Friday, December 30, 2011

Mama...andaiku tahu...~

Bila dah melalui pengalaman mengandung baruku tahu macam mana mama mengandungkan aku dulu...
Baruku tahu betapa terhadnya pergerakan bila kandungan dah semakin membesar...
Baruku tahu susahnya nak dapat tidur yang lena di malam hari...

Baruku tahu...pengorbanan seorang ibu bukan setelah kita dilahirkan...
Tapi sebelum kita dilahirkan lagi...

Kalau kita tahu keadaan ini...sudah pasti kita tak sanggup pun nak lukakan hati ibu kita...
Sudah pasti dulu-dulu ketika zaman kanak-kanak kita dengar setiap pesan ibu kita...
Sudah pasti kita akan belajar dengan bersungguh-sungguh...
Sudah pasti kita akan menjadi anak yang taat...
Sudah pasti kita tak akan biarkan ibu kita menitiskan air mata...

Pengalaman ini buat aku lebih menghargai mamaku...
Aku banyak membuat dosa pada mamaku...
Maafkan aku mama...~

Kiniku tahu pengorbananmu sungguh besar...~
Kerana hari ini aku juga berkorban untuk anak ini...
Kerana hari ini ku harungi segala kepayahan mengandungkan anak ini...seperti kepayahanmu mengandungkan aku dahulu...~
Maafkan aku mama..~

Wednesday, December 28, 2011

Hari-hari Untuk di Ingati sepanjang 2011

2011 bakal melabuhkan tirainya. 2012 bakal menjengahkan wajah. Banyak kenangan suka dan duka sepanjang 2011...banyak tarikh dan peristiwa dalam 2011 yang perlu diingati...

20 Januari 2011 - Kembalinya ayahanda ke Rahmatullah (perkara yang paling tak akan dilupakan sampai bila-bila)

18 Mac 2011 - Aku sah diijab qabulkan dan bergelar isteri. Di nikahkan sendiri oleh abang sulungku.

Jun 2011 - Aku disahkan pregnant. Anak pertama hasil pernikahan kami.

September 2011 - Aidilfitri pertama tanpa ayahanda... Juga Aidilfitri pertama aku sebagai isteri.

Oktober 2011 - Keberangkatan ibunda ke Tanah Suci meninggalkan kami adik beradik.

2011 adalah tahun paling mencabar buat kami sekeluarga. Terutama buat ibundaku. Tapi ibundaku berjaya mengharungi 2011 dengan kekuatan dari anak-anaknya. Mama...kami tetap di sini...Takkan kami tinggal kan mama...~


Untittled

Suami...

Terima kasih atas segalanya...
terima kasih...

Saya tahu awak tak tidur malam hanya kerana mahu memastikan saya tidur dengan selesa...
Lebih-lebih lagi dalam keadaan saya sekarang...

Saya tahu awak selalu terjaga malam hari...
Selimutkan saya...
Saya tahu tidur awak tak selalunya lena...

Suami...
Kau yang terbaik untuk aku...~

Semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu suamiku...
Kerana engkau telah berbuat baik dengan isterimu...
Aku sayang kamu...~

Friday, December 9, 2011

Air Akar Fatimah

Baby kat dalam perut dah masuk 8 bulan... Masa neneknya balik dari Tanah Suci dah penghujung 7 bulan. Tak tahu pulak neneknya beli dan bawak balik akar fatimah ni sebab barang-barang yang neneknya pos tak semuanya delivered sebelum neneknya sampai. Tiba-tiba neneknya keluarkan akar fatimah ni dan cuci-cuci lepas tu terus rendam dalam air.

Ingatkan air akar fatimah ni tak ada bau. Rupa-rupanya ada jugak. Mungkin sebab akarnya masih baru dan belum digunakan lagi. Bila time nak minum tu terbau airnya, rasa macam tak tertelan kat tekak. Blllleeerrrgggghhhh....jadinya minum sambil tutup hidung. Mama saya pesan, minum air ni sikit-sikit sampai hari nak bersalin nanti. Supaya memudahkan proses bersalin. Di sebabkan bau air rendaman tersebut saya jarang-jarang minum, so, mama pun perasan. Agaknya sebab air tu takat tu je tak luak-luak...hehehe. Saya pun di bebelkan... Baiklah mama, kakak minum ye...

