Monday, April 30, 2012

Memborong Diapers Drypers untuk Aisyah

Haaaa... Tak cukup dengan Jumaat lepas membeli diaper untuk Aisyah. Tiba-tiba Mydin buat promosi lagi murah... Apa lagi terus mengkhabarkan kepada incek suami... hehehe... Lalu waktu lunch hour tadi menterjah ke Mydin untuk memborong lagi Drypers baru... Kata promoter tu pelekat nya dah tukar...macam pet pet tu. Sebelum ni penah jugak pakai Drypers, tapi pelekatnya tu bile kene minyak sikit je dah susah nak lekat dah... Tapi bila promoter tu kata dah tukar, apa lagi...borong laaaaaaaa...


Sekali 3 daku borong...~

Rm29.99 untuk satu beg... Promosi till 1 Mei... tapi terhad kepada 2 beg sahaja untuk setiap orang... Dah la pergi sorang-sorang je tadi... 2 kali la bayar tadi...sebab nak bayar untuk sekali 3 tak lepas... lepas tu terus sumbat dalam kereta. Sebelum pulang ke office menyinggah dulu di food court beli nasi kerabu....

Nyum...nyum...~



p/s : Esok cuti...yeyeh...leh golek-golek ngan Baby Aisyah...Babah jangan jeles ye...sbb babah tak balik...huhuhuhu...

YAHUDI Musuh Islam Yang Terang lagi Jelas dan Nyata

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.



Ibnu Abbas menjelaskan bahawa kaum yahudi Madinah dan Nasrani Najran mengharapkan agar Rasulullah solat menghadap kiblat mereka. Harapan ini semakin kecil terwujud saat Allah mengubah kiblat kaum muslimin ke arah Ka'abah. Akhirnya mereka putus asa berusaha membuat Rasulullah memeluk agama mereka. Maka itu turunnya ayat 120 surah al-Baqarah ini. (HR Tsa'labi)



Orang-orang Yahudi berkata: "Tangan Allah terbelenggu", sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dila'nat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan Al-Qur'an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kedurhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai hari kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan dimuka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan.
(Al-Ma'idah : 64)

 Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram . Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu.
(al-Ma'idah : 62)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia(mu); mereka satu sama lain melindungi. Barang siapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk dalam golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada mereka orang-orang yang zalim
(Al-Ma'idah : 51)

Sudah terang lagi jelas di dalam al-quran menyatakan tentang Yahudi dan Nasrani. Selagi namanya Yahudi selagi itulah mereka itu musuh Islam... kerana di dalam al-quran tidak menyebut Yahudi zionist... Yahudi tetap Yahudi... Dan mereka itu melakukan kezaliman dan tidak akan pernah mendapat petunjuk dari Allah. Kezaliman dan kurang ajar mereka sejak dari zaman Nabi-nabi kita lagi. Dan bagaimana Yahudi mengutuk tuhan kita...

Jadinya...Yahudi sama sekali tidak perlu dan tidak patut mendapat penghormatan dari umat Islam... Kenyataan "Jangan point Yahudi itu dan ini" adalah tidak wajar... Seolah-olah Yahudi masih berhak mendapat tempat di muka bumi ini... Subhanallah...fikir la sebelum menulis sesuatu...

Memang benar ada dikalangan nabi-nabi kita berketurunan Yahudi... Tapi harus diingat... Allah mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan kaum-kaum mereka juga untuk membawa ke jalan yang benar... tapi ayat-ayat al-quran n al-hadith sudah cukup jelas untuk menerangkan mengapa Yahudi itu adalah kaum yang dilaknat Allah... Dan sudah jelas juga didalam al-quran mengatakan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka... Jadi selama-lamanya mereka memang tidak akan menghormati Islam...

Jangan kerana taksubkan sesuatu maruah agama kita tergadai... Nauzubillah...~

Friday, April 27, 2012

Setahun yang Lalu...~

20 Januari 2011
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
20 Januari 2012

Genap setahun pemergian ayahanda tersayang...

Tuhan...aku terlalu merindukan dia...
Suaranya...
Mahu ku kucup tangannya setiap pagi sebelum ke pejabat...
Allahuakbar...
Kuatkan aku Tuhan....

