Sunday, September 5, 2010

Wanita, Kasut & Handbag

Aidilfitri semakin menghampiri kita. Mungkin di antara kita sibuk membeli belah pakaian dan kelengakapan Aidilfitri. Minggu lepas saya dan keluarga membeli belah di sekitar Kuala Lumpur. Sesampai je di pusat membeli belah kami terus pergi ke bahagian kasut wanita. Mungkin sebab kebetulan kami memasuki pintu entrance yang sebelahnya adalah shoes department. Keluarga saya majoritinya adalah kaum wanita. Jadinya kami menghabiskan masa lebih kurang sejam lebih di shoes department tersebut. Rambang mata la katakan. Semua pun berkenan di hati. Tapi kesian la pada kaum lelaki iaitu ayahandaku..terpaksa melayan keranah kami dengan penuh sabar   

Kasut yang berkenan sudah dipilih dan dibayar. Sekarang menunggu wanita-wanita (adik beradik dan bunda) yang lain tu membuat pilihan kasut mereka..mana la tak lama duduk kat situ. Sementara menunggu mereka memilih, mata ni masih lagi ligat mencari kasut-kasut lain. Tangan ni juga gatal je pegang-pegang kasut yang ada tu. Padahal di tangan sudah ada beg berisi kasut yang sudah berbayar. Rasanya kalu ada duit berjuta-juta, mahu je dibeli 5-6 pasang kasut lagi.

Kemudian kami pergi ke bahagian handbang. Bila musim raya ni sudah tentu ada jualan murah. Hah...tu dia... Guess... still rambang mata. Tak tau nk pilih mana satu. Lepas satu..satu dipegang dan dibelek-belek. And still...kalau la ada duit yang banyak 2-3 handbag gak la yang nak dirembat. Itu la dia wanita...

Selesai membeli belah di Kuala Lumpur. Tapi masih lagi ada yang tak lengkap. 2-3 hari lepas kami kaum wanita sahaja yang keluar memcari yang tidak lengkap tu. Sedang berjalan-jalan, seorang dari kami menuju ke kedai kasut.  Di belek-belek kasut. Dan akhirnya...dirembat jugak kasut yang 1 tu (padahal dah beli kasut masa di K.L). Kemudian keluar dari kedai kasut menuju ke tempat yang sepatutnya dituju. Tapi..eh..eh...POLO handbag ada sale...singgah sekejap. Membelek-belek handbag. Nasib baik tak dibeli.

Pada masa tu saya tertanya-tanya..wanita, handbag dan kasut memang tak boleh dipisahkan ke...??




p/s : saya mempunyai koleksi kasut & handbag yang banyak...jadi saya rasa statement di atas memang benar...


No comments:

Post a Comment