Try jugak google khasiat air akar fatimah ni. Rupa-rupanya banyak caranya. Lain orang lain caranya. Ada yang minum time dah nak deliver...Tapi mama saya punya cara, bila kandungan dah masuk 7 or 8 bulan dah boleh start minum air akar fatimah. Petua ni datang dari nenek saya. Banyak jugak la petua-petua lain bagi nak senang bersalin. Mana taknya, adik beradik mama je dah 11 orang. So, petua orang lama-lama ni ikut kan je la... Mungkin ada betulnya. Selain mengamalkan surah-surah dan ayat-ayat amalan ketika pregnant. Selebihnya kita tawakal sahaja.


Ni la rupa akar Fatimah tu... Akar Fatimah ni hanya boleh didapati di Mekah sahaja. Dan boleh digunakan berulang-ulang kali. At least simpan satu kat rumah untuk masa akan datang bila pregnant lagi nanti...hehehehe


Wednesday, December 7, 2011

Pesanan dari Ibunda

Ibundaku berpesan...
Amalkan doa Nabi Yunus ni...Supaya dipermudahkan bersalin nanti...

Incek Suami pun kena amalkan jugak ye...
Mintak pada Allah dipermudahkan bini awak ni masa bersalin nanti...

=)






p/s : Nervous

Copycat...





Kau pun nak jugak...???!!!






Selamat Semuanya

Diam tak diam dah seminggu lebih mama, along, maklong, makteh dan pakteh pulang dari Tanah Suci. Alhamdulillah sudah selamat semuanya. Mama pun sihat-sihat sahaja. Sepanjang perjalanan pulang dari KLIA ke rumah, mama sangat excited ceritakan pengalaman dari Tanah Suci. Terdetik hati bila pula masanya aku mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Impian mama untuk mimpikan ayah termakbul. Alhamdulillah. Lama mama menunggu. Aku yakin, ke mana sahaja mama pergi ayah pasti bersama mama. Mama sempat khatamkan Quran untuk ayah di sana dan waqafkan Quran tersebut atas nama ayah. Semoga pahala orang yang membaca Quran tersebut sampai kepada ayah juga.

Mama juga buat upah Haji untuk ayah. Hasrat ayah untuk tunaikan Haji bersama mama tahun ni. Alhamdulillah... Allah permudahkan segalanya. Mama dapat juga ke sana dan upahkan orang untuk buat Haji untuk ayah. Hmmmm... kenapa terlalu awal ayah pergi... Sehingga sekarang aku masih memujuk hati menerima kepergian ayah. Ralat masih terasa di hati...

Allah maha mengetahui segalanya...

Thursday, December 1, 2011

Aku Punya satu Cinta











Cintailah seseorang itu secara diam-diam, seperti kisah cinta suci Saidatina Fatimah r.a dan Saidina Ali yang akhirnya Allah pertemukan jua. Sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang berjihad, berjihad menentang kehendak diri, menundukkan nafsu hati...~


Thursday, November 24, 2011

Ayang...Ayang...Abang pilih Ayang sebab.....

1.Solehah dan kuat agamanya.
Maka ringan tanggungjawab abang. Ayang dah pandai jaga diri. Boleh didik dan jaga anak-anak bila abang tak ada di rumah. Tenang hati abang bila abang pergi kursus 3 hari, 40 hari, 4 bulan ke luar negara. Insyaallah anak-anak kita akan menjadi aset kepada agama bila besar kelak. Sama ada hafiz, daie, jurutera beriman itu wallahualam.

2. Baik budi pekertinya. 
Maka senang hati abang sebab ayang menjaga akhlak. Insyaallah tak akan datang fitnah-fitnah agama hinggap ke dalam rumah tangga kita. Sebagai contoh jiran-jiran tak akan cakap, “Ceh minah tu ibadah jer lebat, tapi mulut macam longkang.” Insyaallah, ayang juga dapat memberi kesan kepada anak-anak supaya mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji.

3. Cantik wajahnya.
Maka sejuk hati abang memandang ayang. Bila abang penat balik kerja, tengok wajah ayang, abang jadi lega. Bila abang penat balik kursus kena marah dengan orang dan kena kejar dengan parang, tengok wajah ayang, abang jadi kuat. Bila abang malas nak bangun tahajud, tengok wajah ayang ajak abang bangun, abang jadi bersemangat.

