Thursday, November 24, 2011

Ayang...Ayang...Abang pilih Ayang sebab.....

1.Solehah dan kuat agamanya.
Maka ringan tanggungjawab abang. Ayang dah pandai jaga diri. Boleh didik dan jaga anak-anak bila abang tak ada di rumah. Tenang hati abang bila abang pergi kursus 3 hari, 40 hari, 4 bulan ke luar negara. Insyaallah anak-anak kita akan menjadi aset kepada agama bila besar kelak. Sama ada hafiz, daie, jurutera beriman itu wallahualam.

2. Baik budi pekertinya. 
Maka senang hati abang sebab ayang menjaga akhlak. Insyaallah tak akan datang fitnah-fitnah agama hinggap ke dalam rumah tangga kita. Sebagai contoh jiran-jiran tak akan cakap, “Ceh minah tu ibadah jer lebat, tapi mulut macam longkang.” Insyaallah, ayang juga dapat memberi kesan kepada anak-anak supaya mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji.

3. Cantik wajahnya.
Maka sejuk hati abang memandang ayang. Bila abang penat balik kerja, tengok wajah ayang, abang jadi lega. Bila abang penat balik kursus kena marah dengan orang dan kena kejar dengan parang, tengok wajah ayang, abang jadi kuat. Bila abang malas nak bangun tahajud, tengok wajah ayang ajak abang bangun, abang jadi bersemangat.

4.Ringan maharnya. 
Maka abang senang hati memilih ayang. Kerana penyatuan kita bukan atas dasar materialiti. Penyatuan kita atas dasar cintakan Allah. Sesungguhnya sebaik-baik perempuan itu adalah yang rendah maharnya. Abang yakin ayanglah perempuan yang terbaik kerana meletakkan mahar senaskah Al-Quran saja. Ha ha ha!

5.Melahirkan anak yang ramai. 
Maknanya di sini ayang tidak mandullah. Maka dengan itu insyaallah akan banyak aset-aset agama akan lahir dari perut ayang. 9 bulan penderitaan ayang setiap kali mengusung mereka, akan terbayar di akhirat kelak. Anak-anak ini akan mendoakan kebahagiaan kita kelak di sana.

6. Anak dara.
7. Dari keturunan yg baik.
8. Bukan dari keluarga terdekat

Tuesday, November 22, 2011

Spaghetti for Dinner

Last Saturday memang satu hari suntuk tak ada di rumah. Pagi-pagi dah keluar bawak adik daftar semula di kampusnya, kelas dah nak mula semula. Then tolong dia cari rumah sewa. Lepas selesai semuanya kami pun pergi jusco untuk lunch. Sebelum ke Jusco sempat singgah ke Kamdar untuk beli kain nak buat tilam dan bantal baby. Hari tu dah beli tapi tak cukup untuk sarungnya.


Pilih punya pilih...ni la pilihannya...

Lepas beli kain, terus ke Jusco...Lunch. Lepas perut dah kenyang shopping barang baby sikit lagi. Just complete kan mana yang tak complete lagi. Shopping punya shopping terfikir menu untuk makan malam nanti memandangkan dari pagi hingga ke petang tiada di rumah. Menu paling simple... Spaghetti. Alang-alang dah di Jusco terus beli bahan untuk buat spaghetti.



Ini la hasilnya setelah siap...

Incek suami pun tolong saya masak spaghetti ni...hehehe... Rajinkan dia... dia tolong kacau-kacau je. Spaghetti ni sosnya saya buat sendiri. Tak guna sos Prego tu...Bawah ni ada resipinya.

Bahan-bahan :
1 tin tomato puree
1 packet daging kisar (ayam / lembu)
1 tin cendawan butang
1 ulas bawang besar didadu
2 ulas bawang putih didadu
bebola daging (ayam / lembu)
sayuran (carrot / jagung kecik / atau apa-apa sahaja...ikut selera masing2)
Cheddar cheese
Sedikit cili kisar (terpulang kalau nak rasa pedas-pedas sikit)
Sedikit garam
Spaghetti

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih
2. Masukan daging kisar...gaulkan daging kisar sehingga masak rata. (pastikan daging kisar tersebut dinyah beku terlebih dahulu.)
3. Masukan tamoto puree dan sedikit cili kisar bagi yang mahu kan sedikit pedas. Tambah kan sedikit air jika sos terlalu pekat.
4. Masukan bebola daging, cendawan dan sayuran...kacau rata. Masukan sedikit garam.
5. Last sekali masukan cheddar cheese. Saya selalu beli cheddar yang slices tu (kraft single or brand apa-apa sahaja). Masukan 1-2 keping. Kalau mahu lebih rasa cheesy tambah la lagi.
6. Sambil masak sos...boleh rebus spaghetti. Tambahkan sedikit garam dalam air rebusan.

