Friday, August 19, 2011

Maafkan Mama Nak...

Ya Tuhanku...
Dugaan apa yang Kau berikan pada aku di Bulan Ramadhan kali ini... Terasa hilangnya nikmat Ramadhan tak seperti Ramadhan yang sudah-sudah.
Ramadhan kali ini kesihatan ku tak seperti selalu... Tapi ku gagahkan jua. Demi anak ini. Sepanjang Ramadhan ini aku mengalami batuk yang teruk.
Keadaan menjadi lebih teruk bila aku bangun pagi tadi dan terbatuk. Terasa seluruh badan sakit termasuk dibahagian bawah perut. Terus ku terfikirkan anak ini.

Bagaimana keadaan dia di dalam...?? Maafkan mama nak... Mama tak mintak keadaan macam ni. Tabahlah anakku... Kau perlu tabah agar bila besar nanti kau boleh jaga mama.

Keadaan yang seperti ini menyukarkan aku melakukan kerja harian termasuk memandu ketempat kerja. Kerana setiap kali aku terbatuk di dalam kereta, aku takut tertekan minyak lebih dan berlanggar dengan kereta hadapan. Nauzubillah...mintak dijauhkan...

Ya Tuhanku...
Berikanlah aku ketabahan...kekuatan untuk aku mengharungi proses kehamilan ini. Berikanlah aku kesihatan yang baik agar dapat aku besarkan anak ini dengan sempurna. Hanya Engkau yang Maha Mendengar....



p/s : perlukan orang-orang disekeliling...

No comments:

Post a Comment