4.Ringan maharnya. 
Maka abang senang hati memilih ayang. Kerana penyatuan kita bukan atas dasar materialiti. Penyatuan kita atas dasar cintakan Allah. Sesungguhnya sebaik-baik perempuan itu adalah yang rendah maharnya. Abang yakin ayanglah perempuan yang terbaik kerana meletakkan mahar senaskah Al-Quran saja. Ha ha ha!

5.Melahirkan anak yang ramai. 
Maknanya di sini ayang tidak mandullah. Maka dengan itu insyaallah akan banyak aset-aset agama akan lahir dari perut ayang. 9 bulan penderitaan ayang setiap kali mengusung mereka, akan terbayar di akhirat kelak. Anak-anak ini akan mendoakan kebahagiaan kita kelak di sana.

6. Anak dara.
7. Dari keturunan yg baik.
8. Bukan dari keluarga terdekat

Tuesday, November 22, 2011

Spaghetti for Dinner

Last Saturday memang satu hari suntuk tak ada di rumah. Pagi-pagi dah keluar bawak adik daftar semula di kampusnya, kelas dah nak mula semula. Then tolong dia cari rumah sewa. Lepas selesai semuanya kami pun pergi jusco untuk lunch. Sebelum ke Jusco sempat singgah ke Kamdar untuk beli kain nak buat tilam dan bantal baby. Hari tu dah beli tapi tak cukup untuk sarungnya.


Pilih punya pilih...ni la pilihannya...

Lepas beli kain, terus ke Jusco...Lunch. Lepas perut dah kenyang shopping barang baby sikit lagi. Just complete kan mana yang tak complete lagi. Shopping punya shopping terfikir menu untuk makan malam nanti memandangkan dari pagi hingga ke petang tiada di rumah. Menu paling simple... Spaghetti. Alang-alang dah di Jusco terus beli bahan untuk buat spaghetti.



Ini la hasilnya setelah siap...

Incek suami pun tolong saya masak spaghetti ni...hehehe... Rajinkan dia... dia tolong kacau-kacau je. Spaghetti ni sosnya saya buat sendiri. Tak guna sos Prego tu...Bawah ni ada resipinya.

Bahan-bahan :
1 tin tomato puree
1 packet daging kisar (ayam / lembu)
1 tin cendawan butang
1 ulas bawang besar didadu
2 ulas bawang putih didadu
bebola daging (ayam / lembu)
sayuran (carrot / jagung kecik / atau apa-apa sahaja...ikut selera masing2)
Cheddar cheese
Sedikit cili kisar (terpulang kalau nak rasa pedas-pedas sikit)
Sedikit garam
Spaghetti

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih
2. Masukan daging kisar...gaulkan daging kisar sehingga masak rata. (pastikan daging kisar tersebut dinyah beku terlebih dahulu.)
3. Masukan tamoto puree dan sedikit cili kisar bagi yang mahu kan sedikit pedas. Tambah kan sedikit air jika sos terlalu pekat.
4. Masukan bebola daging, cendawan dan sayuran...kacau rata. Masukan sedikit garam.
5. Last sekali masukan cheddar cheese. Saya selalu beli cheddar yang slices tu (kraft single or brand apa-apa sahaja). Masukan 1-2 keping. Kalau mahu lebih rasa cheesy tambah la lagi.
6. Sambil masak sos...boleh rebus spaghetti. Tambahkan sedikit garam dalam air rebusan.

(p/s : sukatan untuk bahan-bahan sos, saya tak ada yang specific...main campak-campak sahaja ikut jumlah orang yang mahu makan. Kadang-kadang daging kisar tu tak guna habis pun...)

Selamat mencuba...





Friday, November 18, 2011

The Hidhir's

Wherever I go...
Whatever I do...
If people knew my name... They always ask me...
*
*
*
"Ni adik Afiq ye..???"

or

"Ni anak arwah Datuk Hidhir ye...??"

Not my intention to show off...
But one thing I wanted to say is...
*
*
*
*
*
I AM PROUD TO BE THE HIDHIR'S DAUGTHER...
AND I AM PROUD TO BE THE HIDHIR'S

Not because of who is my father was before...
But because... There was something good that my father did in his life and career...

