Thursday, January 5, 2012

Tak tahu nak letak tittle ape...adeyh...

Kisah tentang Amalina membuat saya rasa terpanggil untuk menulis entry ni. Memang sifat manusia barangkali, suka mempertikai dan mengkritik orang lain tanpa terlebih dahulu menilai diri sendiri. Memang sudah sifat manusia barangkali, mempercayai dengan apa yang dilihat tanpa mengetahui kebenaran yang tersirat.

Pada saya...kenapa isu Amalina ni diperbesarkan...??? Padahal banyak lagi isu anak remaja di Malaysia ni yang perlu dipandang serius. Saya pernah terbaca berita tentang remaja perempuan berumur hanya 13 tahun ditangkap khalwat dan dipercayai telah melakukan hubungan sex dengan kekasih... Persoalannya di mana ibu bapa remaja perempuan tersebut..?? Apakah mereka tidak mengetahui aktiviti anak mereka...??? Remaja tersebut hanya berumur 13 tahun...masih di bawah umur untuk melakukan perkara-perkara seperti itu. Jadi kenape isu Amalina ni ibarat Amalina telah melakukan sesuatu perkara yang amat berat. Sekurang-kurangnya kita mengetahui pada ketika gambar itu di ambil, ibunya ada bersama... Malah ibunya yang merakamkan gambar tersebut.

Kita hanya tahu mengkritik sesuatu perkara melalui mata... Sekiranya apa yang kita lihat itu tidak senonoh maka kita dengan mudahnya menjatuhkan hukuman... Janganlah mudah menilai seseorang itu dengan apa yang kita lihat tanpa mengetahui perkara sebenar.

Percaya atau tidak...cabaran membesarkan anak-anak zaman sekarang tidak sama dengan zaman ibu bapa kita membesar kan kita... Kalau dahulu kita dibesarkan dengan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju... Zaman sekarang semua tu dah tak relevan lagi... Malah akan dianggap kes penderaan pula. Tapi percaya atau tidak, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju itulah yang menjadikan kita manusia pada hari ini.

Mengimbas bagaimana saya dan adik beradik dibesarkan oleh mama dan arwah ayah : Dikurung dalam bilik air, dikurung di luar rumah pada malam hari adalah perkara biasa... dan itulah yang menjadikan kami manusia pada hari ini.
Tapi pendekatan sedemikian sudah tidak relevan lagi...keluar pula dalam akhbar anak didera.

Kesimpulannya, kalau zaman mak-mak kita membesarkan anak mereka dengan tali pinggang dan getah paip, zaman sekarang pendekatannya berbeza... Psychology... Dengan menjadi kawan kepada anak-anak baru kita tahu bagaimana mahu mengawal mereka dari terjebak dengan gejala yang tak bermoral. Mungkin itu pendekatan yang digunakan oleh ibu Amalina.
Bukan senang nak besarkan anak-anak zaman sekarang. Kerana saya juga akan menjadi ibu dan akan ada anak perempuan. Setiap hari memikirkan bagaimana saya mahu membesarkan anak ini jika setiap hari terbaca dengan berita-berita tentang remaja yang terlibat dengan salah laku sosial... Nauzubillah... Mintak dijauhkan...

Sebelum kita menilai tentang orang lain...nilai dulu diri kita. Mampu tak kita membesarkan anak-anak kita suatu hari nanti....

No comments:

Post a Comment