Monday, December 31, 2012

Car Seat Hunting

Memandangkan last weekend incek suami tak balik. So, daku pun mengambil kesempatan buat car seat hunting utk my little girl. Dah besar panjang dah tak sesuai nak duduk dalam carrier tu lagi. Thanks to Aai sebab suggest kan kedai Yong Fong ni. Kedai ni terteletak kat Jalan Tun Perak, Bachang. Berbaloi la jugak walaupun tak dapat nak taawar dengan harga yang aku nak. But still harga dia lebih rendah dari harga online. Boleh tawar-tawar jugak. Kedai ni memang jual barang baby. Dari breastpump hingga lah ke stroller.

Dulu duduk dalam carrier maxi cosi ni... masa baby baby boleh la.... hehehe...

Sebelum pegi menerjah Yong Fong tu, dah survey dulu kat online jenis convertible car seat yang sesuai dengan bajet yang tak berape nak ada ni. Hihihi... Since Aisyah memang dah tak suka duduk dalam carrier tu, sebab dia punya perasaan ingin tahu dan melihat alam sekeliling tu sangat tinggi, so kene la juga cari convertible car seat. Haaiihhh... Ni babah dia la ni. Dulu dah cakap cari car seat yang boleh dr new born till 2-3 yo... Kan dah kena beli lain jugak. Akhirnya carrier maxi cosi ni dah selamat bungkus letak dalam stor. Simpan untuk adik Aisyah plak nanti. Hehehe....

Apabila survey telah dibuat dan sesuai dengan bajet yang diperuntukan... akhirnya kami telah memilih this convertible car seat brand Aldo...

Car seat ni ade 2 incline position je... nak cari yang ada 3-4 incline position harganya melebihi peruntukan plak... hehehe...

Terus duduk kan budak kecik ni dalam car seat ni...haaa... n she loves to sit in it... siap goyang-goyang kaki lagi...
Baru puas hati umie dia ni tgk dia duduk dlm ni dan menikmati alam sekeliling...

Sampai tertidu. Masa ni belum rebahkan lagi car set ni, tu yang terlentok sikit kepale nye... tp bila dh rebah dh ok dah..

Ok... Dia sebenarnya tak nak turun dari situ. Nak duduk je dalam tu... Bila nk amik dia marah... haaiisshh...


Hmmm... akhirnya baru puas hati dah beli kan Aisyah car seat ni. Kalau tak, umie tak larat nak pegang awak masa dalam kereta, sebab awak tak reti duduk diam, dan umie akan mabuk dan sakit kepala. Plus, senang umie nanti kalau kena naik kereta berdua je dengan awak. Sebab awak dah tak mau duduk dalam carrier tu lagi...~



p/s : tu kira birthday present untuk awak la ye...

Wednesday, December 26, 2012

Jangan Sombong


Inilah realiti kehidupan. Pernah terjadi kepada diri aku sendiri. Aku ini manusia biasa. Iman tak menentu... ada pasang dan surutnya. Aku bukan Nabi yang Maksum sifatnya. Sedangkan Nabi kita itu dijanjikan syurga dan ditinggikan darjatnya pun tak pernah lupa untuk berdoa, siapa pula kita ini... Belum tentu ada tempat lagi kita di syurga nanti. Bergetar seluruh jiwa raga ketika menulis entri ini. Ya Allah... Betapa aku selalu melupakan Kau. Tuhan yang memberi nikmat dan rezeki di dunia yang sementara ini.

Ya Allah... betapa aku terkadang lalai untuk sujud dan merayu kepada-Mu... Tetapkan lah hati aku....

Tahukah bahawa kita ini HAMBA...??? HAMBA yang hina... Tapi kenapa kita masih sombong untuk solat dan berdoa..?? Mintalah... Merayulah pada Allah.

Andai apa yang kita pinta itu tidak dimakbulkan Allah, ketahuilah Allah sedang merencana kan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Terkadang Allah menguji kita unutk Dia mengingatkan kita tentang kewujudan-Nya. Tapi kita masih sombong... Kerap kali bila kita diuji, apa yang terkeluar dari mulut kita adalah "hidup ini tidak adil" . Tanya diri kita, pernah kita ADIL dengan ALLAH?

