feed her. Tapi bila teringat kata-kata semangat kak ana, setiap apa yang kita buat untuk susu kan anak kita dengan susu kita, itu semua pahala. Setiap titis hasil perahan kita tu, semua pahala. Dan bila anak kita minum susu perahan kita tu, setiap tegukan adalah pahala. Buat ibu-ibu semua, betapa senangnya kita orang perempuan yang menyusukan anak dengan susu ibu ni untuk dapat pahala. Ini pelaburan saham kita untuk akhirat yang kekal abadi.

Sedikit demi sedikit saya sudah mula boleh adapt dengan status EP mom ni... Selagi Aisyah mahu minum susu dari badan saya, saya akan tetap teruskan penyusuan susu ibu. Semoga Allah sentiasa bersama saya. Ammiinn...~



p/s : Susu ibu adalah yang terbaik

Tuesday, May 29, 2012

Bottle Warmer for sale - SOLD



Saya nak let go this bottle and food warmer...

Brand : Autumnz
Price : RM50 include postage
Condition : Baru gune 3 bulan lebih dan masih berada dalam keadaan baik
Sebab nak jual : Upgrade kepada bottle & food warmer for home & car use...


Sapa-sapa yang berminat boleh menghubungi saya melalui inbox facebook
atau email kan kepada saya di
adilah_syarafina@yahoo.com


SOLD TO ILA & KAK YAM




p/s : susu ibu adalah yang terbaik...

Monday, May 28, 2012

Perjalanan Penyusuan Susu Ibu Siti Aisyah Amani

Sebelum dilahirkan sudah diniatkan dalam hati mahu menyusukan Siti Aisyah dengan susuku sendiri. Alhamdulillah, Allah maha mengetahui... Siti Aisyah sudah menjangkau usia empat bulan dan masih minum susu dari badanku sendiri. Dan Alhamdulillah setiap hari aku masih mampu mengepam sehingga 24oz... Dan masih mampu untuk menyimpan stok. Bekalan untuk bulan Ramadhan nanti. Takut-takut susu kurang dari biasa.

Sepanjang 3 bulan Siti Aisyah tiada masalah untuk menyusu secara direct dan menggunakan botol. Sehingga umurnya mahu menginjak empat bulan, Siti Aisyah tiba-tiba tidak mahu menyusu secara direct. Hati ibu mana yang tak kecewa. Aku terpaksa memerah ke dalam botol setiap kali dia mahu menyusu. Cuma sebelah malam sahaja bila mana dia amat mengantuk baru Aisyah akan minum secara direct.

Nurse di klinik ibu dan anak tempat aku membawa Aisyah check memberi beberapa tips untuk Aisyah kembali menyusu secara direct. Salah satunya feed Aisyah menggunakan botol di bawah ni bila saya bekerja...Maksudnya jangan guna botol susu puting...

Spoon feed bottle
Tapi sayangnya botol seperti ini tidak sesuai bila Aisyah dah terlalu lapar. Sudahnya aku transfer balik dalam botol susu puting.

Aku redha jika aku ditakdirkan untuk jadi EP mom (Exclusive pumping mom). Tapi dalam masa yang sama aku akan tetap berusaha untuk Aisyah menyusu secara direct semula. Aku akan tetap berusaha untuk menjayakan penyusuan susu ibu ni. Sehingga titisan terakhir. Aku hanya berharap Allah sentiasa bersama aku dan memberikan aku kekuatan untuk menyusukan Aisyah dengan susuku sendiri.


p/s : susu ibu adalah yang terbaik.

Tuesday, May 22, 2012

Happy Mother's Day

Lately ni tak menyempat-nyempat nak tulis blog...busy memanjang... errrr.... busy ke..???
Hmmm...well just nak share a few photo sempena hari ibu hari tu... dah berzaman berlalu baru nak upload kan...


Roses for my mom sempena hari ibu....


Semoga mama diberikan kesihatan yang baik...

 
Choclate from hubby... :) one for me and one for my mom...
Selain chocolate dari incek hubby...beliau juga belaja spa body treatment worth RM150...hehehehe... tq babah... :)
Untung sebenarnya jadi orang perempuan ni kan... :)

Itu sahaja la setakat ni...




p/s : Selamat hari ibu, selamat hari guru, selamat hari jururawat...

Friday, May 11, 2012

Wednesday, May 2, 2012

EBM Semakin memenuhi deep freezer...

Bulan Mei dah datang...Maknanya muncul beg plastik baru untuk simpan EBM bulan 5...
Tapi disebabkan ada 1 beg berisi ais ketul menyebabkan deep freezer ku sesak dan EBM semakin memenuhi ruang...

Patut dilupuskan saja ais ketul tu kot... T__T

Bawah raga tu satu beg plastik penuh dgn EBM bulan 4
Bawah plastik bag bulan Mac tu la terdapatnya satu bag penuh dengan ice ketul...

Tapi agak pening macam mana nak habiskan EBM bulan 3...
Huhuhuhuhu....

You read You judge...

Post ini adalah kesinambungan daripada post











p/s : Yahudi memang dah berjanji akan musnahkan islam smpai mati...~