Ayah...
Satu hari akan ku bawa cucumu ke pusaramu...
Cucumu yang kulahirkan pada tanggal genap pemergianmu setahun...
Cucumu yang menjadi pengubat kesedihan isterimu...
Cucumu yang akan membuat kami semua mengingatimu...


Tanggal 20 Januari 2012 telah lahir cucumu yang ku beri nama sempena nama isteri Rasulullah...
Siti Aisyah Amani binti Rahman...
Semoga cucumu ini menjadi orang yang berjaya sepertimu....






p/s : semoga aku mampu mendidik cucumu seperti aku dididik olehmu...~

Thursday, April 26, 2012

Ice pack ku mengalami kebocoran

Nak cepat punya pasal la ni semalam.

Cecair cooler tumpah melanda...

Terlepas dari tangan ketika mahu keluarkan dari freezer... Mentang-mentang la semalam hari gaji... Sob...sob...sob...

Dah tinggal 1 je ice pack ku...nasib baik la rumah dengan office tak jauh...harap-harap dengan 1 je ice pack ni mampu bawak balik susu ke rumah tanpa rosak...
Bertindak dengan pantas cari ice packs baru...
Thanks God, dapat juaaa...

Tapi may be hari isnin baru sampai kot... :(




p/s : Dapat gaji fikir nak bayar hutang dulu...

Tuesday, April 24, 2012

Siti Aisyah drinks mommy's Milk

Kalau di tanya dari mana saya dapat semangat dan pengetahuan untuk breasfeeding my little angle ni, the answer is...from Kak Ana... She is always being my mentor in breastfeeding things. Kalu bukan sebab Kak Ana ni... I am totally zero dalam bab-bab breasfeeding ni. Dan tak pasal-pasal Baby Aisyah minum susu formula.

And husband pun sangat menyokong niat murni saya untuk breastfeed baby Aisyah. At least till her 6 months. Tapi target saya lebih dari tu. Kalau diizin Allah sehingga umurnya 2 tahun, seperti yang telah disyariatkan oleh Allah di dalam kitabnya Al-Quran. Husband jugaklah yang tolong pilih and belikan breast pump, memandangkan sebelum bersalin saya tak prepare breast pump.  So after balik dari hospital saya mengalami bengkak susu, so husband sorang-sorng pergi Jusco belikan breast pump Philip Avent Manual.

Dengan sedikit tunjuk ajar dari Kak Ana, saya mula buat stok breast milk untuk persediaan bila dah start kerja nanti. Mula-mula saya simpan susu saya dalam bekas dadih. Di sebabkan saya tak pernah skip mengepam, peti ais sudah mula di penuhi dengan stok EBM (expressed breast milk).

Terpaksa berebut-rebut dengan lauk my mom...

Dan akhirnya terpaksa lah jugak beli deep freezer untuk simpan semua EBM yang dah overload tu. And start to store the EBM in plastic storage sebab jimat ruang sikit.



Sehingga saya dah mula bekerja, stok EBM saya sudah mula memenuhi deep freezer tu....


Rezeki baby Aisyah...Alhamdulillah

Bila saya mula bekerja baby Aisyah sudah berumur 3 bulan dan mula minum susu umie 5x4oz... Sebulan lebih lagi nak start kerja saya mula ajar baby Aisyah minum melalui botol susu, dan ajar dia minum setiap 2 jam...Saya seimbangkan susu untuk Aisyah agar nutrisi yang badannya terima berada pada tahap paling optimum... 2x4oz frozen EBM...2x4oz EBM yang diperah semalam, dan 1x4oz EBM yang saya perah sebelum pergi kerja. Frozen EBM tu walaupun dah frozen dan nutrisi nya sedikit berkurang, tetapi masih berkali-kali ganda lebih baik dari susu formula. Jadi ibu-ibu diluar sana yang mampu untuk beri susu badan, jangan beri sebarang alasan. Jangan jadikan kerja sebagai alasan untuk kita beri susu formula pada anak kita, kerana mahu menyenangkan keadaan. Sebenarnya kalau kita tahu cara yang betul dalam memberi susu badan ni, tak ada lah susah mana pun.