Tahukah kita kuasa doa? Doa itu senjata orang Mukmin. Pernah aku dengar dalam satu majlis ilmu...Doa yang ikhlas mampu mengubah Qada'... Cari la Hidayah Allah... Hidayah itu perlu dicari... Bukan untuk ditunggu. Sampai bila?? Kalau Kiamat itu diketahui tarikh berlakunya... tak akan ada kerosakan atas muka bumi ni.

Jangan putus asa dengan Rahmat Allah. Percayalah apabila Allah tidak menyegerakan apa yang kita pinta, mungkin ada dosa yang menyebabkan rezeki kita tergantung. Seperti tergantungnya pahala orang kafir yang berbuat baik. Selalu-selalulah memohon ampun kepada Allah... Segerakanlah urusan Allah sekiranya mahu Allah menyegerakan permintaan kamu. Jaga lah SOLAT... Solat la diawal waktu. Peringatan ini untuk diri sendiri juga.

Sekiranya segala perintah Allah telah kamu lakukan, tetapi kamu tetap diuji... Sesungguhnya Allah mahu meninggi darjat kamu... Jangan pernah jauh dengan Allah...

Ya Allah... masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki... Masih aku tercari-cari hidayah-Mu... Kurniakanlah aku ikhlas dan istiqamah...



p/s : Ya Allah... Jauhkn lah aku dari sifat dalam gambar tu... Tolonglah jaga hatiku ini.. Kerana Engkau yang menjadi pemilik hati-hati...~


Wednesday, November 14, 2012

Full version : Hip hip holiday...!!!

Sambungan dari entry sebelum ni...


Jalan-jalan cuti-cuti Malaysia kami telah memilih untuk ke Cherating. Tapi agak tak kena dengan masa yang diaturkan... Sebab musim hujan... hehehe...
Tapi tak ada lah sepanjang percutian tu hujan belaka...

sepanjang 3 hari 2 malam tu kami menetap di Sactuary Resort.
Kami menginap di apartment 3 bilik dan menghadap laut...
View memang terbaik.

Kami dapat discount untuk penginapan... hihihi...
Seperti biasalah... Incek suami saya memang pandai bab-bab mengayat ni...
So...setelah dikurangkan dapatlah rm700 untuk dua malam...

Alang-alang dah sampai Kuantan, rojer-rojer la kengkawan lama yang sama-sama belajar kat Kuantan dulu. hehehe... Walaupun sekejap... sempat la jumpa...
Nak datang selalu memang tak ada la...

So... layan je la gambar-gambar kat bawah ni...



The Apartment









View from the balcony
Sunrise... U can see it from the balcony...
The food... Nasik kukus ayam goreng berempah
Masa dalam perjalanan... Budak yang tak reti duduk diam... sekejap nak duduk ngan umie..sekejap nak duduk dengan mama wan... Manja sangat dengan mama wan dia...
Nak g jalan-jalan tepi laut...
Apa tengok-tengok? orang nak main air laaa...

Weeehhhuuuu...~

semakin membesar... x larat umie...~
budak paling gembire dapat jalan-jalan... dah la xde gigi... hihihi...




p/s : best dapat makan kepok lekor dan nasi kerabu...

Friday, November 9, 2012

Cukur Jambul Siti Aisyah Amani

Cerita ni dah basi... ahahaha... Aisyah dah 10 bulan dah... Masa cukur jambul hari tu Aisyah baru 2 bulan...

17 Mac 2012

Pilih tarikh tu sebab keesokannya tu adalah Wedding Annaversary kami yang pertama...
malas nak cerita panjang-panjang...
Tengok je la gambar kat bawah ni...~


Tidur Saje dia duduk dalam tu...~


Aisyah dan Umie..~

Maklang + Aisyah + Umie

antara tetami yg hadir

Org potong rambut dia pon dia tidur...



the mommie n daddy




kepenatan... still tido lg...




p/s : sebenrnye nak cerita pasal benda lain... tapi yang tu postponed dulu la... yang di dah lame kena peram... hehehe...

Tuesday, November 6, 2012

Teaser : Hip hip holidayyyy....~


3-5 November 2012
Cherating Gateaway




TEASER je... hehehe... Pic lain akan di upload kemudian...
Nak kutip dulu dalam camera mereka-mereka...~





The place...~ nice... harga berpatutan...