Orang baik apabila matinya dia...akan meninggalkan nama...
Itu yang saya sangat pasti...
Nobody knows my father as close as his family....
*
*
*
*
*
Ayah saya bukan seorang Perdana Menteri yang satu Malaysia kenal...
Ayah saya bukan artis popular yang satu Malaysia kenal...
Ayah saya bukan selalu keluar televisyen atau surat khabar...
Ayah saya cuma seorang wakil rakyat di DUN yang belum pasti satu Malaysia tahu...

Tapi...
Saya cuma tahu...
Ada sesuatu tentang ayah saya yang membuat orang mengenali Hidhir's walau ke mana kami pergi...
*
*
*
*
*
Al-Fatihah...~

Friday, November 11, 2011

Baby's Heart Beat...

Perut Mak Buyung ni dah semakin membesar...
Maknanya baby kat dalam perut dah semakin membesar...
Perut dah semakin kedepan...langkah pun semakin perlahan...
Heheheh....

Baby pun semakin aktif... Sakit perut mamanya kadang-kadang...
Setiap hari mama pasti dengar degupan jantung baby...
Nak pastikan baby sihat...
Mama pun dah mula kira pergerakan baby...
Satu hari mesti baby kena bergerak 10x dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

Thanks to this gadjet... Dengan alat ni mama boleh dengar jantung dan pergerakan baby setiap hari...
Sangat seronok dan setiapkali itu la mama akan tersenyum sambil dengar baby kat dalam perut. Sebab mama cuba membayangkan apa yang baby tengah buat kat dalam tu...hehehehe...


Summer infant : Heart-to-heart Prenatal Listening System

Monitoring your baby's heart beat

Benda ni ada dua earphone...maknanya mama dengan babah boleh dengar baby punya heartbeart serentak. Tak payah berebut-rebut... Hehehehe...
Tapi untuk kandungan 21 minggu ke atas baru boleh dengar dengan jelas bunyi jantung baby...

Mama beli benda ni secara online dekat website ni...



p/s : seronok dengar baby punya heartbeat...laju...macam dengar kuda tengah berlari... :D



Thursday, November 10, 2011

Penyembelihan Qurban Tak boleh Di tempat Awam...???

Rasa terpanggil untuk menulis apabila terbaca keraratan berita dalam akhbar Kosmo bertarikh 10 November 2011 yang bertajuk "Rundingan Jelaskan Ibadah Qurban"
Setelah puluhan tahun mungkin ratusan tahun ibadah qurban dilakukan ditempat-tempat awam di Malaysia yang agama rasminya agama Islam, kenapa masih ada pihak mahu mempertikaikan ibadah tersebut..???

Kenyataan NGO tersebut yang mahu ibadah Qurban tidak dilakukan di tempat-tempat awam bagi mengelakkan menyinggung sensitiviti agama lain, adalah satu perkara yang tak boleh diterima.

Persoalannya :
"Apakah selepas ini umat Islam tidak bebas melakukan ibadah Qurban...???"

"Di mana hak umat Islam di dalam negara Islam yang sudah tentu agama rasminya Islam (sekiranya kita tunduk kepada kenyataan NGO tersebut)??"

Banyak lagi persoalannya yang akan timbul sebenarnya. Inilah akhir zaman apabila agama lain telah mula bangkit dan mempersoalkan agama Islam dan berani bangkit secara terang-terangan...~

Wednesday, November 9, 2011

Baby Feeding Gift Set

A thousand thanks to my SIL Kak Rubi...
For the Baby Feeding Gift Set by Babisil...
*totally BPA free*





Hehehe...list untuk bottle dah boleh delete dah... :)
Thanks again Kak Rubi...



p/s : MakSu Mayam nak belanja baby punya play gym plak...ehehehehe....tapi tunggu baby keluar dulu la...~

Wednesday, November 2, 2011

Please have a visit

Lately ni rasa macam facebook amatlah memboringkan

Dah lama ada tumblr ni...tapi just mls nak update and reblog...

If u got time just have a visit


same je macam saya punya blog adress...hehehehe...

Enjoy the visit peeps...!!!