(p/s : sukatan untuk bahan-bahan sos, saya tak ada yang specific...main campak-campak sahaja ikut jumlah orang yang mahu makan. Kadang-kadang daging kisar tu tak guna habis pun...)

Selamat mencuba...





Friday, November 18, 2011

The Hidhir's

Wherever I go...
Whatever I do...
If people knew my name... They always ask me...
*
*
*
"Ni adik Afiq ye..???"

or

"Ni anak arwah Datuk Hidhir ye...??"

Not my intention to show off...
But one thing I wanted to say is...
*
*
*
*
*
I AM PROUD TO BE THE HIDHIR'S DAUGTHER...
AND I AM PROUD TO BE THE HIDHIR'S

Not because of who is my father was before...
But because... There was something good that my father did in his life and career...

Orang baik apabila matinya dia...akan meninggalkan nama...
Itu yang saya sangat pasti...
Nobody knows my father as close as his family....
*
*
*
*
*
Ayah saya bukan seorang Perdana Menteri yang satu Malaysia kenal...
Ayah saya bukan artis popular yang satu Malaysia kenal...
Ayah saya bukan selalu keluar televisyen atau surat khabar...
Ayah saya cuma seorang wakil rakyat di DUN yang belum pasti satu Malaysia tahu...

Tapi...
Saya cuma tahu...
Ada sesuatu tentang ayah saya yang membuat orang mengenali Hidhir's walau ke mana kami pergi...
*
*
*
*
*
Al-Fatihah...~

Friday, November 11, 2011

Baby's Heart Beat...

Perut Mak Buyung ni dah semakin membesar...
Maknanya baby kat dalam perut dah semakin membesar...
Perut dah semakin kedepan...langkah pun semakin perlahan...
Heheheh....

Baby pun semakin aktif... Sakit perut mamanya kadang-kadang...
Setiap hari mama pasti dengar degupan jantung baby...
Nak pastikan baby sihat...
Mama pun dah mula kira pergerakan baby...
Satu hari mesti baby kena bergerak 10x dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

Thanks to this gadjet... Dengan alat ni mama boleh dengar jantung dan pergerakan baby setiap hari...
Sangat seronok dan setiapkali itu la mama akan tersenyum sambil dengar baby kat dalam perut. Sebab mama cuba membayangkan apa yang baby tengah buat kat dalam tu...hehehehe...


Summer infant : Heart-to-heart Prenatal Listening System

Monitoring your baby's heart beat

Benda ni ada dua earphone...maknanya mama dengan babah boleh dengar baby punya heartbeart serentak. Tak payah berebut-rebut... Hehehehe...
Tapi untuk kandungan 21 minggu ke atas baru boleh dengar dengan jelas bunyi jantung baby...

Mama beli benda ni secara online dekat website ni...



p/s : seronok dengar baby punya heartbeat...laju...macam dengar kuda tengah berlari... :D



Thursday, November 10, 2011

Penyembelihan Qurban Tak boleh Di tempat Awam...???

Rasa terpanggil untuk menulis apabila terbaca keraratan berita dalam akhbar Kosmo bertarikh 10 November 2011 yang bertajuk "Rundingan Jelaskan Ibadah Qurban"
Setelah puluhan tahun mungkin ratusan tahun ibadah qurban dilakukan ditempat-tempat awam di Malaysia yang agama rasminya agama Islam, kenapa masih ada pihak mahu mempertikaikan ibadah tersebut..???

Kenyataan NGO tersebut yang mahu ibadah Qurban tidak dilakukan di tempat-tempat awam bagi mengelakkan menyinggung sensitiviti agama lain, adalah satu perkara yang tak boleh diterima.

Persoalannya :
"Apakah selepas ini umat Islam tidak bebas melakukan ibadah Qurban...???"

"Di mana hak umat Islam di dalam negara Islam yang sudah tentu agama rasminya Islam (sekiranya kita tunduk kepada kenyataan NGO tersebut)??"

Banyak lagi persoalannya yang akan timbul sebenarnya. Inilah akhir zaman apabila agama lain telah mula bangkit dan mempersoalkan agama Islam dan berani bangkit secara terang-terangan...~

Wednesday, November 9, 2011

Baby Feeding Gift Set

A thousand thanks to my SIL Kak Rubi...
For the Baby Feeding Gift Set by Babisil...
*totally BPA free*





Hehehe...list untuk bottle dah boleh delete dah... :)
Thanks again Kak Rubi...



p/s : MakSu Mayam nak belanja baby punya play gym plak...ehehehehe....tapi tunggu baby keluar dulu la...~

Wednesday, November 2, 2011

Please have a visit

Lately ni rasa macam facebook amatlah memboringkan

Dah lama ada tumblr ni...tapi just mls nak update and reblog...

If u got time just have a visit


same je macam saya punya blog adress...hehehehe...

Enjoy the visit peeps...!!!