Thursday, October 25, 2012

Dont ever said that before you try

Sekadar perkongsian...

5 aspek penting yang perlu ada bagi menjayakan penyusuan susu ibu

Jadi jangan sesekali kata tak cukup susu atau tak ada susu...
Audit diri... ada tak kelima-lima aspek ni dalam diri kita...
This is what we called USAHA...






p/s : Sekadar perkongsian... Tak suka jangan baca...~

Monday, October 22, 2012

CAKAP BANYAK TAK GUNA...~ BUAT TENGOK...~

Betul la orang cakap... Cakap saje tak guna... Cakap lebih pun tak guna...
Cuba buat...
Baru tau boleh ke tak boleh...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dari minggu lepas aku membebel je nak makan spegeti la... nak makan laksa nyonya la... Argghhh stress... Nak makan sedap-sedap tengah sengkek kering poket... haaiiyyaa... Nampak nya kena la masak sendiri... Last weekend incek suami balik... dah malam baru teringat ada spegeti lebih... Nak masak spegetti ala-ala pizza hut tu tak cukup barang la pulakk... Last-last cakap ngan suami, nak buat spegetti goreng la esok pagi untuk sarapan. Boleh laaaaa... spegetti jugak...kaaaannnn....


Tadaaaaa.... nila hasil nye... alaa... mcm mee goreng je pon.. next time la baru buat spegetti ala-ala pizza hut tu...


Lepas terbaca tweet Ustaz Azhar Idrus tu, terus tetiba rajin nak masak pulak... hehehe... ye la, husband balik seminggu sekali, bukan selalu nak makan masakan isteri... Since tekak dari minggu lepas nak makan laksa nyonya, Ahad lepas, tetiba rajin nak masak... first attempt... Boleh laaaaa... jadi laaaa... tapi tak sesedap masakan bondaku... huhuhuhu...

Gambar tak sempat nak amek... sebab masak nye sikit je, santan tak mencukupi. Pon tak dapat nak tapaukan untuk adik-adikku kat rumah. Tak apalah... Nanti saya buatkan lagi...

Tu la dia... Asek cakap nak makan... nak makan... buat sudaaahhhh....~ kan senang... hehehehe...

Tengah fikirkan menu untuk hujung minggu ni pulak... ;p




p/s : seronok bile tgk suami makan masakan kite...~

Monday, October 15, 2012

really can't understand that...~

Manusia... Memang fitrahnya...
Bila kita berkongsi benda yang baik...
itu pon nak SENTAP...

Walaupun sudah tertulis... sekadar perkongsian sahaja...
Tak suka jangan baca...
Senang cerita...
Saya tak rugi apa-apa pun....~

Haaaa... Tak tahu la nak letak title apa...


CAUTION : PENULISAN INI MUNGKIN AKAN MEMBUAT SESETENGAH PIHAK BERASA SENTAP... JANGAN TERUSKAN PEMBACAAN SEKIRANYA TIDAK BOLEH MENERIMA KENYATAA-KENYATAAN YANG TERKANDUNG DALAM PENULISAN INI... SILA KLIK X DI ATAS UNTUK KELUAR DARI PAGE INI... SEKIAN
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Been an exclusive pumping mother (EP mom) is not easy... Walaupun tak jadi EP mom pun, melalui perjalanan penyusuan susu ibu memang cukup mencabar. Semuanya bergantung pada diri. Kental atau tidak...?? Penyusuan susu ibu is not about nak senang je... but is about nk berikan yang terbaik untuk anak especially untuk 6 bulan pertama.
Saya sekadar inign berkongsi pengalaman saya... kalau ada yang tak setuju atau sentap dengan penulisan ni, senang je... klik je button x kt atas tu... tak perlu nak sentap-sentap...

Saya bukanlah terlalu taksub dengan penyusuan susu ibu... Permulaan saya tidak lah terlalu lancar. Saya bersalin secara caesarean semestinya anak saya telah di beri susu formula di awal kelahirannya memandangkan saya susah untuk bergerak akibat daripada bius yang tak hilang lagi. Kepenatan menahan sakit selama 12 jam dalam labour room memaksa saya untuk direhatkan setelah ditolak ke ward biasa... setelah hari ke2 baru saya boleh menyusukan anak saya. Lama saya menyusukan anak saya... Saya tak tahu samada ada air susu atau tak... Tapi saya tetap mintak anak saya terus latch on... lepas sebelah, sebelah lagi saya latch kn... Langsung tak ada rasa mcam susu tak ada... Bila anak saya menangis macam tak puas susu saya tolak balik ke nursery untk diberikan susu fm... Saya buat perkara yang sama setiap 2-3 jam... Sampai hari saya balik ke rumah...

