Friday, September 24, 2010

Tukang jahit oh tukang jahit

Mama saya selalu hantar baju untuk di tempah kat aunty ni. Baju saya juga. 

Petang tadi mama call aunty tu untuk bertanyakan tentang baju yang dia tempah baru-baru ini samada dah siap atau belum. Tapi lain pula khabar berita yang mamaku terima. Aunty tu dah tak mahu mengambil tempahan jahit baju lagi...OMG...!!! Jadi...tahukah anda semua maksudnya itu..?? Aunty tu mahu berpindah ke Seremban. 

Nampaknya kami terpaksa mencari tukang jahit yang baru. Aunty ni jahit baju untuk kami sekeluarga (perempuan sahaja). Baju yang dia jahit sangat selesa dipakai.

Dan sekarang mama sudah pening kepala, siapa yang mahu menjahit baju-baju dia. Nampaknya saya juga terpening kepala memikirkan di mana mahu menghantar baju nikahku untuk dijahit. I trusted her. Sebab sebelum ini dia yang menjahit baju untuk majlis pertunangan saya. Adoii...the wedding is in 5 months...pening-pening...


                                                  




No comments:

Post a Comment