Thursday, October 7, 2010

Pulangkan ayahanda saya

Luahan hati dari seorang anak yang terpaksa berkongsi ayah dengan masayarakat

Jika sekiranya anda membaca text ini dan mengenali keluarga kami, saya berharap anda boleh memulangkan kembali ayahanda saya ke pangkuan keluarganya.

Kepada masyarakat di luar sana, jangan anda fikir anda sahaja yang mempunyai keluarga. Jangan anda fikir anda seorang sahaja yang mahu menghabiskan masa anda bersama keluarga dan anak-anak. Jangan anda fikir anda sahaja yang mahu membawa keluarga anda pergi bercuti.
Saya hanya mempunyai seorang sahaja ayah. Dulu kami sekeluarga mempunyai banyak masa bersama. Tetapi kini masyarakat telah mengambil ayah saya dari pangkuan keluarganya. 
Tak cukup-cukupkah dia telah berkhidmat kepada anda semua dari jam 9 pagi hingga 6 petang?
Kenapa mahu mengambil masa dia sehingga 24 jam..?? Tak pernahkan anda terfikir tentang keluarga dia? Isteri dan anak-anaknya yang lebih memerlukannya di rumah? 
Tak sedarkah anda bahawa ayah saya juga mempunyai keluarga, isteri dan anak-anak. Tak terfikirkah anda ayah saya juga mahu menghabiskan masa bersama kami? Seperti anda semua?

Kenapa waktu malamnya mahu diambil juga..?? Kenapa hujung minggunya mahu dipenuhkan juga? Masa untuk kami bersama di mana...??
Saya mengerti tanggungjawab ayah saya. Kerana dia telah memilih haluan kerjaya seperti ini. Tapi kenapa dia tak pernah diberi kehidupan seperti orang lain.
Ayah saya masih mempunyai isteri dan anak-anak sekiranya anda semua terlupakan itu.

Saya sedih bila lihat ayah pulang dengan penat, kemudian di sebelah malam terkejar-kejar memenuhi pelbagai majlis. Saya sedih bila terkadang kesihatan ayah tidak menentu. Saya sedih bila ayah terpaksa membatalkan janji dengan anak-anaknya semata-mata mahu memenuhi kehendak masyarakat.

Masyarakat sekalian...anda sungguh kejam.!! Bila undangan tidak dipenuhi pelabagai cemuhan dilempar. Bila kehendak lambat ditunaikan pelbagai fitnah ditabur...

Masyarakat sekalian...pernahkah anda melihat cara ayah saya bekerja...?? Sekiranya anda tahu dan sedar, saya jamin anda tidak akan mampu menggalas beban tanggungjawab yang sedang ayah saya pikul sekarang ini. 
Tanyalah kami anak-anak ini berapa tahun sekali kami sekeluarga dapat bercuti bersama? Sila faham soalan itu...berapa tahun sekali...bukan berapa kali setahun...

Semuanya kerana anda semua wahai masyarakat...!!

Saya hanya meminta anda memahami tugas ayah...janganlah ambil dia dari kami. Dia masih ada keluarga, isteri dan anak-anak seperti anda semua...

p/s : Rindukan kehidupan dahulu...

4 comments:

  1. yayayaya...tp sbnr nye malas je nk menulis...hahaha...

    ReplyDelete
  2. sedihnyer... jgn riasu ayahanda anda seorang yg bertanggungjawab... inilah pengorbanannyer untuk masyrakat agama dan bangsa..insyAllah di sana nanti anda sekelurga akan bersama kembali..

    ReplyDelete
  3. but now...no 1 can return back my father...

    ReplyDelete