Wednesday, December 22, 2010

Dia dan Saya..Kami Berbeza

Saya : suka bercakap
Dia : lebih suka diam dan dengar

Kadang-kadang saya sampai kering idea nak cakap apa... Kadang-kadang sampai keluar cerita yang entah apa-apa entah... Saya takut dia bosan dengar saya bercakap tak berhenti-henti...
Bila saya diam, dia akan cakap macam ni "kenapa diam yang...cakap la"
Saya senyum... Saya tau, dia sebenarnya suka dengar saya bercakap... :)

Saya : suka texting panjang-panjang
Dia : suka reply pendek-pendek

Bila SMS saya hantar kat dia punya la panjang berjela-jela... Tapi dia reply pendek-pendek je...
Kadang-kadang rasa macam tak ada idea dah nak cerita pasal apa... Dalam kepala dah terfikir mungkin dia sibuk kot... Jadi... Malas nak ganggu...
Tapi bila saya tak text dia satu hari suntuk, tiba-tiba dia akan text saya macam ni "belagak"
Saya senyum depan handphone... Saya tau, sebenarnya dia sentiasa tunggu SMS dari saya... :)

Saya : suka high heel
Dia : suka sneakers

Nike, Reebok, Gallas, Everlast,... Ni semua yang dia belikan untuk saya... Dah nak penuh dah almari saya dengan sneakers... Baru je menambah koleksi few weeks ago... Reebok... high heel...?? dah tak nampak batang hidung dah...heheheh...
Saya tetap senyum... saya tau, dia nak saya selesa bila berjalan dengan dia... :)

No comments:

Post a Comment