Friday, December 30, 2011

Mama...andaiku tahu...~

Bila dah melalui pengalaman mengandung baruku tahu macam mana mama mengandungkan aku dulu...
Baruku tahu betapa terhadnya pergerakan bila kandungan dah semakin membesar...
Baruku tahu susahnya nak dapat tidur yang lena di malam hari...

Baruku tahu...pengorbanan seorang ibu bukan setelah kita dilahirkan...
Tapi sebelum kita dilahirkan lagi...

Kalau kita tahu keadaan ini...sudah pasti kita tak sanggup pun nak lukakan hati ibu kita...
Sudah pasti dulu-dulu ketika zaman kanak-kanak kita dengar setiap pesan ibu kita...
Sudah pasti kita akan belajar dengan bersungguh-sungguh...
Sudah pasti kita akan menjadi anak yang taat...
Sudah pasti kita tak akan biarkan ibu kita menitiskan air mata...

Pengalaman ini buat aku lebih menghargai mamaku...
Aku banyak membuat dosa pada mamaku...
Maafkan aku mama...~

Kiniku tahu pengorbananmu sungguh besar...~
Kerana hari ini aku juga berkorban untuk anak ini...
Kerana hari ini ku harungi segala kepayahan mengandungkan anak ini...seperti kepayahanmu mengandungkan aku dahulu...~
Maafkan aku mama..~

Wednesday, December 28, 2011

Hari-hari Untuk di Ingati sepanjang 2011

2011 bakal melabuhkan tirainya. 2012 bakal menjengahkan wajah. Banyak kenangan suka dan duka sepanjang 2011...banyak tarikh dan peristiwa dalam 2011 yang perlu diingati...

20 Januari 2011 - Kembalinya ayahanda ke Rahmatullah (perkara yang paling tak akan dilupakan sampai bila-bila)

18 Mac 2011 - Aku sah diijab qabulkan dan bergelar isteri. Di nikahkan sendiri oleh abang sulungku.

Jun 2011 - Aku disahkan pregnant. Anak pertama hasil pernikahan kami.

September 2011 - Aidilfitri pertama tanpa ayahanda... Juga Aidilfitri pertama aku sebagai isteri.

Oktober 2011 - Keberangkatan ibunda ke Tanah Suci meninggalkan kami adik beradik.

2011 adalah tahun paling mencabar buat kami sekeluarga. Terutama buat ibundaku. Tapi ibundaku berjaya mengharungi 2011 dengan kekuatan dari anak-anaknya. Mama...kami tetap di sini...Takkan kami tinggal kan mama...~


Untittled

Suami...

Terima kasih atas segalanya...
terima kasih...

Saya tahu awak tak tidur malam hanya kerana mahu memastikan saya tidur dengan selesa...
Lebih-lebih lagi dalam keadaan saya sekarang...

Saya tahu awak selalu terjaga malam hari...
Selimutkan saya...
Saya tahu tidur awak tak selalunya lena...

Suami...
Kau yang terbaik untuk aku...~

Semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu suamiku...
Kerana engkau telah berbuat baik dengan isterimu...
Aku sayang kamu...~

Friday, December 9, 2011

Air Akar Fatimah

Baby kat dalam perut dah masuk 8 bulan... Masa neneknya balik dari Tanah Suci dah penghujung 7 bulan. Tak tahu pulak neneknya beli dan bawak balik akar fatimah ni sebab barang-barang yang neneknya pos tak semuanya delivered sebelum neneknya sampai. Tiba-tiba neneknya keluarkan akar fatimah ni dan cuci-cuci lepas tu terus rendam dalam air.

Ingatkan air akar fatimah ni tak ada bau. Rupa-rupanya ada jugak. Mungkin sebab akarnya masih baru dan belum digunakan lagi. Bila time nak minum tu terbau airnya, rasa macam tak tertelan kat tekak. Blllleeerrrgggghhhh....jadinya minum sambil tutup hidung. Mama saya pesan, minum air ni sikit-sikit sampai hari nak bersalin nanti. Supaya memudahkan proses bersalin. Di sebabkan bau air rendaman tersebut saya jarang-jarang minum, so, mama pun perasan. Agaknya sebab air tu takat tu je tak luak-luak...hehehe. Saya pun di bebelkan... Baiklah mama, kakak minum ye...

Try jugak google khasiat air akar fatimah ni. Rupa-rupanya banyak caranya. Lain orang lain caranya. Ada yang minum time dah nak deliver...Tapi mama saya punya cara, bila kandungan dah masuk 7 or 8 bulan dah boleh start minum air akar fatimah. Petua ni datang dari nenek saya. Banyak jugak la petua-petua lain bagi nak senang bersalin. Mana taknya, adik beradik mama je dah 11 orang. So, petua orang lama-lama ni ikut kan je la... Mungkin ada betulnya. Selain mengamalkan surah-surah dan ayat-ayat amalan ketika pregnant. Selebihnya kita tawakal sahaja.


Ni la rupa akar Fatimah tu... Akar Fatimah ni hanya boleh didapati di Mekah sahaja. Dan boleh digunakan berulang-ulang kali. At least simpan satu kat rumah untuk masa akan datang bila pregnant lagi nanti...hehehehe


Wednesday, December 7, 2011

Pesanan dari Ibunda

Ibundaku berpesan...
Amalkan doa Nabi Yunus ni...Supaya dipermudahkan bersalin nanti...

Incek Suami pun kena amalkan jugak ye...
Mintak pada Allah dipermudahkan bini awak ni masa bersalin nanti...

=)






p/s : Nervous

Copycat...





Kau pun nak jugak...???!!!






Selamat Semuanya

Diam tak diam dah seminggu lebih mama, along, maklong, makteh dan pakteh pulang dari Tanah Suci. Alhamdulillah sudah selamat semuanya. Mama pun sihat-sihat sahaja. Sepanjang perjalanan pulang dari KLIA ke rumah, mama sangat excited ceritakan pengalaman dari Tanah Suci. Terdetik hati bila pula masanya aku mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Impian mama untuk mimpikan ayah termakbul. Alhamdulillah. Lama mama menunggu. Aku yakin, ke mana sahaja mama pergi ayah pasti bersama mama. Mama sempat khatamkan Quran untuk ayah di sana dan waqafkan Quran tersebut atas nama ayah. Semoga pahala orang yang membaca Quran tersebut sampai kepada ayah juga.

Mama juga buat upah Haji untuk ayah. Hasrat ayah untuk tunaikan Haji bersama mama tahun ni. Alhamdulillah... Allah permudahkan segalanya. Mama dapat juga ke sana dan upahkan orang untuk buat Haji untuk ayah. Hmmmm... kenapa terlalu awal ayah pergi... Sehingga sekarang aku masih memujuk hati menerima kepergian ayah. Ralat masih terasa di hati...

Allah maha mengetahui segalanya...

Thursday, December 1, 2011

Aku Punya satu Cinta











Cintailah seseorang itu secara diam-diam, seperti kisah cinta suci Saidatina Fatimah r.a dan Saidina Ali yang akhirnya Allah pertemukan jua. Sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang berjihad, berjihad menentang kehendak diri, menundukkan nafsu hati...~