Friday, December 9, 2011

Air Akar Fatimah

Baby kat dalam perut dah masuk 8 bulan... Masa neneknya balik dari Tanah Suci dah penghujung 7 bulan. Tak tahu pulak neneknya beli dan bawak balik akar fatimah ni sebab barang-barang yang neneknya pos tak semuanya delivered sebelum neneknya sampai. Tiba-tiba neneknya keluarkan akar fatimah ni dan cuci-cuci lepas tu terus rendam dalam air.

Ingatkan air akar fatimah ni tak ada bau. Rupa-rupanya ada jugak. Mungkin sebab akarnya masih baru dan belum digunakan lagi. Bila time nak minum tu terbau airnya, rasa macam tak tertelan kat tekak. Blllleeerrrgggghhhh....jadinya minum sambil tutup hidung. Mama saya pesan, minum air ni sikit-sikit sampai hari nak bersalin nanti. Supaya memudahkan proses bersalin. Di sebabkan bau air rendaman tersebut saya jarang-jarang minum, so, mama pun perasan. Agaknya sebab air tu takat tu je tak luak-luak...hehehe. Saya pun di bebelkan... Baiklah mama, kakak minum ye...

Try jugak google khasiat air akar fatimah ni. Rupa-rupanya banyak caranya. Lain orang lain caranya. Ada yang minum time dah nak deliver...Tapi mama saya punya cara, bila kandungan dah masuk 7 or 8 bulan dah boleh start minum air akar fatimah. Petua ni datang dari nenek saya. Banyak jugak la petua-petua lain bagi nak senang bersalin. Mana taknya, adik beradik mama je dah 11 orang. So, petua orang lama-lama ni ikut kan je la... Mungkin ada betulnya. Selain mengamalkan surah-surah dan ayat-ayat amalan ketika pregnant. Selebihnya kita tawakal sahaja.


Ni la rupa akar Fatimah tu... Akar Fatimah ni hanya boleh didapati di Mekah sahaja. Dan boleh digunakan berulang-ulang kali. At least simpan satu kat rumah untuk masa akan datang bila pregnant lagi nanti...hehehehe


2 comments:

  1. InsyaAllah Kakak, akan dipermudahkan.. Kak Ina aritu masa Iya je pakai, masa nak deliver sbb org kater kalau akar tu kembang, dah nak sampai masa... :) Lepas tu, kasik kat adik ipar akar tu terus dah takde... So, time Ameir ngan Ica tak merasa... huhu..

    ReplyDelete
  2. hehehe...kalu rase2 nk preggy lagi nnt org bagi...kt rumah byk...hari tu masa g haji maksu beli 1 packet...sbb takde jual sikit2...
    anis kalu nak pon boleh....hehehehe...
    simpan untuk masa akan datang... ;p

    ReplyDelete