Monday, November 8, 2010

Cooking obsession

Aku suka makan...hehehe...nampak je kurus dan kering begini tapi nafsu makan tak penah kering. Aku suka masak makanan yang aku suka makan. Instead of beli kat luar dengan harga yang mahal baik masak sendiri kan. Contohnya macam spagetti...haaaa...aku suka betul dengan masakan Itali yang satu ni. So...setiap kali rasa nak makan, aku masak sendiri. Jimat...!! boleh makan banyak..!! Cuma kadang-kadang bila malas nak masak tu aku makan jugak kat luar... ;p

Selain tu aku suka baking... Cupcake paling aku suka buat. Best dan seronok. Cuma sekarang dah tak buat lagi sebab oven aku dh rosak. Kalau nak buat jugak kena la guna oven manual kat dapur tu. Aku suka buat cookies juga..coklat cookies. *drooling* 
Pendek kata...aku suka cuba semua benda yang sedap dan menarik. Recently aku telah berjaya buat homemade coklat...mama aku cakap sedap. Mula-mula letak raisin...sebab masa tu cari badam tak jumpa-jumpa. 

Ni la dia coklat homemade buatan saya
Ni la coklat homamade aku. Kalau ada siapa-siapa nak order untuk buat gift, boleh la order..hehehe...harga boleh runding...

Hari tu ada terfikir nak buat muffin...Green apple muffin...huhuhu tapi macam tak terbuat lagi..sebab sekarang ni tiba-tiba je aku nak buat waffle. Tapi waffle maker tak ada.  Aku memang suka makan waffle..Lagi-lagi yang di sapu coklat...*drooling again*

Aku akan pastikan aku memiliki waffle maker tak lama lagi...!!! Jadi...Aku boleh makan waffle bila-bila masa aku suka...Mesti sedap bila disapu dengan Nutella...*nyum..nyum*
Boleh buat sarapan dan minum petang...!!! Tak sabar nyaaaaaaa....!!!

p/s : bercita-cita nak bukak confectionary shop...ada jual cookies, coklat, cupcake, n sweets...

No comments:

Post a Comment