Sunday, March 6, 2011

What a weak week...!!!

"Disaster week"

Starting from Monday dah start demam... Datang office mula-mula gagah la lagi kan. Sekali dah duduk dalam air-cond... Amek kau... masuk meeting dengan staff-staff... orang lain sibuk bincang agenda aku tidur... Sekali diorang rasa badan aku... "Panasnya badan kau Fina.." "Pergi baring la kat ruang solat tu...rehat je..." Dah tengah hari tu memang aku tak larat dah la.. Terpaksa gagahkan diri drive balik rumah, terus pergi klinik ambik MC...
Selasa berikutnya : kursus

Ingatkan dah okay dah... First day kursus okay la lagi...berjaya habiskan sampai ke petang.
Rabu berikutnya : kursus lagi

Dah mula batuk-batuk... Ni bukan batuk sikit-sikit punya... Boleh berdarah anak tekak. Gula-gula tak payah cakap. Entah berapa biji entah aku dah makan. Air masak, belum tengah hari dah suku botol dah. Haaaiiihhh... Tapi masih boleh bertahan sampai ke petang.
Khamis : lagi-lagi kursus

Masuk je hari khamis badan dah makin lemah. Badan kejap panas kejap tak. Batuk memang dah tak boleh nak explain dah...Belum tahap batuk berdarah je lagi ni. Memang langsung dah tak boleh nak bercakap. Bila start bercakap je batuk menggila. Sampai terpaksa keluar ke toilet berkali-kali sebab nak batuk. Batuk kt dalam hall tu kang sangat la menganggu peserta kursus yang lain. Last-last badan pun dah mula nak panas... tengahari aku mintak kat urusetia tu nak balik awal. 
Ubat batuk memang dah sebotol habis. Antibiotik pun dah habis makan... Tapi badan kejap panas kejap tak... Kemuncaknya pada hari Jumaat... pulang saja dari kerja muka aku dah panas dah.. Terus je ambik thermometer... 38.4 degree... Boleh berdarah hidung wooo...

Malam tu lepas Isyak mama suruh aku pergi hospital. Sampai kat hospital aku kene cek darah dan sedut oksigen... heh.. tak pasal-pasal... Nasib baik doktor tu handsome... hehehe... Doktor tu pulak macam nak try aku je... "Dah kawen..??" "belum" Aku tak tau la kan soalan tu ada kena mengena dengan prosedur rawatan ke tak... Sementara dia ambik darah aku... Baik punya dia mengayat... Aku pun layan kan aja...hahaha...
Sepanjang disaster week aku ni tak pasal-pasal je Makcu aku jadi jururawat peribadi aku... Hehehe... Dia la yang suruh aku pergi cek darah. Segala nama ubat dia tanya aku...huhuhu...tapi okay al tu kan... Nasib baik la Makcu aku ada... Sebab ada satu ubat tu bila aku makan heart beat aku tersangat la lajunya. Bila aku cek.. 149.. what..??? 149...???
Memang rasa macam nak pecah dada aku rasa. Then seluruh badan rasa ketar-ketar... Dah macam orang Parkinson je aku rasa. Bila bagitau Makcu aku terus dia datang rumah... Sebab kebetulan masa tu dia dalam perjalanan balik ke JB... Dia menasihat kan aku suruh berhenti makan ubat tersebut...huhuhu...
Dan hari ini... Ahad... Allahmdulillah.. Aku rasa sedikit segar... Dan agak bertenaga dari hari-hari yang sebelumnya.... 



p/s : terima kasih kepada mereka yang mengambil berat... 

Tuesday, March 1, 2011

My Father My Hero

Teringat masa kursus tadi... Penceramah bercerita bagaimana beliau menjadikan ayah beliau sebagai kawan. Dalam kepala otak aku ni terus teringatkan ayah. Memang betul apa yang penceramah tu cakap. Aku telah menjadikan ayah aku sebagai kawan. Kenapa aku cakap macam tu..?? Sebab anything happen aku mesti call ayah aku dulu. Atau paling tidak aku sms je. Even kereta tak boleh start pun aku call dia. Kadang-kadang sampai benda kecik pun aku nak call dia. Sampai kena marah pun ada kadang-kadang.. :) *benda kecik pun tak boleh settle kan sendiri* Hampir sahaja air mata ni menitis... Sempat kutahan. Takut peserta lain terperasan aku sedih.

Tapi itu dulu... Bila ayah dah tak ada aku terasa kesusahannya. Sangat terasa.. Tapi aku ada Aman. Itu pun aku segan kalau nak terlalu bergantung pada dia. Tak kan sama macam ayah. Tapi Aman tetap ada bila aku perlukan dia. Terima kasih Aman. Awak tak lupa nak datang sini tengok mama.

Dulu-dulu masa aku study... Bila ada masalah ayah selalu cakap macam ni "kata engineer...cuba fikir macam engineer.." Walaupun sekarang aku bukan bekerja sebagai engineer tapi kata-kata tu tetap aku ingat sampai sekarang lebih-lebih lagi bila aku menghadapi masalah yang melibatkan teknikal.


Ayah...banyak lagi benda kakak nak belajar dengan ayah. Tapi tak sempat. Allah lebih sayangkan ayah... Kakak nak belajar macam mana nak berjaya macam ayah. Walau apa pun, ayah tetap ada dalam hati kakak... Mana-mana kakak pergi kakak bawak ayah sekali sebab gambar ayah ada dalam purse kakak... :) ingat tak ayah pernah bukak purse kakak...??? kan ada gambar ayah...?? Kakak simpan gambar ayah... Jaja simpan gambar mama... :)

Hmmmm...kakak rindu ayah...



p/s : tak tahu sampai bila kena macam ni...