Saya siap tanya kat nursery susu brand apa yang diberikan pada anak saya. Dan pihak hospital berikan saya sekotak sample susu yang digunakan sepanjang di nursery. Bukan la saya nak cakap saya tak beri langsung anak saya susu fm... Fm tu diberikan sementara saya cuba untuk stimulate susu dari badan saya. It is called USAHA...
Thanks Allah semenjak anak dara saya ditemukan dengan orang-orang yang betul dalam penyusuan susu ibu ni... Saya cari ilmu sebanyak mungkin tentang penyusuan susu ibu sepanjang pregnancy... again... it is called USAHA...

Bila balik rumah.. saya pump..pump..pump...df...df..n df... bila pump nak dapat 2oz almost take half an hour... Cuba untuk positive kan fikiran... "Mungkin baby baru lahir keperluan nya sekali minum sebanyak ini..." Saya tetap teruskan usaha.
Bagi orang yang tak cukup ilmu atau kurang ketahanan mental, sudah pasti pump dalam sejam cume dpt 2oz dikatakan kurang susu..or tak ada susu... sedangkan bayi baru lahir perutnya cuma sebesar buah ceri. 2oz itu sudah memadai baginya.

Cuba fikirkan sejenak... Saya mintak kepada ibu-ibu diluar sana... Kenapa kita diciptakan sebegini... Punya payudara... Kenapa ada nas di dalam al-quran menyarankan anak-anak disusukan sehingga umurnya 2tahun... Jangan terlalu cepat sangat mengatakan "saya tak ada susu" "susu saya kurang"

YES... Setuju.. Rezeki masing-masing Allah yang bagi. Tapi ingat... Walaupaun Allah telah tuliskan rezeki buat kita... tapi kalau tak diusahakan mana nak dapat rezeki tersebut. Macam tu la jugak rezeki untuk anak-anak kita... Kita ni sebagai saluran untuk Allah salurkan rezeki buat si kecil... Kalau kita tak berusaha untuk stimulate susu dari badan kita, macam mane susu nak terhasil... Pada saya... ini cuma pandangan saya... tak ada istilah tak ada susu... susu ada... cuma perlu di stimulate... Jangan cepat sangat nak cakap "tak ada susu"

Ada orang kata "Rezeki masing-masing... saya dah buat macam-macam... susu tetap tak banyak" Saya sarankan... Duduk... Muhasabah diri... Kenapa orang lain mampu susukan anak... Tapi aku tak... Audit diri kita (pinjam ayat Prof Muhaya jap)... berapa banyak usaha yang kita dah buat... Bagaimana lifestyle kita ketika mengandung... bagaimana pemakanan kita ketika mengandung dan sebelum mengandung... bagaimana ibadah kita... hubungan kita dengan Allah... Saya suka gunakan USAHA...DOA dan TAWAKAL... kalau kesemua ni kita dah buat tapi susu tak ada jugak..baru lah di katakan tak ada rezeki... atau mungkin rezeki si kecil sampai di sini sahaja... Ataupaun tanya diri kita... kalau Allah kurniakan air susu buat si kecil... mampukah aku untuk susukan dia... atau sekadar ditengah jalan... siapa kata breastfeeding ni menyenangkan... nak bawak pump ke opis... or kalau yang EP macam saya ni pump always kena bawak ke mana sahaja... sanggup ke nak pump ikut jadual... Just to fulfill syariat islam..??? tanya diri kita... breastfeeding ni memerlukan kekuatan mental... jadi jangan nak sentap kalau ada orang cakap tak ada istilah TAK ADA SUSU or kalau ada orang keluarkan or share something tentang penyusuan susu ibu dalam islam...

