Wednesday, December 7, 2011

Selamat Semuanya

Diam tak diam dah seminggu lebih mama, along, maklong, makteh dan pakteh pulang dari Tanah Suci. Alhamdulillah sudah selamat semuanya. Mama pun sihat-sihat sahaja. Sepanjang perjalanan pulang dari KLIA ke rumah, mama sangat excited ceritakan pengalaman dari Tanah Suci. Terdetik hati bila pula masanya aku mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Impian mama untuk mimpikan ayah termakbul. Alhamdulillah. Lama mama menunggu. Aku yakin, ke mana sahaja mama pergi ayah pasti bersama mama. Mama sempat khatamkan Quran untuk ayah di sana dan waqafkan Quran tersebut atas nama ayah. Semoga pahala orang yang membaca Quran tersebut sampai kepada ayah juga.

Mama juga buat upah Haji untuk ayah. Hasrat ayah untuk tunaikan Haji bersama mama tahun ni. Alhamdulillah... Allah permudahkan segalanya. Mama dapat juga ke sana dan upahkan orang untuk buat Haji untuk ayah. Hmmmm... kenapa terlalu awal ayah pergi... Sehingga sekarang aku masih memujuk hati menerima kepergian ayah. Ralat masih terasa di hati...

Allah maha mengetahui segalanya...

No comments:

Post a Comment