Monday, October 31, 2011

Bahagianya




Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila suamimu memuji masakanmu...~
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Senyum sampai ke telinga.. *big grin*




Distance




Suami : Bulan depan Aman kena kerja di Shah Alam...
Isteri : Hmmm...kenapa Tuhan tak pernah mahu kita hidup bersama...?? :(
Suami : Mungkin ada hikmah...
Isteri : Tapi sampai bila :(
Suami : Entah lah...Tuhan sahaja yang tahu...
Isteri : Saya mahu berhenti kerja dan ikut awak. Boleh tak?
Suami : Mana kita mampu. Gaji Aman seorang tak cukup...Tabah la sayang... Dugaan hidup...







p/s : Aku mahu sentiasa dekat denganmu... Agar aku tahu keperluan kamu terjaga... Makan minummu lengkap... Kesihatanmu terjaga... Aku mahu menjadi orang yang menyambutmu di muka pintu setiap kali kamu pulang dari kerja... Tuhan...Tolonglah benarkan semua ini berlaku... 

Friday, October 28, 2011

Happy Birthday Mama 2011

Today is 28 October 2011...
Today is my mom birthday...

Tapi...kelainan terasa untuk tahun ini... Tak seperti tahun lepas....

Buat mamaku...
Selamat Ulang Tahun Kelahiran...
Ulang tahun kali ini ada kelainannya...

Sangat terasa kelainannya...
Ulang tahun kelahiranmu di Tanah Suci Mekah...
Tiada lagi suapan kek dari ayahanda...

Mama...
Kaabah adalah hadiah terbaik untukmu...
Semoga mama tenang menunaikan ibadah...
Berdoalah...agar tiada lagi kesedihan yang bersarang di hati...

Anak-anakmu di sini mendoakan kesejahteraanmu...
Menantikan kepulanganmu...
Mengharapkan ketenangan menggantikan kesedihan di hatimu...

Pulanglah dengan senyuman...
Pulanglah dengan wajah yang tenang...
Anak-anakmu di sini menanti...

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN


Photo courtesy : My big bro; live from Makkah



p/s : begitu mereka hampir dengan Kaabah...Subhanallah...

Thursday, October 27, 2011

Deepavali Excitement + Baby's stuff

Yesterday was Deepavali Day... And I want to wish Happy Deepavali to my officemate and my ex-officemate :

Shalini and Nalini

Their name just look alikes... Kadang-kadang saya pun tersasul panggil Shalini dengan nama Nalini.. Shalini is my officemate...and Nalini used to be my officemate...


Okeyh...habis cerita pasal Deepavali and my Indian friends...

So...semalam cuti sempena Deepavali and Jusco tengah ada SALE...Incek Suami pun ada di rumah... Ajak la dia pergi Jusco tengok-tengok baby's stuff...
Ingat nak tengok-tengok saja. Tapi terbeli jugak. Hehehee...
Tak banyak pun yang dibeli. Cuma beli yang penting-penting sahaja.
Beli sikit-sikit.
Takut jugak nak beli banyak-banyak...sebab kita tak tahu apa yang akan jadi dimasa akan datang. Harap-harap baby dan mamanya sihat sampai ke due date. And also sehingga lepas bersalin...

Masa shopping tu tengok Incek Suami macam blur-blur and tersipu-sipu...ehehehe...
Almaklumla...anak pertama...
Nasib la Mamanya dah ada checklist and dah bertanya pada teman-teman yang dah ada pengalaman.
Bukan macam yang sebelum ni, pergi dekat baby's department kat Parkson; Mama tengok Babah, Babah pun tengok Mama...dua-dua pun blur tak tahu nak mulakan...
Last-last tak beli apa pun... :D

Bila dah bawak balik barang-barang untuk si kecil ni...rasa macam excited gila...
Semoga anak Mama dan Babah membesar dengan sihat dan kuat kat "dalam" tu...
Bila tiba waktunya... Mama dan Babah akan sambut baby dengan gembira... :)



p/s : Konpius nak nak ambil kaler pink ke tak...sebab bile Incek Suami kata macam ni "confirm ke baby girl...". Walaupun masa scan nampak girl.... ;p

Tuesday, October 25, 2011

Perempuan...Perempuan...Perempuan

Mungkin ada yang tak berapa suka or senang dengan entry ni...
Tapi...saya nak tulis jugak...