Cabaran yang dilalui berbeza-beza... macam saya... EP... almost 5 months... 2 bulan pertama memang sangat stress... Orang lain may be give up... dengan alasan anak dah tak nak menetek... dia nak botol sahaja... Padahal boleh je perah susu dan beri guna botol... Selagi rezeki nya masih ada... Kadang-kadang suara-suara sumbang ni la yang membuat kan EP mom macam saya ni la cepat je nak sentap... Sebab diorang tak tahu cabaran sebenar...
Oh ye... saya jadi EP sebab anak nipple confuse totally reject direct feed...

Jadi...kepada mommies semua...sebelum nak cakap susu tak ada atau susu kurang... dan sebelum nak keluarkan statement rezeki Allah yang bagi, audit dulu diri kita...

Sekali lagi... kalau ada yang nak sentap dengan tulisan ni... klik x kat atas tu..~ penulisan ini sekadar pandangan peribadi...
Akhir sekali... Jangan pinta hidup yang mudah... Tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya...
Breastfeeding journey bukanlah sesuatu yang mudah...~ Ada masa-masa susu kurang... Hubby tolong ingatkan saya... "duduk... fikir...apa yang awak dah buat...?? Solat awak cukup ke...?? Ada doa tak..?? Awak ada dosa ngan siapa-siapa ke..??"

Ya Allah... Kau telah memberikan aku orang-orang yang mempermudahkan perjalananku... thanks tu hubby... Mama Ana... and to All Momies kat KIM yang banyak share ilmu...






P/S : saya bukanlah terlalu taksub dengan penyusuan susu ibu... tapi saya sebagai ibu yang diberi tanggungjawab menjaga khalifah yang diberikan oleh Allah dengan sebaik mungkin... dan saya akan berusaha selagi termampu... kerana saya x mahu di persoalkan tentang haknya di akhirat nanti...

Tuesday, October 9, 2012

Wajib buat...!!!


Kalau pergi travel... benda dan perkara wajib yang perlu dibawa dan dibuat adalah
 1. Coleman Box + Ice packs
2. Pumping ikut jadual jugak... tp biasenye kalau dah berjalan tu, jadual mengepam sure ke laut punye la...
Pas tu, susu merudum terhegeh-hegeh balik la nak maintain kan semula....
Hehehehe...
Apa-apa pun saya enjoy dengan life yang macam ni...
Ada orang mungkin terasa menyusahkan...
Tapi kalau kita buat dengan niat mahu mengikut apa yang telah disyariatkan dalam Quran, Insyaallah dipermudahkan...



pic kat bawah ni sekadar perkongsian sahaja...~


Tuesday, October 2, 2012

My breast feeding journey : Usunganku

Ini la beg yang di usung setiap hari ke opis... Haaaii laaa...
Kalau tertinggal mau menangis... sanggup ku patah balik...
Sebab tak padai-pandai lagi nak marmet...
Kena belajar lagi ni ngan sifu... Mama Ana

Beg dueter ni hadiah dari incek suami...~ tq incek suami...~

ni la benda-benda penting yang perlu ada dalam beg pack ku... cooler bag n storage bottle...

Tadaaaaaaa... dalam cooler bag tu plak... sudah semestinya ada breast pump... Itu pun hadiah dari incek suami... How supportive he is...~ tq so much dear...


Bila ade adik-adik or kawan-kawan yang pregnant or baru bersalin dan tanya pasal breast feeding pada saya... saya dengan berbesar hati memberikan tunjuk ajar kepada mereka... Ada ilmu yang bermanfaat kita kongsikan... bukan simpan sorang-sorang...
Again... Mama Ana ni la sifu a.k.a mentor saya... Memang salut dengan dia...
Anak dah tiga orang...semuanya nya breast feeding...
Kalau ada rezeki saya... saya nak kutip ilmu tandem nursing dari beliau...
Tq kak ana... Andai kata ada rezeki akak... dan tak kerja kat sini lagi... Akak tetap mentor saya... hehehehe....~

Tuesday, September 25, 2012

Usaha>Istiqamah>Doa>Tawakal

Journey of breast feeding is not easy... Ada masa susu sangat-sangat kurang. Ada masa susu terlebih dari biasa... Itu semua sebagai cabaran. Terpulang pada diri kita antara kuat dan tidak sahaja.
Itu hak anak... Susu kan la mereka selama mana yang boleh. Hak sepatutnya sehingga umur dua tahun. Janganlah kita nafikan hak nya.
Kita sebagai ibu, apa yang boleh kita lakukan adalah

