Friday, April 20, 2012

Al-Kisah Siti Aisyah Amani

Dah Lama sangat tak tulis blog. Almaklum la baru lepas berpantang after bersalinkan Baby Siti Aisyah Amani...Dan hari ni officially dah start kerja lepas 3 bulan cuti bersalin.

Hari ni nak tulis Al-kisahnya macam mana Siti Aisyah Amani lahir ke dunia...

Sepatutnya due saya pada 2 Februari 2012...Cantik bukan tarikh tu... hehehe... Tapi perbualan saya dengan suami betul2 menjadi kenyataan...

"Yang...entah-entah baby ni nak keluar sama tarikh dengan arwah atok dia meninggal tak..."

Di office pon saya bercakap benda yang sama. Arwah ayah saya meninggal dunia 20 Januari 2011. Tapi semua yang terjadi adalah takdir Allah. Betul pun my baby keluar pada 20 Januari 2012 jam 5.18 petang.

Dalam kelam kabut kontrak kerja yang nak habis, dan asyik la saya call sumber manusia bertanyakan status interview untuk sambung kontrak. Risau takut tak sempat. Tapi Alhamdulillah si kecik macam mengerti apa yang tersirat kat dalam hati umie nya ni. 17 Januari saya dipanggil untuk menghadiri interview sambung kontrak.

Hari-hari seterusnya saya pergi kerja macam biasa, cuma hari Khamis 19 Januari, saya beria-ia mengemas work station saya, saya simpan semua alat-alat tulis dan fail-fail penting dalam drawer, sebab saya dimaklumkan akan ada student praktikal selepas cuti raya cina (23&24 Januari). Tapi yang pelik, kenapa saya mengemas hari Khamis, bukan Jumaat. Seperti ada sesuatu yang menggerakkan hati saya untuk mengemas pada hari Khamis tersebut. Kemudian salah seorang officemate saya cakap :

"Fina, entah-entah cuti raya cina ni ko cuti terus kot..."

Sekali lagi, perbualan tersebut menjadi kenyataan. Jam 1.30 pagi saya terasa sakit perut. Tak pasti sakit perut nak bersalin ke bukan... Confuse... ye laaaa...anak sulung...Tak ada pengalaman lagi. Sehingga jam 2.30 pagi, saya call husband bagi tahu yang saya mula rasa sakit, ketika itu husband di Kajang (saya dan husband tak duduk sekali). Husband suruh saya kejut kan Mama dan dia terus bangun dan gerak balik ke Melaka. Mama saya pun dah jadik kelam kabut. Kejut kan abang saya dan terus ke hospital. Dalam hati saya berkata, betul ke ni sakit nak bersalin, sebab saya tak mengalami sebarang tanda cuma sakit sahaja.

Sampai di hospital lebih kurang jam 4 pagi. Kebetulan doktor saya ada, then terus masuk labor room. Bukaan dh 1.5 cm. Jam 10 pagi doktor dah pecahkan air ketuban. Sehingga jam 5 petang bukaan masih 3cm. Di sebabkan dah terlalu lama, saya dihantar untuk caeser. Punah harapan nak bersalin normal. Huhuhuhu... Akhirnya jam 5.18 petang 20 Januari 2012 telah lahir ke dunia baby comel Siti Aisyah Amani dengan berat 2.61kg.

Baby tak ada la besar mana pun, tapi kene caeser jugak. Huhuhuhu....

Janji Allah itu benar, setahun yang lalu Dia telah mengambil kesayangan kami semua. Tapi setahun kemudian Dia berikan kami kesayangan yang baru. Tarikh yang sama...
Kuasa Allah...Siapa pun tak boleh menduga... Gerak hati saya mengatakan anak itu lahir pada 20 Januari ternyata benar.



p/s : semoga Siti Aisyah jadi orang yang berjaya seperti arwah nendanya... Aminn...

No comments:

Post a Comment