Thursday, November 24, 2011

Ayang...Ayang...Abang pilih Ayang sebab.....

1.Solehah dan kuat agamanya.
Maka ringan tanggungjawab abang. Ayang dah pandai jaga diri. Boleh didik dan jaga anak-anak bila abang tak ada di rumah. Tenang hati abang bila abang pergi kursus 3 hari, 40 hari, 4 bulan ke luar negara. Insyaallah anak-anak kita akan menjadi aset kepada agama bila besar kelak. Sama ada hafiz, daie, jurutera beriman itu wallahualam.

2. Baik budi pekertinya. 
Maka senang hati abang sebab ayang menjaga akhlak. Insyaallah tak akan datang fitnah-fitnah agama hinggap ke dalam rumah tangga kita. Sebagai contoh jiran-jiran tak akan cakap, “Ceh minah tu ibadah jer lebat, tapi mulut macam longkang.” Insyaallah, ayang juga dapat memberi kesan kepada anak-anak supaya mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji.

3. Cantik wajahnya.
Maka sejuk hati abang memandang ayang. Bila abang penat balik kerja, tengok wajah ayang, abang jadi lega. Bila abang penat balik kursus kena marah dengan orang dan kena kejar dengan parang, tengok wajah ayang, abang jadi kuat. Bila abang malas nak bangun tahajud, tengok wajah ayang ajak abang bangun, abang jadi bersemangat.

4.Ringan maharnya. 
Maka abang senang hati memilih ayang. Kerana penyatuan kita bukan atas dasar materialiti. Penyatuan kita atas dasar cintakan Allah. Sesungguhnya sebaik-baik perempuan itu adalah yang rendah maharnya. Abang yakin ayanglah perempuan yang terbaik kerana meletakkan mahar senaskah Al-Quran saja. Ha ha ha!

5.Melahirkan anak yang ramai. 
Maknanya di sini ayang tidak mandullah. Maka dengan itu insyaallah akan banyak aset-aset agama akan lahir dari perut ayang. 9 bulan penderitaan ayang setiap kali mengusung mereka, akan terbayar di akhirat kelak. Anak-anak ini akan mendoakan kebahagiaan kita kelak di sana.

6. Anak dara.
7. Dari keturunan yg baik.
8. Bukan dari keluarga terdekat

No comments:

Post a Comment