"Wa dah lama bengang dan sabar dengan lu la Minah...Lu ni kan perempuan paling hipokrit wa pernah jumpa. Lu ni hidup memang suka berpura-pura ke...?? Lu dengan akak lu sama saja...Tiada bezanya... Bila depan lu wa pun terpaksa jadi hipokrit jugak...bleerrgghh...benda yang paling wa tak suka buat... Tapi sorry la lately ni memang wa dah tak boleh tahan dengan kehipokritan lu...sampai wa pun dah malas nak hipokrit depan lu. Kalau wa tak suka lu...wa memang tak suka lu. Wa tak kacau hidup and kerja lu... so, lu pun jangan kacau hidup and kerja wa..."

Sekian, terima kasih

Wednesday, October 19, 2011

Khabar dari Madinah Part II






Hari ni selepas Zohor waktu di Madinah mereka akan berangkat ke Mekah...
*
*
*
Semoga selamat semuanya...








Monday, October 17, 2011

Yang Dikasihi dan Yang Dirindui

Rasa macam hidup ni tak lengkap tanpa mereka ni...

Mama - It's been a week after keberangkatan Mama ke Tanah Suci. Tapi rindunya sudah tak tertanggung lagi. Terasa lama sangat nak tunggu tarikh kepulangan mereka ke Tanah Air. Harap-harap Mama dan Along sihat-sihat sahaja di sana.
Rindu betul nak makan lauk yang Mama masak. Rindu betul nak cium Mama pagi-pagi sebelum pergi kerja.

I am just like a kitten lost their mother... Rindu Mama


Incek Suami - Last weekend adalah weekend yang paling singkat saya bersama suami. Tahu-tahu je hari ni dah hari Isnin. Its mean hari untuk kami jauh-jauh. Dan selama lima hari ni la kami tak akan berjumpa. Dan setiap kali itu hari Jumaat adalah hari yang paling dinanti. Tapi selalunya hari-hari yang berlalu sangat lambat. Everytime terkenangkan Incek Suami pasti saya akan beli aiskrim. Eat ice cream make me feel so close to him. Sebab kami selalu habiskan masa makan aiskrim dalam kereta sama-sama.



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Mereka berdua ini adalah orang terpenting dalam hidup saya...
Mereka berdua inilah orang yang paling saya kasihi...



p/s : rumah sunyi tanpa Mama dan Along menyebabkan saya selalu terkenangkan ayah...Al-Fatihah

Saturday, October 15, 2011

Kisah Pak Buyung

Incek suami yang hanya dijumpai hanya pada hujung minggu selalu menjadi mangsa keadaan oleh Mak Buyung...Bila ingat-ingat balik kesian Pak Buyung... ;p

Dan perkara-perkara tu semua buat saya rindu lebih kat incek suami bila dia tak ada...

Selalu terjaga dengan mengejut bila saya kejut dengan mengejut bila kaki saya cramped di pagi hari or ditengah malam hari...hehehehe... 
(p/s : bila awak tak ada...cian saya sorang-sorang bila kaki cramp)

Incek suami la orang yang akan selalu menyarungkan stokin sebelum saya tidur. Dan dialah orang yang akan memastikan kaki saya ditinggikan. Dan bila tengah malam kaki saya dah jatuh dari bantal, dialah orang yang akan bangun dan naikan semula kaki saya atas bantal.
(p/s : bila awak tak ada...setiap kali saya sarung stokin mesti teringat awak...)

Bila incek suami ajak teman dia tengok TV...saya teman dia dengan mata tertutup...(tidur la tu)
(p/s : Malam tadi teman awak sambil tidur sambil peluk kaki awak...sebab dah rindu sangat)


Bila incek suami kena pergi, semua tu buat saya rindu sangat dekat dia... Cuma BBM dan call yang jadi penghubung kami...
And one thing for sure the distance make our love stronger...

Friday, October 14, 2011

Selagi Tak Puas Hati






Asyik mengubahsuai blog... Selagi tak puas hati la katakan... ada saja benda yang hendak ditukar, dibuang dan ditambah.
Lagi-lagi bila memang dah tak ada kerja kat pejabat. Haaiihh...~





Thursday, October 13, 2011

Khabar dari Madinah

Terima kasih kepada teknologi...!!!


Dengan adanya Blackberry saya boleh berkomunikasi dengan abang saya yang kini berada di Madinah menerusi BBM... :D

Bunda tercinta...~

Rinduuuuuuu nyeeeee....~

Ni Maklong saya...

Ni Makteh & Pakteh saya...

Semoga semuanya sihat & baik2 saja di sana...amin

Inilah my big bro...hehehe...bonzer kami tauuu...!!!



