Thursday, June 2, 2011

Macaroon...???

Apa yang istimewanya dengan benda alah ni...??
well..i tired it once... and my mom said... "sedap jugak...belajar la buat.."

Mahal boleh tahan...!!!
Then i searched for the resipi... indeed...
Memang susah nak buat... patutlah mahal sangat...!!!









p/s : saya telah merialisasikan impian adek saya nak makan benda alah ni...beli jeee....



From single to double

Musim cuti sekolah ni ramai kawan-kawan yang mendirikan rumah tangga. Selamat pengantin baru buat rakan-rakan yang melangsungkan hari bahagia. Maaf kepada sesiapa yang saya tak dapat penuhi jemputan. Biasalah musim cuti sekolah ni terlalu banyak jemputan. Tak terkejar rasanya. Selamat menempuhi alam rumahtangga.

Satu alam yang banyak cabaran dan dugaan. Bukan macam zaman bercinta dulu. Sekarang dah ada tanggungjawab... suami / isteri dan keluarga satu lagi. Perkahwinan bukan setakat penyatuan dua jiwa. Tapi banyak jiwa. Siapa kata lepas kahwin hanya kita berdua...?? Tidak sama sekali. Kita setuju menerima suami / isteri kita bererti kita juga setuju menerima keluarga suami / isteri kita. Menerima mereka seperti keluarga kita sendiri. Tanpa mengira keadaan keluarga yang satu lagi. Bukan meletakkan batu sempadan antara diri kita dan keluarga mentua. Kerana kalau tiada mereka tak kan ada suami / isteri kita.

Tolak ansur dan muafakat itu penting. Suami tidak boleh mementingkan diri sendiri. Jangan fikir kita suami segala kuasa ditangan kita tanpa memikirkan perasaan isteri dan keselesaan isteri. Di mana kebahagiaannya...?? Isteri...taatlah kepada suami selagi tidak melanggar syarak. Tapi jangan sampai kita mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu dan bapa kita. Benar...lepas berkahwin lepaslah tanggungjawab ibu dan ayah terhadap anak perempuannya. Tapi tak bererti kita boleh terus mengabaikan tanggungjawab kita terhadap ibu bapa.

Fahamlah erti perkahwinan itu sepenuhnya sebelum menggalas beban tanggungjawab sebagai suami / isteri. Berlaku adil lah terhadap keluarga kedua-dua belah pihak. Pasti kehidupan rumahtangga kita akan lebih harmoni dan bahagia...





p/s : selamat pengantin baru to baby aniza, siti azizah, liyana and pak busu saya... ;p