Usaha Istiqamah Doa dan Tawakal

Usaha :
  • Makan makanan berkhasiat, untuk memastikan khasiat dari pemakanan ibu sampai kepada anak menerusi susu ibu. Makanan yang berkhasiat juga adalah untuk memastikan ibu-ibu mendapat nutrient yang seimbang sekali gus membantu penghasilan susu.
  • Buat jadual memerah susu yang konsisten setiap 2-3 jam di tempat kerja dan mengamalkan konsep demand and supply
  • Minum air masak 2-3 liter sehari bagi memastikan tubuh tidak dehydrate dan kekal bertenaga.
  • Sebagai pilihan ibu-ibu juga boleh mengambil supplement tambahan untuk kecergasan diri... kalau badan letih dan stress boleh menganggu penghasilan susu.
Istiqamah
  • Istiqamah la dengan segala usaha anda, jangan la buat separuh-separuh jalan je.
Doa
  • Sebagai seorang muslim... Doa itu adalah senjata, setelah usaha yang dah dibuat, berdoalah... dikurniakan rezeki buat si anak... Ibu-ibu juga boleh amalkan doa di bawah ni. Baca sambil letak kan tapak tangan di dada.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Tawakal
  • Setelah itu, tawakal dan berserah la kepada Allah, sesungguhnya Dia lah yang memberi rezeki. Janganlah cepat mengalah... Redha kan hati... Insyaallah... Allah maha mendengar...

Wednesday, September 19, 2012

Breakfast for Little Aisyah

Umie Aisyah ni kalau hujung minggu memang terlebih rajin...
Weekend lepas saya buatkan breakfast untuk si kecil ni...
Asyik makan bubur nasi je kan...

So kat bawah ni nak kongsikan resepi buat si kecil... boleh bagi waktu breakfast or minum petang...


OAT + APPLE + PEAR

Bahan-Bahan :

2 sudu oat
setengah biji epal merah
setengah biji pear

Cara-cara:

Masak kan oat yang telah direndam semalaman bersama sedikit air,
Kemudian masuk kan epal dan pear yang telah dipotong-potong.
Biarkan epal dan pear sedikit empuk.
Kemudian lecek atau blend halus...

Oat + Apple + Pear : Aisyah likes it...

Tuesday, September 18, 2012

Perlupusan susu beku... (mode : sedeyh)

Mungkin ada yang kurang senang dengan entri ni. Tapi... Ade aku kesah...??? Ekekekeke... Maaf la kepada pembaca yang kurang senang dengan entri ini, especially bagi ibu-ibu yang sedang gigih menyusukan anak-anak mereka. I think this is the part of my breast feeding journey. Sejak-sejak Aisyah dah kureng minum frozen EBM ni, stok dalam deep freezer tu jarang la nak terusik, makin bertambah ada la... Dan saya pon dah kurangkan nisbah EBM yang nak disimpan kat dalam deep freezer. Cuma bila chilled EBM dah 2-3 hari dalam fridge dan tak berminum baru la ianya akan ditransfer ke dalam deep freezer. Since Aisyah dh start solid food, waktu siangnya kurang la dia menyusu, malam pulak saya selalu bagi yang fresh je (EP mom). So, chilled EBM pon kurang jugak la terusiknya, sudahnya terpaksa la jugak masukkan ke dalam deep freezer. Makin lama, makin penuh la treasure chest tu. Treasure chest saya tu tak ada la besar ( tak mampu nak beli yang besar).

Sampai la weekend baru ni saya telah membuat keputusan untuk melupus kan EBM bulan Mei. Nak hantar ke anak susuan, rumahnya tak ada deep freezer, cuma freezer 2 pintu... Tak boleh simpan lama. Sedih la jugak semasa proses pelupusan tu.

Treasure Chest ku...~


Stok Bulan Mei, Thawing process dr pagi sampai petang, tu pon tak semua cair sepenuhnya



Setelah proses dikeluarkan dari plastik storage. Almost sebaldi jugak...