Semoga mereka semua selamat, sihat dan baik-baik sahaja di sana...
Minggu depan baru mereka semua berangkat ke Mekah...

Mereka di sana lewat 5-6 jam waktu Malaysia...

Wednesday, October 12, 2011

Sekitar keberangkatan Ibunda ke Tanah Suci






saya nmpak sedikit tembam di situ...huhuhuhu...~

Nenek + Mama


Maklong + Mama = Mereka ini Tetamu Allah

 



Selamat menunaikan Ibadah Haji

Buat ibunda dan kakanda tersayang....
Selamat menunaikan Ibadah Haji...Rukun Islam yang ke-5

Alhamdulillah...Allah memakbulkan doamu bundaku...juga doa anak-anakmu ini yang sangat mengharapkan bunda dapat menunaikan Ibdah Haji pada tahun ini...
Walaupun pemergianmu tanpa ayahanda...namun kami tahu...ayah sentiasa ada bersama denganmu...

Kakandaku...pemergianmu menggantikan ayahanda ke Tanah Suci yang telah dirancang sejak setahun yang lalu...
Jagalah bunda dengan baik di sana...kamu memikul tanggungjawab yang besar sebagai muhrim ibunda kita...

Kami di sini mendoakan kesejahteraan ibunda dan kekanda sepanjang menunaikan ibadah di sana...
Tak perlu risau tentang kami di sini....semuanya baik-baik sahaja... Insyaallah...

Buat kakandaku...
Tolong tengok-tengok kan maklong kita juga...selalu lah bersama dengan mereka...

Akhir kata... selamat beribadah kepada kamu semua...
Kamu semua adalah tetamu Allah...
Alhamdulillah....


Selamat pergi dan selamat kembali...~ gonna miss you mama...




p/s : Sungguh lama nak tunggu 25 November 2011

Wednesday, September 28, 2011

Makan-makan Raya R&DCIC

Tarikh : 23 September 2011

Menu : Satey, mee hoon sup, ketupat, rendang, kueh mueh bagai...

Tempat : Office R&DCIC
 
Masa ni makanan baru sampai...

Mari menjamu selera...~

Sessi mentapau makanan... 


Sessi bergambar bersama boss...~

Monday, September 26, 2011

Journey as a Preggy Woman

IT IS A WONDERFUL EXPERIENCE...!!!


From the phrase...apa lagi yang saya boleh explainkan... Rasanya semuanya dah jelas... Hehehe... Especially for the first-time-mama like me...

The-unexplained-feeling ni lagi la menjadi-jadi bila saya dah mula rasa this little baby in my little tummy dah mula gerak-gerak... Kicking and rolling... So active. Rasa macam dia main bola pulak kat dalam tu. Mungkin ikut babah dia kot... Hehehe...
Everytime  I look at my tummy, it's getting bigger and bigger I know my baby is growing up. Membesar sihat dan kuat...!!! 

And the most important thing is... I have a WONDERFUL HUSBAND also. Walaupun kami hanya berjumpa hujung minggu sahaja tapi dia layan saya macam princess... I know he loves both of us.

Thanks sayang for being such a nice and wonderful husband and daddy-to-be. I believe you'll be a great father to our baby. I LOVE YOU so much... Awak buat saya rindu awak setiap masa... ~




p/s : can't wait to see the baby... semoga dipermudahkan segalanya...

Wednesday, September 14, 2011

Hari Raya + Birthday

Aidilfitri tahun ini sangat berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya. Begitu juga dengan Ramadhan yang telah berlalu. Sekelip mata sahaja kehidupan kita boleh berubah. Dalam kesedihan menyambut Aidilfitri tanpa orang tersayang... ada juga kegembiraanya. Namun dalam kegembiraan tersebut tak pernak kami lupakan ayah.

Berbezanya Aidilfitri kali ini... aku menyambutnya dengan status isteri. Buat pertama kalinya. Sungguh teruja bila mahu menyiapkan persiapan raya, lebih-lebih lagi apabila bukan saja untuk diri sendiri, tapi untuk suami juga. Semuanya mahu sedondon... hehehe... :)


Bersama suamiku...masih mampu sembunyikan perut...ehehehe...

