Friday, August 13, 2010

Kenangan Ramadhan

Puasa tahun ni macam lain sikit sebab aku berpuasa sepenuhnya di rumah dgn family. Sangat seronok. Lebih-lebih lagi berpuasa di rumah baru di tengah-tengah hutan Puasa kali ni juga agak berbeza dari puasa yang lepas-lepas sbb banyak perubahan dah berlaku. Pertama, puasa sebagai bukan seorang student dan puasa sebagai tunangan orang...Berbalik kepada tajuk notes ni "Kenangan Ramadhan" bermakna kite bukan nak cerita puasa di masa sekarang, tapi nk flashback balik kenangan bersahur bersama teman-teman ketika masih bergelar student. Paling tak boleh lupa kenangan bersahur di rumah sewa pertama bersama teman-teman serumah. Ketika itu aku masih menuntut di sebuah kolej di Kuantan Pahang. Setiap kali sampai waktu bersahur, aku lah orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengejutkan ahli-ahli rumah seramai 6 orang termasuk aku. Berbagai-bagai ragam tgk mereka ni nak bangun sahur. Aku terasa macam mereka ni la family aku, sewaktu berjauhan dengan mak dan ayah aku. Seronok bersahur bersama mereka. Bila watu berbuka hampir tiba, kami seisi rumah akan ke Bazar Ramadhan yg terletak di persimpangan jalan ke kolej kami. Agak jauh juga nak berjalan kaki. Tapi seronok. Bila sampai di rumah kami pun together-gether siapkan makanan kt depan tv. Sementara nak tunggu waktu berbuka kami melepak di depan tv beramai-ramai. Ada yang duduk di meja study.
Itu semua dah jadi kenangan yang tak akan aku lupakan smpai bila-bila. Dan hari ini aku tugas aku masih mengejutkan orang...hehehe...siapa lagi kalau bukan encik tunang aku tu Apa pun kenangan Ramadhan kita, ingatlah...lakukan ibadah puasa ni dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Semoga kita sentiasa di berkati oleh Allah s.w.t..amin..

No comments:

Post a Comment