Friday, October 29, 2010

Happy birthday mama

Patutnya nak tulis entry ni semalam sebab semalam la birthday mama aku. Tapi...there were lots of things to do lah..tak sempat.

Setiap tahun aku tak pernah lupa birthday mama, tapi macam mana entah semalam aku boleh terlupa...deeyyy...apa punya anak la ni...huhuhu..adik aku pun sama jugak boleh terlupa...hahaha...Hanya tersedar bila adik aku bukak facebook then tertengok abang aku punya post. Cepat-cepat aku tengok kalender.

"A'ah laaah...hari 28 Oktober...hari jadi mama..."

Alamak..macam mana aku boleh lupa...!!! Kebetulan masa tu mama aku keluar pergi rumah nenek. So...aku pun berkira-kira nak pergi Jusco beli kek. Sudah la dengan tak mandinya lagi. Aku terus ambil handphone text incek tunang about the incident. Aku ajak dia peri Jusco teman beli kek. Tapi dia kata tak payah, nanti dia pergi beli dan hantarkan ke rumah sebab tengahari tu dia mahu ke Johor. Yeaayy...!!! Selesai masalah aku...hehehe..the very much thank you incek sayang...Love you lah...But hey...!! I love mama more... hehehe...

Tarraaaaa...Kek Mocha Wallnut for my mama



After the cake was delivered...aku simpan la dalam peti sejuk. Tapi mama balik dia tak tanya apa-apa pun pasal kek tu.

Malamnya pulak mama nak bertolak ke Sabah. So, aku tunggu semua orang pulang dari kerja for the celebration....Walaupun seorang dari kami tak ade...sedih jugak laaaa...
Mama : Kesian Jaja tak ada...

Hmmmm...Tak apa la mama...Jaja kan tengah exam...Tahun ni saja yangtak cukup satu...
Hihihi...Love them so much...
p/s : bila la ade orang nak beli kan kek untuk hari jadi saya...

Thursday, October 21, 2010

Diskriminasi gadis bertubuh kecil

Dengar tajuk entry ni terasa macam masalah besar pulak kan...Sebenarnya tidak...

But..hye...what's wrong of being petite..?? 
Jangan tengok gadis bertubuh kecil ni tak mempunyai semangat yang besar. Kadang-kadang terasa di diskriminasi kan pulak dalam mencari kerja. 

Apabila saya ditemuduga untuk jawatan jurutera, soalan-soalan yang biasa diajukan kepada saya yang bertubuh kecil ini :
"boleh ke awak duduk kat site ni..? Nak jaga indon-indon & bangla-bangla tu...? awak ni kecik je...awak marah bangla dan indon2 tu pun diorg tak takut"

Patah semangat daku ini...Dalam hati berkata "Sure aku tak dapat kerja ni"

Ok...mungkin saya harus bertukar profesion daripada jurutera kepada tenaga pengajar politeknik ke...IKM ke...mungkin itu lebih sesuai. Selasa yang lepas saya pergi temuduga Pegawai Latihan Vokasional di Sungai Petani...Still the same question they asked me...

"awak ni yakin ke boleh mengajar student IKM..?? comel sangat awak ni..Nanti kene buli dengan student pulak...Silap-silap kita pun tak kenal mana satu tenaga pengajar mana satu student.."

Dah bosan lah dengar pertanyaan-pertanyaan macam ni...Habis tu kerja yang macam mana yang sesuai dengan gadis bertubuh kecil macam saya ni...??
Jadi kerani je..?? 
Cuba anda bagi cadangan kat saya ni jawatan apa lagi yang sesuai dengan saya ni...Tolonglah jangan mendiskriminasikan gadis bertubuh kecil macam saya ni. Saya percaya ramai lagi kat luar sana tu mengalami masalah macam saya ni. 

Kecil-kecil cili padi...don't under estimate our capability la weh...ingat kami kecik kami tak mampu ke nak buat kerja seperti jurutera dan tenaga pengajar ni..??
Tak kan la saiz tubuh badan adalah kriteria untuk menjawat jawatan macam tu...Kalau tu la yang menjadi kriterianya lain kali letak dalam syarat-syarat pada iklan jawatan kosong tersebut. Ketinggian, berat badan dan sebagai nya...kan senang...!!

p/s : Terasa macam dah malas nak pergi temuduga lagi...

Friday, October 15, 2010

I Love

I Love :





1. The smell of fresh roses...hmmm...so refreshing...


2. Island & beach
3. Sunset by the beach


p/s : really need a vacation

Monday, October 11, 2010

Terima kasih

Dalam hidup ni kadang-kadang kita saling bergantung antara satu sama lain...undeniable...


Tak kisah la tu kan. Memang hidup ni saling memerlukan. Saling tolong menolong. Tapi kadang-kadang kita tak sedar kita terlupa untuk mengucap terima kasih. Walaupun pertolongan tu tak sebesar mana. Tapi ucapan terima kasih tu besar maknanya bagi orang yang memberikan pertolongan tersebut. Rasa diri lebih di hargai. Bukanlah mengharapkan sangat dengan ucapan terima kasih tu. Tapi atas rasa tanggungjawab dan budi bahasa.


Bukan kena bayar pun kalau ucap terima kasih...


Apabila orang meminta pertolongan pada kita, pasti sedaya upaya kita ingin memenuhi. Tak mahu mengecewakan...sedaya habis...
Sebaiknya janganlah kita terlalu mengharap orang tu dapat menolong kita walaupun kita meminta. 


