Saturday, December 11, 2010

Kau + Aku = KITA

Sembilan tahun dulu aku paling tak suka dia... Dia adalah di antara classmate aku... Sudahlah datang ke sekolah dengan pakaian yang selekeh. Datang ke kelas pagi-pagi dah tidur dengan beg sekolah coklat dia tu. Empuk katanya. Entah kenapa aku paling tak suka tengok dia...
Orang kata; jangan terlalu membenci..kelak orang itu yang akan paling kita sayang
Okeyh... I think that quote memang jadi pada aku. Macam dah terkena sumpahan pulak. Hehehe...

Sebelum ke sekolah teknik aku adalah pelajar dari aliran agama... Jadinya kelas aku semuanya murid perempuan. Bila ke teknik aku rasa kekok sikit nk bercakap dengan lelaki. Tapi... Entah macam mana aku mula bercakap dengan dia ni. He is a nice person...!!! Dulu aku bendahari kelas. Memang mata duitan. Setiap hari aku akan mengutip duit kelas. So dari situ aku start bercakap dengan lelaki dalam kelas aku. 
Memandangkan aku adalah bendahari, setiap hari aku jadi along. Kutip duit kat budak-budak yang liat bayar duit kelas. Agaknya dia rimas kot aku hari-hari jadi along dalam kelas. So...dia lah orang pertama yang langsaikan duit kelas sampai hujung tahun. Bagus dia ni. Mungkin dari situ aku dah start rapat dengan dia. 

Dia banyak tolong aku dalam kelas. Espacially dalam subjek matematik dan lukisan kejuruteraan.. We are getting closer and closer. Sampai satu kelas ingat kami bercinta. Tapi entah macam mana aku rasa macam dia adalah jodoh aku... So silly kan...masa sekolah lagi dah fikir macam tu. Tapi serius... itu yang aku fikir. Ada something yang buat aku rasa satu hari pasti aku dengan dia.

Lepas tamat sekolah kami buat hal masing-masing... Dia ke sana... Aku ke sini... Kami lost contact. Rindunya tak payah cakap lah. Masing-masing further study... Entah macam mana aku dapat handphone number dia. Masa tu aku di Kuantan. Once in a while ada la jugak aku call and text dia. Aku pelik...walaupun dah tinggal kan sekolah 2-3 tahun. Tapi rasanya yang sama tetap ada dalam hati aku. Begitu lama aku simpan rasa tu. Nak di luahkan takut termalu sendiri. Jadi aku hanya mendiamkan diri. 

Aku percaya pada jodoh. Tahun akhir diploma... Kami dah mula rapat balik. Orang kata; kalau kita sayangkan dia...kita biarkan dia pergi..kalau dia balik pada kita...itulah jodoh kita... 
Again... that quote memang kena dengan aku... Again... Rasa macam terkena sumpahan... Tapi ni sumpahan best lah...hehehe...

Aku percaya pada jodoh...Allah mengizinkan semua ini berlaku. Tanggal 9 Mei 2010 aku mengikat tali pertunangan dengan dia. Dia..orang yang pernah aku benci 9 tahun dulu kerana berpakaian selekeh dan suka tidur dalam kelas... Alhamdulillah...rasa aku itu benar... 
Dan tak lama lagi...kami akan disatukan dengan ijab dan qabul. It is like a fairy tale to me....
Rasa aku itu memang benar... Dan Allah membenarkan itu semua berlaku...


No comments:

Post a Comment