Alhamdulillah, baby Aisyah sudah masuk 3 bulan, setakat ni tak pernah lagi demam, batuk atau pun selsema...Alhamdulillah.
Baby Aisyah membesar dengan sihat dengan susu umie...




Friday, April 20, 2012

Al-Kisah Siti Aisyah Amani

Dah Lama sangat tak tulis blog. Almaklum la baru lepas berpantang after bersalinkan Baby Siti Aisyah Amani...Dan hari ni officially dah start kerja lepas 3 bulan cuti bersalin.

Hari ni nak tulis Al-kisahnya macam mana Siti Aisyah Amani lahir ke dunia...

Sepatutnya due saya pada 2 Februari 2012...Cantik bukan tarikh tu... hehehe... Tapi perbualan saya dengan suami betul2 menjadi kenyataan...

"Yang...entah-entah baby ni nak keluar sama tarikh dengan arwah atok dia meninggal tak..."

Di office pon saya bercakap benda yang sama. Arwah ayah saya meninggal dunia 20 Januari 2011. Tapi semua yang terjadi adalah takdir Allah. Betul pun my baby keluar pada 20 Januari 2012 jam 5.18 petang.

Dalam kelam kabut kontrak kerja yang nak habis, dan asyik la saya call sumber manusia bertanyakan status interview untuk sambung kontrak. Risau takut tak sempat. Tapi Alhamdulillah si kecik macam mengerti apa yang tersirat kat dalam hati umie nya ni. 17 Januari saya dipanggil untuk menghadiri interview sambung kontrak.

Hari-hari seterusnya saya pergi kerja macam biasa, cuma hari Khamis 19 Januari, saya beria-ia mengemas work station saya, saya simpan semua alat-alat tulis dan fail-fail penting dalam drawer, sebab saya dimaklumkan akan ada student praktikal selepas cuti raya cina (23&24 Januari). Tapi yang pelik, kenapa saya mengemas hari Khamis, bukan Jumaat. Seperti ada sesuatu yang menggerakkan hati saya untuk mengemas pada hari Khamis tersebut. Kemudian salah seorang officemate saya cakap :

"Fina, entah-entah cuti raya cina ni ko cuti terus kot..."

Sekali lagi, perbualan tersebut menjadi kenyataan. Jam 1.30 pagi saya terasa sakit perut. Tak pasti sakit perut nak bersalin ke bukan... Confuse... ye laaaa...anak sulung...Tak ada pengalaman lagi. Sehingga jam 2.30 pagi, saya call husband bagi tahu yang saya mula rasa sakit, ketika itu husband di Kajang (saya dan husband tak duduk sekali). Husband suruh saya kejut kan Mama dan dia terus bangun dan gerak balik ke Melaka. Mama saya pun dah jadik kelam kabut. Kejut kan abang saya dan terus ke hospital. Dalam hati saya berkata, betul ke ni sakit nak bersalin, sebab saya tak mengalami sebarang tanda cuma sakit sahaja.

Sampai di hospital lebih kurang jam 4 pagi. Kebetulan doktor saya ada, then terus masuk labor room. Bukaan dh 1.5 cm. Jam 10 pagi doktor dah pecahkan air ketuban. Sehingga jam 5 petang bukaan masih 3cm. Di sebabkan dah terlalu lama, saya dihantar untuk caeser. Punah harapan nak bersalin normal. Huhuhuhu... Akhirnya jam 5.18 petang 20 Januari 2012 telah lahir ke dunia baby comel Siti Aisyah Amani dengan berat 2.61kg.

Baby tak ada la besar mana pun, tapi kene caeser jugak. Huhuhuhu....

Janji Allah itu benar, setahun yang lalu Dia telah mengambil kesayangan kami semua. Tapi setahun kemudian Dia berikan kami kesayangan yang baru. Tarikh yang sama...
Kuasa Allah...Siapa pun tak boleh menduga... Gerak hati saya mengatakan anak itu lahir pada 20 Januari ternyata benar.



p/s : semoga Siti Aisyah jadi orang yang berjaya seperti arwah nendanya... Aminn...