Friday, February 11, 2011

Ayah...

Dulu aku selalu marah-marah bila ayah tak ada masa untuk kami... Aku selalu merungut bila dia janji nak bawak kami bercuti tapi oleh kerana kesibukan kerjanya dia selalu menangguhkan percutian kami. Aku teringat ayah pernah janji nak bawak aku pergi ke Sabah, sebab setelah tamat pengajian aku pernah bagitau dia nak ke Sabah untuk bercuti... Then dia kata "tak apa...nanti tunggu ayah senang (tak sibuk) sikit kita pergi sama-sama." Akhirnya sampai hari nikah aku semakin hampir ayah masih tak senang-senang... Aku bagi tau ayah... "Nampaknya sampai orang dah kawin nanti mesti tak jugak pergi Sabah tu.." Ayah pun jawab.."Nanti honeymoon la kat sana.."

Tapi..ayah tetap kotakan janji dia... Sebelum dia ke Taiwan dia bawak kami semua bercuti ke Langkawi... Rupa-rupanya itulah percutian terakhir kami sekeluarga. Sekembalinya ayah dari Taiwan aku tak sempat nak berbual-bual dengan dia tentang tempat kerja baru aku... Tentang boss aku yang juga kawan dia. Tak sempat sebab keesokan hari selepas malam dia pulang dari Taiwan dia dimasukkan ke hospital. Tak sempat dia nak bercerita tentang pengalaman dia di Taiwan.

Baru hari ini aku tau... Kesibukannya dulu untuk memberi kesenangan pada kami. Dia telah meninggalkan yang terbaik untuk kami. Kerja kuatnya untuk kesenangan kami.

Doaku :

Terima kasih Ya Allah kerana Kau telah memberikan kami seorang ayah yang bertanggungjawab.
Terima kasih Allah kerana Kau pernah memberikan seorang yang baik sebagai tempat kami berlindung...
Tapi kini Kau telah mengambilnya dari kami. Hilang lah seorang yang melindungi keluarga ini...
Dan kini aku memohon kepada Mu Allah...
Lindungilah kami dari orang-orang yang menyimpan hasad...
Lindungilah kami dari segala perbuatan khianat oleh orang-orang yang busuk hatinya...
Berikanlah mereka petunjukMu ya Allah...
Engkau yang memberi kami ujian ini...
dan kepada Engkaulah kami memohon perlindungan dan pertolongan...



p/s : Wahai orang-orang yang hatinya penuh dengan hasad dengki... semoga Allah merahmati kamu...

No comments:

Post a Comment