 Kita manusia, tak lari dari kesilapan. Kadang-kadang tak dapat nak memenuhi pertolongan samada dengan sengaja atau tidak. Tak perlulah la nak marah pada orang yang tak dapat nak menolong kita tu. Mungkin dia juga adalah masalah dia sendiri.  Walaupun pada awalnya dia menyatakan kesanggupan untuk menolong.


Dalam bahasa yang kasar sikit mungkin saya boleh tulis begini :

"kau dah la mintak tolong dengan orang. Lepas tu kau nak marah-marah dia pulak. Dah la tak cakap terima kasih."

Tak kisah la di antara kawan-kawan ke, mak dengan anak ke, suami dengan isteri ke, antara adik beradik ke...


p/s : tak semua permintaan dapat dipenuhi, dan tak mengharapkan pun ucapan terima kasih...

Thursday, October 7, 2010

Pulangkan ayahanda saya

Luahan hati dari seorang anak yang terpaksa berkongsi ayah dengan masayarakat

Jika sekiranya anda membaca text ini dan mengenali keluarga kami, saya berharap anda boleh memulangkan kembali ayahanda saya ke pangkuan keluarganya.

Kepada masyarakat di luar sana, jangan anda fikir anda sahaja yang mempunyai keluarga. Jangan anda fikir anda seorang sahaja yang mahu menghabiskan masa anda bersama keluarga dan anak-anak. Jangan anda fikir anda sahaja yang mahu membawa keluarga anda pergi bercuti.
Saya hanya mempunyai seorang sahaja ayah. Dulu kami sekeluarga mempunyai banyak masa bersama. Tetapi kini masyarakat telah mengambil ayah saya dari pangkuan keluarganya. 
Tak cukup-cukupkah dia telah berkhidmat kepada anda semua dari jam 9 pagi hingga 6 petang?
Kenapa mahu mengambil masa dia sehingga 24 jam..?? Tak pernahkan anda terfikir tentang keluarga dia? Isteri dan anak-anaknya yang lebih memerlukannya di rumah? 
Tak sedarkah anda bahawa ayah saya juga mempunyai keluarga, isteri dan anak-anak. Tak terfikirkah anda ayah saya juga mahu menghabiskan masa bersama kami? Seperti anda semua?

Kenapa waktu malamnya mahu diambil juga..?? Kenapa hujung minggunya mahu dipenuhkan juga? Masa untuk kami bersama di mana...??
Saya mengerti tanggungjawab ayah saya. Kerana dia telah memilih haluan kerjaya seperti ini. Tapi kenapa dia tak pernah diberi kehidupan seperti orang lain.
Ayah saya masih mempunyai isteri dan anak-anak sekiranya anda semua terlupakan itu.

Saya sedih bila lihat ayah pulang dengan penat, kemudian di sebelah malam terkejar-kejar memenuhi pelbagai majlis. Saya sedih bila terkadang kesihatan ayah tidak menentu. Saya sedih bila ayah terpaksa membatalkan janji dengan anak-anaknya semata-mata mahu memenuhi kehendak masyarakat.

Masyarakat sekalian...anda sungguh kejam.!! Bila undangan tidak dipenuhi pelabagai cemuhan dilempar. Bila kehendak lambat ditunaikan pelbagai fitnah ditabur...

Masyarakat sekalian...pernahkah anda melihat cara ayah saya bekerja...?? Sekiranya anda tahu dan sedar, saya jamin anda tidak akan mampu menggalas beban tanggungjawab yang sedang ayah saya pikul sekarang ini. 
Tanyalah kami anak-anak ini berapa tahun sekali kami sekeluarga dapat bercuti bersama? Sila faham soalan itu...berapa tahun sekali...bukan berapa kali setahun...

Semuanya kerana anda semua wahai masyarakat...!!

Saya hanya meminta anda memahami tugas ayah...janganlah ambil dia dari kami. Dia masih ada keluarga, isteri dan anak-anak seperti anda semua...

p/s : Rindukan kehidupan dahulu...

Sunday, October 3, 2010

10.10.10

Ramai yang tertungu-tunggu tarikh 10.10.10 kan..??

 
Pada pemerhatian saya terlalu ramai yang memilih tarikh untuk melangsungkan majlis pertunangan atau majlis pernikahan. Saya tertanya-tanya di mana keistimewaan tarikh ni..?? mungkin pada susunan angkanya. 

Sekadar pandangan peribadi, kalau saya mahu memilih tarikh pernikahan atau pertunangan saya tidak akan memilih tarikh yang terlalu ramai orang mahukan. Sekiranya saya mahu memilih tarikh untuk peristiwa penting dalam hidup saya pastinya lain dari orang lain. Baru lah saya akan rasa keistimewaannya.

Ibarat anda membeli kain pasang yang coraknya sudah terlalu ramai orang memilih. Kemudian anda datang ke pejabat ternampak rakan pejabat anda juga memakai baju dari kain yang sama. Atau tererampak dengan seseorang yang memakai baju corak yang sama di kenduri kahwin. Mesti anda sudah tidak rasa keistimewaan pada kain baju tersebut. Sedangkan anda berharap baju andalah yang lain dari yang lain.

Walaubagaimana pun mungkin meraka yang memilih tarikh sedemikin ada alasan tersendiri...
Entry ini sekadar pendapat peribadi...

p/s : tarikh sudah dipilih