Tuesday, November 22, 2011

Spaghetti for Dinner

Last Saturday memang satu hari suntuk tak ada di rumah. Pagi-pagi dah keluar bawak adik daftar semula di kampusnya, kelas dah nak mula semula. Then tolong dia cari rumah sewa. Lepas selesai semuanya kami pun pergi jusco untuk lunch. Sebelum ke Jusco sempat singgah ke Kamdar untuk beli kain nak buat tilam dan bantal baby. Hari tu dah beli tapi tak cukup untuk sarungnya.


Pilih punya pilih...ni la pilihannya...

Lepas beli kain, terus ke Jusco...Lunch. Lepas perut dah kenyang shopping barang baby sikit lagi. Just complete kan mana yang tak complete lagi. Shopping punya shopping terfikir menu untuk makan malam nanti memandangkan dari pagi hingga ke petang tiada di rumah. Menu paling simple... Spaghetti. Alang-alang dah di Jusco terus beli bahan untuk buat spaghetti.



Ini la hasilnya setelah siap...

Incek suami pun tolong saya masak spaghetti ni...hehehe... Rajinkan dia... dia tolong kacau-kacau je. Spaghetti ni sosnya saya buat sendiri. Tak guna sos Prego tu...Bawah ni ada resipinya.

Bahan-bahan :
1 tin tomato puree
1 packet daging kisar (ayam / lembu)
1 tin cendawan butang
1 ulas bawang besar didadu
2 ulas bawang putih didadu
bebola daging (ayam / lembu)
sayuran (carrot / jagung kecik / atau apa-apa sahaja...ikut selera masing2)
Cheddar cheese
Sedikit cili kisar (terpulang kalau nak rasa pedas-pedas sikit)
Sedikit garam
Spaghetti

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih
2. Masukan daging kisar...gaulkan daging kisar sehingga masak rata. (pastikan daging kisar tersebut dinyah beku terlebih dahulu.)
3. Masukan tamoto puree dan sedikit cili kisar bagi yang mahu kan sedikit pedas. Tambah kan sedikit air jika sos terlalu pekat.
4. Masukan bebola daging, cendawan dan sayuran...kacau rata. Masukan sedikit garam.
5. Last sekali masukan cheddar cheese. Saya selalu beli cheddar yang slices tu (kraft single or brand apa-apa sahaja). Masukan 1-2 keping. Kalau mahu lebih rasa cheesy tambah la lagi.
6. Sambil masak sos...boleh rebus spaghetti. Tambahkan sedikit garam dalam air rebusan.

(p/s : sukatan untuk bahan-bahan sos, saya tak ada yang specific...main campak-campak sahaja ikut jumlah orang yang mahu makan. Kadang-kadang daging kisar tu tak guna habis pun...)

Selamat mencuba...





No comments:

Post a Comment