Thursday, November 10, 2011

Penyembelihan Qurban Tak boleh Di tempat Awam...???

Rasa terpanggil untuk menulis apabila terbaca keraratan berita dalam akhbar Kosmo bertarikh 10 November 2011 yang bertajuk "Rundingan Jelaskan Ibadah Qurban"
Setelah puluhan tahun mungkin ratusan tahun ibadah qurban dilakukan ditempat-tempat awam di Malaysia yang agama rasminya agama Islam, kenapa masih ada pihak mahu mempertikaikan ibadah tersebut..???

Kenyataan NGO tersebut yang mahu ibadah Qurban tidak dilakukan di tempat-tempat awam bagi mengelakkan menyinggung sensitiviti agama lain, adalah satu perkara yang tak boleh diterima.

Persoalannya :
"Apakah selepas ini umat Islam tidak bebas melakukan ibadah Qurban...???"

"Di mana hak umat Islam di dalam negara Islam yang sudah tentu agama rasminya Islam (sekiranya kita tunduk kepada kenyataan NGO tersebut)??"

Banyak lagi persoalannya yang akan timbul sebenarnya. Inilah akhir zaman apabila agama lain telah mula bangkit dan mempersoalkan agama Islam dan berani bangkit secara terang-terangan...~

No comments:

Post a Comment