Monday, January 16, 2012

Accidently Accident...~

Allah mahu menguji...~

Hari ni dugaan buat saya... 2 kejadian berasingan yang menyebabkan saya berada dalam keadaan terkejut yang teramat sangat. Kejadian pertama ketika dalam perjalanan ke tempat kerja; terdapat kereta memotong kereta lain di selekoh, dan yang membuat saya sangat terkejut bila saya melepasi selekoh, kereta tersebut berada betul-betul dihadapan saya dalam arah yang bertentangan (sebab dia memotong kereta lain). Hampir nak gugur jantung saya.

Apabila tiba di trafik light persimpangan MITC, saya sempat text suami, "Kalau macam ni la sikap pemandu di Melaka ni, boleh terberanak saya dalam kereta sebab terkejut."
Tak sampai lima belas minit saya text suami, saya mengalami sedikit kemalangan di bulatan MITC. Sekali lagi saya mengalami kejutan. Tapi kali ni kejutan yang super duper... Mengigil seluruh badan dan mengalami sakit perut...Haaaa... Dalam kepala hanya teringatkan baby je... Sebijik lori telah menggesel kereta saya, akibatnya pecah side mirror dan bumper depan kereta kemik dan calaaaarrr...~
Saya terberhenti di tengah-tengah roundabout kerana terkejut. Tapi malangnya lori berkenaan berlalu dengan begitu sahaja tanpa perasaan bersalah. Saya kejar lori tu sebab nak ambil nombor plate. Tapi tak nampak... T__T dan lori tu lari dengan lajunya.
Saya tak mampu nak kejar sebab dah sakit perut sangat. Kalau tak teringatkan baby dalam perut ni, memang saya kejar sampai dapat. Tak kira la siapa yang salah...

Mungkin 2-2 yang bersalah, sebab 2-2 tak berada di lorong yang betul... Saya terus berhenti tepi dan call abang saya. Suara dah macam nak nangis dah masa tu. Tapi control lagi. Sebab saya kena kuat. Tapi bila suami call, terus air mata ni mencurah-curah dengan lajunya... Aduhai...~ Kemudian abang saya bawa ke bengkel kawannya untuk repair. Terima kasih along. Kalau along tak ada saya tak tahu nak call siapa. Aman jauh.

Kereta tu belum pun setahun lagi saya pakai... Adeyhh...~ tak apalah... Ini dugaan...~ Yang penting saya dan baby selamat. Tapi terasa macam sedikit trauma nak drive kereta dalam keadaan sekarang ni. Saya terkejut mungkin sebab saya pregnant. Saya bukan sahaja kena fikirkan keselamatan diri, tapi jugak keselamatan baby dalam kandungan...~



p/s : terasa macam nak tumpang along je pergi kerja...takut nak drive tengah sarat-sarat ni...~

No comments:

Post a Comment