Selain menyambut Aidilfitri... aku juga menyambut birthday dalam bulan Syawal ni. Sekali lagi sambutan yang berbeza... ;p Incek suami telah datang ke office ku dengan membawa kek coklat... hehehe... terbaik... !!! Saya sayang kamu...


birthday cake from incek suami... tapi ade kesalahan ejaan di situ...





sessi memotong kek... terima kasih incek suami...
 


p/s : will love you till the end of my life...

Friday, August 19, 2011

Air mata






Setiap kali saya menulis blog, pasti air mata saya bergenang...








Maafkan Mama Nak...

Ya Tuhanku...
Dugaan apa yang Kau berikan pada aku di Bulan Ramadhan kali ini... Terasa hilangnya nikmat Ramadhan tak seperti Ramadhan yang sudah-sudah.
Ramadhan kali ini kesihatan ku tak seperti selalu... Tapi ku gagahkan jua. Demi anak ini. Sepanjang Ramadhan ini aku mengalami batuk yang teruk.
Keadaan menjadi lebih teruk bila aku bangun pagi tadi dan terbatuk. Terasa seluruh badan sakit termasuk dibahagian bawah perut. Terus ku terfikirkan anak ini.

Bagaimana keadaan dia di dalam...?? Maafkan mama nak... Mama tak mintak keadaan macam ni. Tabahlah anakku... Kau perlu tabah agar bila besar nanti kau boleh jaga mama.

Keadaan yang seperti ini menyukarkan aku melakukan kerja harian termasuk memandu ketempat kerja. Kerana setiap kali aku terbatuk di dalam kereta, aku takut tertekan minyak lebih dan berlanggar dengan kereta hadapan. Nauzubillah...mintak dijauhkan...

Ya Tuhanku...
Berikanlah aku ketabahan...kekuatan untuk aku mengharungi proses kehamilan ini. Berikanlah aku kesihatan yang baik agar dapat aku besarkan anak ini dengan sempurna. Hanya Engkau yang Maha Mendengar....



p/s : perlukan orang-orang disekeliling...

Tuesday, August 9, 2011

Time is Priceless...~

To realize
The value of a sister/brother
Ask someone
Who doesn't have one.

 
To realize
The value of ten years:
Ask a newly
Divorced couple.

 
To realize
The value of four years:
Ask a graduate.

 
To realize
The value of one year:
Ask a student who
Has failed a final exam.

 
To realize
The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a stillborn.

 

To realize
The value of one month:
Ask a mother
Who has given birth to a premature baby..

 
To realize
The value of one minute:
Ask a person
Who has missed the train, bus or plane.

 

To realize
The value of one-second:
Ask a person
Who has survived an accident.

 
Time waits for no one.
Treasure every moment you have.
You will treasure it even more when
You can share it with someone special.

 
To realize the value of a friend or family member:
LOSE ONE.


Remember....
Hold on tight to the ones you love!



Thursday, August 4, 2011

Buat Suamiku...

Suamiku...

Terima kasih kerana mampu bertahan dengan segala perubahan emosiku
sepanjang tempoh kehamilan ini...
Terima kasih kerana menjadi suami yang sabar...
Terima kasih kerana berjaga malam semata-mata menemaniku yang tak boleh tidur...
Terima kasih kerana selalu menggosok perut dan belakangku
pada ketika keadaanku tidak selesa...
Terima kasih kerana memenuhi segala permintaanku....
Aku telah banyak menyusahkan kamu..
Tetapi kamu tetap sabar...

Suamiku...

Segala pengorbananmu itu tak mampu untuk aku membalas...
melainkan melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna untuk kamu...
dan membuat kamu gembira...

Suamiku...

Ampunkan segala kesalahanku...
Aku telah banyak menyusahkan kamu...
Terima kasih wahai suamiku...
kerana telah menyediakan segala keperluan untuk aku dan anak ini...
Semoga anak yang bakal lahir ini menjadi anak yang soleh dan mentaati kamu...




p/s : I love you...

Thursday, June 2, 2011

Macaroon...???

Apa yang istimewanya dengan benda alah ni...??
well..i tired it once... and my mom said... "sedap jugak...belajar la buat.."

Mahal boleh tahan...!!!
Then i searched for the resipi... indeed...
Memang susah nak buat... patutlah mahal sangat...!!!









p/s : saya telah merialisasikan impian adek saya nak makan benda alah ni...beli jeee....