Lepas tu, saya siramkan kat pokok-pokok bunga yang ada dikeliling rumah, Syukur dengan rezeki yang Allah bagi, bukan suka-suka nak buang. Setiap hari pon berdoa supaya Allah berikan rezeki buat anak saya, bukan mintak lebih, tapi biarlah cukup untuk keperluan anak sehingga umurnya 2 tahun... Kalau Allah beri lebih itu satu bonus buat anak saya.





p/s : breast feeding journey is not easy... insan terpilih yang dipilih oleh Allah sahaja yang mampu menyusukan anak hingga 2 tahun. Semoga saya, dan ibu-ibu di luar sana berada dalam golongan tersebut. Amin....~

Friday, September 14, 2012

Perjalanan Penyusuan Siti Aisyah - 8 Bulan

Minggu depan Siti Aisyah Amani genap 8 bulan.
Bermakna.. sudah 8 bulan Aisyah minum susu umie tanpa umie topup dengan susu formula.
Alhamdulillah... Umie pun tak sangka sejauh ini perjalanan penyusuan untuk anak umie...
Walaupun kebelakangan ni Aisyah tak mahu minum EBM yang frozen, umie tetap gagah kan jugak untuk perah hari ni, untuk kegunaan esok bila umie pergi kerja...

Adakalanya, hasil perahan sangat kurang, tapi masih mampu untuk meet your demand. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki-Mu ya Allah, Tuhan yang maha pengasih.
Semoga umie mampu susukan Aisyah dengan susu umie sehingga ke titisan terakhir...

Menjelang umur Aisyah 8 bulan umie telah mengumpul stok susu yang mencukupi untuk Aisyah, atau mungkin lebih dari demand Aisyah,
Dan sedikit dari stok susu Aisyah umie dah bagi pada adik seibu susuan Aisyah...
Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki buat 2 anak-anak ku ini...

Amin....


Gambar yang bertarikh 13 September 2012... Ini lah Stok susu terkini buat Siti Aisyah...~






p/s : lepas raya hari tu susu merudum...di sebabkan jadual pump ke laut akibat daripada berjalan raya sakan...

Tuesday, September 4, 2012

Weekend Aisyah yang penuh dengan aktiviti...~

Last weekend Aisyah tu berjalan sakan... Mana tak nya... Umie dia bawak dia jalan sampai ke KL... nk jumpa babah nya... Malas nak cerita panjang-panjang layan je la gambar-gambar kat bawah ni...

Aisyah berjalan raya... Melawat adek susuan... Aliyah Aisyah... :)
** Saya ada anak susuan...

Keesokan nya pulak Aisyah pergi kenduri kahwin kawan Umie...
*** Santek kan kawan Umie ni... (kependekan ku terserlah...ciscake)
*** Aisyah sibuk nk tgk hand bouquet tu... babah panggil pun tak dengar...


Then hari ahad nya tu...kita oun balik la ke Melaka... Sampai Aisyah pon dh penat duduk dalam car seat dia... Cian anak umie ni...~



Aisyah ni kalau berjalan memang baik... susah sangat dia nak meragam... kecuali kalau dia dah penat sangat... biasa la budak- budak kan... Macam ni... Umie ngan Babah, senang hati nak bawak awak jalan ke mana pon... :)

Thursday, August 30, 2012

Aidilfitri Kami...~

Eid Mubarak
From : Aman, Fina & Baby Aisyah





p/s : tahun ni ber3... tahun dpn adekah ber4...??? jeng..jeng..jeng...

Friday, August 17, 2012

Transformasi deep freezer

Dulu-dulu kalu buat stock EBM gune plastik liner mesti ikat dengan getah, bila dah banyak terasa macam EBM tersebut semakin menyempitkan ruang dalam deep freezer tu.
Tapi akhirnya transformasi sudah dilakukan.
Sejak-sejak bisness kerepek masa bulan puasa hari tu... Beli la sealer... so sealer yang ada tu digunakan untuk seal EBM dalam plastik liner dan boleh dibekukan dengan leper dan disusun-susun...
kalau tak kerana jual kerepek...memang tak adanya la sesaja nak beli sealer tu...hehehehe...

Jom layan gambar-gambar kat bawah ni, macam mana penyimpanan EBM dalam plastik liner ditransformasikan....

Ni la plastik liner yang digunakan untuk simpan stok EBM

Dulu-dulu ikat getah je macam ni...

Kemudian di seal, dan di bekukan leper-leper macam ni...


Pas tu susun-susunkan macam ni... sooooo very the jimat ruang dalam deep freezer...~