Tuesday, April 24, 2012

Siti Aisyah drinks mommy's Milk

Kalau di tanya dari mana saya dapat semangat dan pengetahuan untuk breasfeeding my little angle ni, the answer is...from Kak Ana... She is always being my mentor in breastfeeding things. Kalu bukan sebab Kak Ana ni... I am totally zero dalam bab-bab breasfeeding ni. Dan tak pasal-pasal Baby Aisyah minum susu formula.

And husband pun sangat menyokong niat murni saya untuk breastfeed baby Aisyah. At least till her 6 months. Tapi target saya lebih dari tu. Kalau diizin Allah sehingga umurnya 2 tahun, seperti yang telah disyariatkan oleh Allah di dalam kitabnya Al-Quran. Husband jugaklah yang tolong pilih and belikan breast pump, memandangkan sebelum bersalin saya tak prepare breast pump.  So after balik dari hospital saya mengalami bengkak susu, so husband sorang-sorng pergi Jusco belikan breast pump Philip Avent Manual.

Dengan sedikit tunjuk ajar dari Kak Ana, saya mula buat stok breast milk untuk persediaan bila dah start kerja nanti. Mula-mula saya simpan susu saya dalam bekas dadih. Di sebabkan saya tak pernah skip mengepam, peti ais sudah mula di penuhi dengan stok EBM (expressed breast milk).

Terpaksa berebut-rebut dengan lauk my mom...

Dan akhirnya terpaksa lah jugak beli deep freezer untuk simpan semua EBM yang dah overload tu. And start to store the EBM in plastic storage sebab jimat ruang sikit.



Sehingga saya dah mula bekerja, stok EBM saya sudah mula memenuhi deep freezer tu....


Rezeki baby Aisyah...Alhamdulillah

Bila saya mula bekerja baby Aisyah sudah berumur 3 bulan dan mula minum susu umie 5x4oz... Sebulan lebih lagi nak start kerja saya mula ajar baby Aisyah minum melalui botol susu, dan ajar dia minum setiap 2 jam...Saya seimbangkan susu untuk Aisyah agar nutrisi yang badannya terima berada pada tahap paling optimum... 2x4oz frozen EBM...2x4oz EBM yang diperah semalam, dan 1x4oz EBM yang saya perah sebelum pergi kerja. Frozen EBM tu walaupun dah frozen dan nutrisi nya sedikit berkurang, tetapi masih berkali-kali ganda lebih baik dari susu formula. Jadi ibu-ibu diluar sana yang mampu untuk beri susu badan, jangan beri sebarang alasan. Jangan jadikan kerja sebagai alasan untuk kita beri susu formula pada anak kita, kerana mahu menyenangkan keadaan. Sebenarnya kalau kita tahu cara yang betul dalam memberi susu badan ni, tak ada lah susah mana pun.

Alhamdulillah, baby Aisyah sudah masuk 3 bulan, setakat ni tak pernah lagi demam, batuk atau pun selsema...Alhamdulillah.
Baby Aisyah membesar dengan sihat dengan susu umie...




No comments:

Post a Comment